Friday, October 2, 2009

Tukang buat kek ~ 2

Tanpa Nisa sedar, ada sepasang mata yang asyik mengintainya dari tingkap daun di dapur rumahnya. Terkejut Nisa apabila terlihat kelibat Mak Siti menyengih ke arahnya semasa dia melangkah ke dapur dengan niat nak memastikan semua pintu dan tingkap terkunci sebelum keluar rumah.

"Lawa kau Nisa, nak pergi mana ni?" Mak Siti bertanya penuh curiga pada Nisa.

"Assalamualaikum Mak Siti, nak pergi pasar kejap. Beli lauk buat masak tengah hari nanti. Mak Siti tak pergi pasar? Jomlah kita pergi sama-sama" Nisa sengaja memerli Mak Siti yang memang terkenal dengan sikap busy body keliling kampungnya. Tak boleh tengok orang senang! Ada saja berita yang nak disampaikannya. Kadang-kadang boleh percaya, tapi lebih baik jangan. Mak Siti menggeleng-geleng.

"Aku tak pergi pasar, Nasir cakap dia balik kerja tengah hari nanti nak bawak aku makan dengan bakal menantu aku kat pekan. Aku dah jumpa hari tu, lawa budaknya. Lagi lawa dari kau." Nisa malas mahu mendengar patah bicara dari Mak Siti. Tak pernahnya nak merendah diri bila bercakap, semunya dia hebat. Anaknya berjaya, walhal kerja kerani kat sekolah rendah tu je pun.

"Owh, kalau macam tu eloklah. Boleh saya makan free kat rumah Mak Siti nanti bila dah jadi diorang tu. Oklah Mak Siti, saya nak pergi pasar ni. Lambat-lambat nanti ikan busuk je tinggalnya." Segera Nisa mematikan perbualan antara dia dan Mak Siti. 'Hish, sibuk betul nak tau orang buat apa' bentak hati Nisa. Cepat-cepat dia munutup pintu dan tingkap dapur rumah dan keluar ke pasar.

"Ayam dah ada, serai, rempah kari, bawang-bawangan pun ada. Cili kering, cili api... Apalagi yang takde ni ek? Ha!" Laju saja kaki Nisa melangkah ke meja yang menjual pelbagai jenis sayuran hijau didepannya.

"Makcik, tolong bungkus lengkuas ni sepiring." Diambilnya sepiring lengkuas dan dihulurkan kepada peniaga itu. Selepas membayar harga lengkuas Nisa berjalan kaki balik ke rumahnya. Jarak pasar dengan rumah Nisa hanya mengambil masa 10 minit berjalan. Lagipun berjalan kaki pagi-pagi buatkan Nisa berasa cergas.

"Ok ye puan-puan, mula-mula kita cuci ayam ni sampai bersih, lepas tu hiris bawang puting, bawang merah, halia, serai..." Aku dah mula perasan jadi chef kat dapur. Ye, aku memang teringin sangat nak jadi chef terkenal suatu hari nanti. Dan langkah pertama yang telah aku ambil ialah belajar membuat segala macam jenis kek dan roti. Masakan kampung aku dah belajar dengan jayanya dari emak sejak darjah enam lagi.

Pendek kata siapa jadi laki aku nanti memang seronok dan berkemungkinan gemuk. Hahaha... Manakan tidak, hari-hari makan kek, gemuklah dia kan? Hm... Cerita pasal kek ni, baby bun dah nak habis tu. Nati petang uli tepung lah. Memang untung mak aku, nak makan roti mintak aje kat aku. Dijamin sedap dan selamat dimakan. Nisa masih lagi membanggakan diri sendiri di dapur sambil menyiapkan rendang ayam untuk makan tengah hari mereka dua beranak.

0 comments: