Tuesday, February 12, 2013

Aku tak nak jadi andartu ~ 14

Syafiq memperlahankan had laju keretanya dan membelok masuk ke kawasan rehat dan rawat. Setelah keretanya diparkir Syafiq tidak terus menghentikan enjin kereta, dia masih mahu berlama-lama dengan Eda di dalam kereta. Tidak mahu udara panas luar menambahkan haba dalam suasana hubungan mereka. Muka Eda yang tunduk menekur lantai kereta dipandang sayu. Walaupun hubungan yang dibina antara mereka bukan atas dasar cinta, namun rasa itu mulai hadir.

"Saya harap awak faham perasaan saya Syafiq, saya tahu saya tak setanding dia, tapi saya punya harga diri. Tak mahu diperkotak katik begini." Nada suara Eda sedikit menekan. Sama seperti isi hatinya saat ini.

Benci! Benci! Hanya itu yang dirasanya setiap kali terpandangkan segala sesuatu milik lelaki itu. Entah apa perancangan Syafiq, Eda malas mahu mengambil pusing. Sepatutnya kepulangannya ke kampung adalah untuk memutuskan tali pertunangan mereka, namun sebaliknya Syafiq telah mempercepatkan segalanya. 'Apa dia tak tahu ke aku dah menyampah nak tengok muka dia? Rela lagi aku menghadap muka Pak Mail orang gila kat kampung tu dari muka dia ni.' Dengusan kasar Eda memecahkan suasana sunyi antara mereka.

"Kita sambung berbincang lepas solat?" Syafiq merenung sisi wajah tunangnya. Keserabutan dalam otaknya perlu dileraikan dan api kemarahan dalan diri Eda perlu dipadamkan. Walaupun sedikit tersentak dengan ajakan Syafiq, Eda tetap menurut.

Usai solat Maghrib Syafiq menunggu Eda di pondok yang disediakan di sekitar kawasan parkir. Fikirannya merewang memikirkan masalah yang menimpa dirinya. Walaupun Aalia masih di kenang, namum hatinya tiada lagi untuk wanita itu. Farizatul Farida, hatinya kini mula menyukai watak itu, mula mencambah rasa sayang buat si bakal isteri. Namun berbalaskah rasa hatinya? Eda seolah-olah ingin membuang jauh dirinya, pandangan kosong Eda terhadap dirinya terlalu mengguris hati lelakinya.

Dari kejauhan, langkah Eda menuju ke keretanya diperhatikan. Walaupun tidak seanggun model seperti Alia, tetap penuh karisma sepadan dengan jawatan yang disandangnya. Eda berpeluk tubuh dan bersandar di pintu tempat duduk penumpang menunggu Syafiq. 'Lambat betul mamat ni, solat ke buat masjid tah?' Hatinya mula merungut bila bayang Syafiq masih tidak kelihatan setelah lima minit dia menunggu.

"Maaf saya lambat, masuklah." Pelawa Syafiq sambil membukakan pintu untuk Eda.

"Thanks." Jawab Eda sepatah. Ruang bisu kembali tercipta. Tiada kata yang terluah baik dari Eda mahupun Syafiq, keduanya memilih untuk terus membisu meladeni rasa hati sendiri. Syafiq mula menyusun atur rancangan untuk mendapatkan hati Eda, perkiraannya mungkin Eda tidak dapat melihat keikhlasan hatinya melamar wanita itu untuk dijadikan isteri kerana semuanya terjadi sekelip mata dan cuma melibatkan perbincangan orang tua mereka. Dia dan Eda sendiri tidak pernah punya perbincangan dari hati kehati untuk sama-sama menyelami rasa hati masing-masing.

"Kita makan kat restoran berputar nak?" Eda membisu, membiarkan Syafiq membuat andaian sendiri. Perutnya juga sudah memainkan muzik sejak dari tadi. Maklumlah frust sangat sampai tak lalu nak makan. Bahananya diri sendiri jugak yang tanggung kutuk hatinya sendiri.

Setelah mendapatkan tempat duduk yang agak privasi, Syafiq memesan makanan untuk mereka berdua memandangkan Eda masih lagi melancarkan mogok bisu terhadap Syafiq. Syafiq tersenyum ke arah tunangannya bila mata mereka sesekali bertemu dan Eda segera melarikan anak matanya ke arah lain. 'Menyampah betul, tersengih-sengih macam kerang busuk. Macamlah handsome sangat muka tu.'

"Tak lama je lagi kita nak bernikah kan?" Soalan Syafiq membuatkan air yang baru diteguknya ingin berlumba-lumba keluar dari mulutnya namun sempat ditahannya. 'Apa kes mamat ni? Bukan tadi aku dah bagitau ke aku nak putus tunang? Ni nak story hal kahwin pulak.'

7 comments:

Anonymous said...

Teruskan usaha! Aku tahu kau boleh! Jyeaaah!

Hani Yuhani said...

Thanks! :)

Unknown said...

best and menarik!... tapi mungkin perlu lebih panjangkan sikit..lagi bagus klw lebih kan dialog dari penceritaan.

Unknown said...

best and menarik! tp lgi bgus klw dipanjangkan cerita setiap bab. tolong banyakkan dialog dari penceritaan klw x pembaca cepat bosan..

Hani Yuhani said...

Terima kasih Yazlin, Insyalaallah akan improve lagi untuk bab yang akan datang :)

Nana Mohd Yasin said...

lama2 baca semakin menarik,
tolong pjg kn n3 ye....sikit sgt la.
x sabar nk tggu n3 seterusnya.....

Nana Mohd Yasin said...

kenapa lama sgt x de n3 baru cik writer?