Friday, October 16, 2009

Kasih Suci??? ~ 6

"Hari tu Azlin ada duduk rumah aku." Hafiza memberitahu kepada Dr.Rushdi semasa kereta meluncur di jalanan. Dr.Rushdi memandang Hafiza dengan ekor mata. Dia pernah menyimpan perasaan buat Azlin, tetapi sayang wanita itu menolak cintanya mentah-mentah. Dia kembali fokus pada pemanduannya.

"Motif kau bagitau aku?" Dr.Rushdi sengaja bertanya soalan kurang akal pada Hafiza. 'Nak cakap bodoh, doktor pakar. Nak kata tak cukup pengalaman hidup, umur dah 27. Harini hari pending sedunia ke?' Tiba-tiba dia teringat perihal dirinya yang kelewatan untuk temu janji bersama Dr.Rushdi. Senyuman kecil terukir dibibir Hafiza.

"Dia single lagi. Apa kata kalau kau cuba masuk line?" Terangkat sebelah kening Dr.Rushdi mendengar bait kata Hafiza. 'Gila ke ape makcik ni? Tak nak aku malu lagi sekali. Huh!'

"Kau jangan nak suruh aku buat kerja gila la Fiza. Dulu punya cerita pun aku tak mampu lupa lagi tau. Elok je dia buat announcement kat radio kolej cakap dia tolak aku. Malu aku kau tau? Ni kalau aku nak masuk line silap-silap masuk CNN pulak buat announcement cakap tak nak kat aku. Huh! Taubat aku. Memang aku mintak masuk penjara je la kalau camtu." Terkekeh-kekeh Hafiza ketawa mendengar luahan perasaan Dr.Rushdi.

"Panjang betul hujah kau ye Di? " Ujar Hafiza dengan tawa yang masih rancak. Perutnya ditekan menahan geli hati yang amat. Dr.Rushdi memandang Hafiza geram.

"Woi-woi, sudahlah menggelakkan aku tu. Nasib aku la ngorat dia tak dapat, Azizi dapat pulak ngorat kau ye? Mintak pinjam assignment konon. Pastu pulang siap dengan puisi cinta dengan daun setawar lagi. Huh! Tak sangka aku Azizi tu mat romeo." Ketawa Hafiza terhenti diganti dengan senyuman mekar dibibirnya. Ya, Azizi lelaki yang sangat romantis pada penglihatannya. Bait-bait puisi indah yang dikarang Azizi masih lagi diingatinya sehingga hari ini.

"Mawar itu sungguh indah,
Warnanya menarik hati,
Tetapi sayang ianya cepat layu,
Kelopaknya berguguran ke tanah,
Tidak seperti dedaun setawar,
Belumpun gugur dari pepohon,
Pohonan lain mula memekar,
Begitu banyak bercambah,
Berterusan ia begitu,
Semakin lama semakin banyak,
Begitulah cinta saya pada awak,
Jika awak sudi menerima cinta saya,
Simpanlah setawar ini tanda cinta kita,
Sekiranya awak menolak,
Pulangkanlah setawar ini pada saya.


Ikhlas,
Azizi"

Hatinya berbunga saat menerima cinta Azizi. Daun setawar, itulah tanda cinta mereka. Kini setawar itu telah menjadi pohonan di beranda rumah mereka. Rimbun daunnya, serimbun kasih mereka. Dr.Rushdi memandang Hafiza dengan wajah pelik.

"Hah! Dah kembali ke zaman mana kau ni? Tersengih-sengih cam kerang busuk je aku tengok?" Sergahan Dr.Rushdi membawa Hafiza kembali ke alam nyata.

"Hish! Kau ni, aku baru nak balik ke zaman-zaman kegemilangan cinta aku dulu. Kacau daun betul kau ni." Muka kelat dipamerkan kepada Dr.Rushdi. Dr.Rushdi tergelak melihat tingkah Hafiza. 'Manjanya tak sudah-sudah. Dr.Rushdi menggeleng-geleng perlahan.

"Nanti, bila sampai hospital. As usual, change your clothes. Then we'll do medical check up on you. Nak tengok tekanan darah kau stabil ke tak, ada penyakit-penyakit lain ke. Takut nanti ada implikasi after buat kemoterapi." Hafiza mengangguk-angguk tanda faham dengan arahan yang diberikan oleh Dr.Rushdi.

******************************************

Hafiza kembali menemui Dr.Rushdi setelah membuat ujian darah. Seorang jururawat mengiringinya ke bilik Dr.Rushdi. Keputusan ujian darahnya diserahkan kepada Dr.Rushdi. Setelah memastikan Dr.Rushdi tidak memerlukan bantuannya, jururawat itu berlalu. Bulat mata Dr.Rushdi memandang keputusan ditangannya. Hafiza kaget melihat reaksi wajah sahabatnya itu.

"Anything that you should let me know Di?" Hafiza memandang mata Dr.Rushdi dengan penuh tanda tanya.

1 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

ahaa...
hafiza mengapa sihh??
smbung2..