Monday, November 2, 2009

Kasih Suci??? ~ 9

"Abang, Fiza dah balik ni." Fiza melaung dari tingkat bawah sambil matanya melilau mencari kelibat Azizi." Azizi yang sedang bercukur di tingkat atas banglo itu menyahut panggilan isterinya itu. Sebentar lagi mereka bakal keluar untuk makan tengah hari bersama. Azizi merancang untuk membawa Hafiza ke sebuah restoran masakan ala kampung di Bandar Baru Nilai. Hafiza menjengulkan muka di pintu bilik air bilik utama.

"Abang nak makan apa tengah hari ni?" Wajahnya dimaniskan dengan senyuman. Tubuhnya terasa letih, sememangnya tubuhnya lemah ditambah lagi dengan keadaannya yang berbadan dua sekarang. Lama soalannya dibiar tidak berjawab.

"Fiza siaplah, abang bawak Fiza keluar makan ye? Kita makan masakan kampung hari ni. Ok?" Azizi memberikan kata putus kepada Hafiza sambil mengelap mukanya dengan tuala. Hafiza mengeluarkan pakaian dari almari dan dihulurkan kepada Azizi. Usai bersiap, mereka bergerak menuju ke Bandar Baru Nilai.

Sepanjang perjalanan itu Hafiza hanya senyap di sebelah tempat duduk pemandu. Dia berfikir mengenai keadaan dirinya ketika itu. 'Patut ke aku bagitau dia yang aku mengandung?' Matanya mencari raut Azizi yang tenang memandu. Azizi hairan melihat tingkah Hafiza. 'Selalu bukan main becok lagi bercakap? Ni senyap pulak?'.

"Fiza pergi mana pagi tadi? Nampak penat je ni?" Azizi bertanya prihatin. Belas melihat isteri yang kelihatan letih dan pucat di sisinya. Dia perasan, tubuh Hafiza agak susut kebelakangan ini. Mustahil Hafiza berdiet kerana isterinya itu sudah cukup cantik pada matanya. Hafiza tersenyum mendengar soalan Azizi. Jika tadi dia gentar untuk memberikan jawapan, kini tak lagi.

"Fiza pergi jumpa Rushdi tadi, mintak dia tolong Fiza. Fiza ada assignment pasal kejayaan anak muda. Setiap seorang mesti ada subjek kajian, dan Fiza pilih Rushdi sebagai subjek." Sememangnya Hafiza ada assignment seperti yang diperkatakannya dan Dr.Rushdi memudahkannya membuat assignment itu. Azizi tersentak. Nama itu. Itulah nama yang dikhabarkan oleh penyiasatnya yang sering bersama Hafiza belakangan ini.

'Dia buat assignment ke dengan doktor tu? Ya Allah, apa aku buat ni? Aku syak isteri aku ada hubungan sulit lepas dengar cakap orang luar? Dan Aryana... Aku dah buat apa ni?' Suasana senyap selepas itu. Hafiza diam apabila Azizi tidak menyoalnya lagi. Azizi berperang dengan perasaannya sendiri. Dia telah mengkhianati isterinya kerana maklumat salah yang diberikan oleh penyiasat kepadanya. Hubungannya dengan Aryana yang melebihi batas seorang teman.

Azizi gelisah sendiri. Dia mengerling Hafiza disebelahnya. 'Mampukah aku berterus terang tentang kesalahan aku pada dia?' Selepas makan tengah hari, Hafiza mengajak Azizi ke Giant Nilai untuk membeli sedikit keperluannya. Di sana Hafiza ternampak Azlin sedang membelek sehelai tudung disamping seorang lelaki. 'Siapa pulak tu? Boyfriend dia ke?' Hafiza berasa seronok untuk menyergah temannya yang menyepi sejak pulang dari rumahnya dulu.

"Assalamualaikum." Sengaja nada suaranya diperlahankan seakan berbisik di telinga Azlin. Azlin yang terkejut segera berpaling sehingga pipinya berlaga dengan hidung Hafiza.

"Ouch! Sakit la! Ganas betul, bila nak jadi lembut la kau ni..." Hafiza mengeluh kepada Azlin. Azlin tersengih-sengih memandang Hafiza. Sebaik terpandang mata Azizi yang merenungnya tajam dia kurang selesa. Kejadian dipeluk Azizi masih lagi segar dalam kepalanya. Tangan Hafiza ditarik mengajaknya memilih tudung.

"Siapa lelaki tadi tu Lin? Boyfriend eh? Sampai hati tak bagitau aku." Nada suara Hafiza yang monoton membuatkan Azlin memandang sahabatnya itu. Kalau dibiar lama-lama, boleh menangis Hafiza berfikir yang bukan-bukan.

"Boyfriend lama. Aku kenal dia zaman aku buat diploma dulu." Hafiza mendengar penuh khusyuk penjelasan Azlin. Azlin tertawa lepas tiba-tiba. Hafiza memandang ke arah yang sama dengan Azlin. Hafiza juga tertawa melihatkan Syed dan Azizi sama-sama terkial membetulkan gantungan tudung yang dilanggar seorang kanak-kanak yang berlari melepasi mereka. hampir saja gantungan itu menghempap kanak-kanak itu.

"Sambunglah cerita kau tadi?" Hafiza meminta Azlin menghabiskan ceritanya. Azlin menggeleng.

"Azizi macam nak cepat je? Lain kalilah aku cerita kat kau. Bila Azizi takde nanti, mai tido kolej, Aku cerita sampi hang muak nak dengaq." Hafiza mengangguk-angguk faham. memang Azizi kelihatan sedikit gelisah sedari tadi. 'Mungkin sebab nak fly malam ni kot?' Hafiza membuat telahan.

***********************

"Abang, abang ok ke? Dari petang tadi tak banyak cakap?" Hafiza bertanya kepada Azizi sambil tangannya ligat mengemaskan baju suaminya itu. Hafiza dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena dengan tingkah Azizi. Azizi tersenyum.

"Takde apa. Abang cuma rasa takut kehilangan Fiza je. Anak mata isterinya dicari, tangan yang berada dalam genggamannya dikucup lembut." Hafiza memandang Azizi dengan penuh kasih.

"Abang ni, Fiza kan dah jadi hak abang. Nak hilang ke mana pulak?" Hafiza tersenyum kecil mendengar kata-kata Azizi. Sungguh, hatinya bahagia kala itu. Jam di dinding menunjukkan pukul 8 malam, Azizi berlalu menukar pakaiannya. Pukul 10 nanti dia akan berlepas ke Hawaii bersama Aryana. Dia masih lagi mahu berhubung dengan Aryana walaupun sudah mengetahui tindak tanduk Hafiza selama ini yang dicurigainya hanyalah sekadar salah faham.

2 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

haissyy lelaki..

hana_aniz said...

teruk btol la azizi. smpai ati dia wat fiza cm tu...