Saturday, October 17, 2009

Kasih Suci??? ~ 7

"Kita check your blood pressure dulu. Hemoglobin kau rendah dari biasa ni." Selepas beberapa ketika, Dr.Rushdi mengarahkan Hafiza membuat ujian air kecing. Hafiza menurut sahaja arahan sahabatnya itu. Walaupun dia sedikit bingung, tetapi didiamkan sahaja. 'Doctor knows the best for his patient.' Hati Hafiza berbisik menenangkan diri.

Keputusan ujian air kencingnya sudah berada di tangan. Dia cuba memproses maklumat yang ada di atas laporan itu, tapi ternyata dia tidak memahami bahasa sains. Laporan itu diserahkannya kepada Dr.Rushdi. Hafiza menghenyakkan punggungnya ke sofa merah di bilik Dr.Rushdi.

"So, apa laporan tu tulis? Macam kritikal je sakit aku ni?" Hafiza tertawa di hujung ayatnya. Bila terpandangkan wajah Dr.Rushdi yang serius, tawa Hafiza terhenti.

"Come on Di, Kau buat muka macam tu, macam aku nak mati esok je aku rasa kau tau?" Dr.Rushdi menggamit Hafiza untuk duduk di meja kerjanya. Ditenungnya Hafiza penuh simpati. Tindakannya itu membuatkan Hafiza kurang selesa.

"Ops! Sorry. Camni, aku ada berita baik dan berita buruk. Kau nak dengar yang mana?" Dr.Rushdi mula bermain dengan perasaan Hafiza. Dia perlu mengawal keadaan supaya wanita di depannya itu tidak terlalu emosi apabila berita itu dikhabarkan kepadanya.

"Bagi aku dengar berita elok dululah. Asyik jumpa kau berita tak best je aku dengar, sekarang bagitau aku berita best pulak." Ceria sahaja nada suara Hafiza. 'Tumor tu dah mengecut ke? aku tak payah buat kemoterapi.' Memang itulah yang diharap-harapkan oleh Hafiza.Kemoterapi bakal menjadikan dia lemah, dia tidak mahu kelihatan lemah di depan Azizi.

"You are pregnant dear." Senada ayat Dr.Rushdi.

"Pardon?" Hafiza seakan tidak mendengar kata-kata yang dilafazkan oleh Dr.Rushdi sebentar tadi.

"Kau, mengandung." Sedikit ternganga mulut Hafiza mendengar berita dari temannya itu. Tangannya ditadah mengucap syukur kepada Tuhan yang esa. Sayu hati Dr.Rushdi melihatkan reaksi Hafiza, seperti dapat menjangka bahawa Hafiza bakal kecewa dengan berita buruk yang akan diberitahunya sebentar lagi.

"Then? What's the bad one?" Pantas soalan itu keluar dari mulut Hafiza. Baginya tiada yang akan mematahkan semangatnya setelah mendengar berita gembira tadi. Nafas berat dilepaskan oleh Dr.Rushdi. Patutkah dia menghancurkan kebahgiaan rakannya itu? Hatinya serba salah untuk mengeluarkan kenyataan yang diketahuinya bakal merobek perasaan wanita dihadapannya.

"You should do the abortion. As soon as possible." Hafiza tergamam dengan arahan dari temannya itu.

"But why?" Sungguh, dia benar-benar mahu meneruskan kandungannya. Dia mahu menghadiahkan suaminya dengan kehadiran bayi mereka kelak.

"It's dangerous for you. Kau kena buat kemoterapi, kemoterapi tu akan membuang segala benda asing yang ada pada tubuh kau. Termasuk that baby. The best option is to abort dear." Hafiza menggeleng.

"How much time I got before I die?" Soalan Hafiza membuatkan Dr.Rushdi terkaku ditempatnya.

"What are you talking about? You shouldn't give up now? You are still young. Tubuh kau masih kuat untuk melawan barah tu." Hafiza celaru. Dia yakin dia tidak akan berpeluang untuk mengandung lagi sekiranya dia menggugurkan kandungannya sekali ini.

"Aku tetap nak teruskan kandungan ni. Even a child cannot stand this cancer. Aku rasa hayat aku tak lama Di. Aku nak tinggalkan sesuatu yang mungkin nanti akan mengingatkan suami aku pada aku." Hafiza yakin keputusannya tepat. Dia mahu mempunyai zuriat. Tambah lagi dirinya sebatang kara di dunia ini. Emak, ayah serta adik lelakinya meninggal dunia di Amsterdam. Kemalangan yang dia sendiri tidak mampu untuk mengingatinya. Dia kehilangan memori dari umurnya sehari sehingga lapan tahun.

"Kau sure kau nak buat ni?" Dr.Rushdi tidak mahu mengganggu kestabilan emosi Hafiza. Dia tahu keserabutan yang melanda Hafiza ketika itu. Hafiza memerlukan masa untuk bertenang.

"Kalau kau dah pasti, kita kena buat persediaan untuk pastikan kau mampu mengandung dan kandungan kau dan kau sihat semasa tempoh kau mengandung ni. Mungkin kena duduk hospital. Ok?"

"Not ok. Kenapa nak duduk sini? Rumah aku besar la. Lagipun bukan ada sesiapa pun kat sana." Hafiza membantah. Memang dia sedikit keras hati. Dr.Rushdi sangat memahami tingkah laku Hafiza, bahkan sudah lali.

"If you say so. Kita letak nurse kat rumah kau boleh? Only for this 3 month. Takut nanti ada apa-apa yang berlaku ke?" Hafiza diam sejenak berfikir.

"After Azizi leave for work. I think seminggu lagi dia kena la masuk kerja. Dah dekat 3 minggu dia ada kat rumah tu." Hafiza memberikan keputusannya.

"Kadang-kadang aku rasa macam kau doktor dan aku pesakit yang kena ikut arahan kau." Tenang Dr.Rushdi memandang wajah Hafiza. Hafiza tersengih-sengih mendengar perlian dari Dr.Rushdi.

"Aku tak nak Azizi tau apa-apa pasal ni lagi. Takut nanti dia frust pulak kalau jadi apa-apa kat aku. Yelah, dia takde nak temankan aku, nanti dia salahkan diri sendiri pulak." Hafiza mengharapkan pengertian dari sahabatnya itu.

3 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

aissyhh...
biala azizi taw..
xkan nk tnggung sorang2..
sian hafiza..
huhu..

merlin said...

btol2..sy stuju..cbe byngkn ape prasaan azizi ble dy dh g keje,pas2 dgr brita hafiza dh mnggal..mst dy sdih sgt2..

merlin said...

mane smbungan cter nie?...xsbar nk tau...:-))