Wednesday, September 30, 2009

Kasih suci??? ~ 1

Bab 1

Majlis pernikahan yang berlangsung dengan sederhana diperkarangan rumah Hafiza telah pun berakhir. Hafiza memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah kerana kini dia telah selamat bergelar isteri kepada Azizi. Setelah tiga tahun menjadi pasangan kekasih akhirnya mereka disatukan dengan restu dari kedua-dua pihak keluarga. Azizi menggenggam erat tangan isterinya dan sebuah kucupan dihadiahkan didahi isterinya.

"Apa Fiza buat menung sorang-sorang kat sini? Ingat kat abang ye?" Azizi sengaja mengusik isterinya. Dia bahagia kerana wanita itu telah pun menjadi haknya yang sah. Seketika kemudian wajahnya berubah sayu.

"Lagi sebulan, kita kena berpisah semula kan sayang? Hm... Fiza jangan cari lain tau, kita berpisah sekejap je." Mengingati pekerjaan yang perlu dibereskan, Azizi sayu. Isteri yang baru dinikahinya terpaksa ditinggalkan sendirian.

"Takpelah bang, lagipun bukan Fiza tinggal sorang kat kolej tu, ramai temankan Fiza. Abang tu yang jaga diri elok-elok. Jangan lupa Fiza pulak bila dah terbang kat awan tu." Fiza tergelak kecil mengusik suaminya yang jelas bimbang untuk meninggalkannya. Hafiza sudah terbiasa dengan ketiadaan Azizi. Percintaan yang terjalin sejak tiga tahun lalu membuatkan Hafiza memahami bidang tugas Azizi.

Diawal percintaan mereka Hafiza kerap menangis bimbang Azizi melupakannya. Hafiza sentiasa berfikir mengenai hidup Azizi yang saban hari dikelilingi wanita-wanita cantik. Tetapi Azizi berjaya membuktikan padanya bahawa Azizi sememangnya seorang yang setia. Mempunyai suami seorang pilot seperti Azizi bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi Hafiza sudah tekad untuk menjadi isteri yang baik buat Azizi. Malam itu berlalu dengan seribu perasaan sarat didada keduanya.

Tiga bulan kemudian...

"Fiza! Laki ko terbang lagi ke? Dah dekat seminggu aku tengok kau drive sendiri datang kuliah?" Mulut becok Azlin pantas mengeluarkan soalan demi soalan." Hafiza yang sudah sebati dengan nada kasar Azlin hanya tersengih dan mengangguk menjawab soalan Azlin.

"Sian kau kan? Ada laki, tapi serupa takde laki. Asyik je kena tinggal sorang-sorang... Kau tak sunyi ke? Rumah besar, tapi tinggal sorang. Apa yang kau buat duduk rumah tu?" Azlin seakan tidak berpuas hati dengan kehidupan yang Hafiza tempuh kini.

"Aku seronok duduk kat rumah tu, terasa macam Azizi ada dekat dengan aku. Walaupun dia jarang ada kat rumah, tapi banyak yang kitorang buat bersama dalam rumah tu. Hish! Kau takkan faham perasaan tu." Hafiza menghabiskan ayatnya sambil tertawa kecil. Azlin hanya menggeleng-geleng kepalanya tanda dia tidak memahami kata-kata Hafiza.

"Adalah... Orang-orang yang dah kahwin je faham." Mulut Azlin ternganga mendengarkan ayat yang baru meniti di bibir Hafiza. Hafiza galak mengetawakan Azlin yang sudah merah padam menahan malu. Hafiza cukup kenal dengan Azlin, walaupun mulutnya becok, itu tidak bermakna dia sudah lupa adat ketimuran yang diterapkan dalam dirinya sejak kecil.

"Bila Azizi nak balik Malaysia balik? Dia pergi mana kali ni?" Azlin masih tidak berputus asa bertanya mengenai Azizi pada Hafiza. Dia tahu dia tidak sepatutnya menyimpan pada lelaki yang sudahpun bergelar suami kepada seorang wanita. Apatah lagi wanita itu kawannya sendiri. tetapi dia tidak mampu untuk menafikan perasaannya. Walaupun dia dan Azizi sudah saling mengenali sebelum Azizi mengenali Hafiza, itu tidak bererti Azizi adalah miliknya. Azlin yakin Azizi seorang yang setia dengan cintanya.

"Dia pergi Hydrabad, terus ke Mesir dan kemudian dia akan fly to Paris, singgah di Australia then back to malaysia back, about one month juga dia fly. Aku tinggal sorang-sorang la one month ni, nak temankan aku kat rumah tu?" Hafiza mempelawa Azlin untuk tinggal bersama dengannya sementara Azizi tiada. Azlin tersentak dengan pelawaan Hafiza, sememangnya dia teringin untuk pergi ke rumah Azizi tetapi bukan sebagai tetamu. Segera Azlin mengusir perasaan cemburu yang mula merajai hatinya.

"Ok gak tu, boleh aku tengok camne keadaan rumah kau. Lulus ke tak cara kau uruskan rumah." Azlin mengaduh perlahan apabila lengannya dihadiahkan sebuah cubitan berbisa dari Hafiza. Hafiza melangkah beriringan dengan Azlin untuk ke dewan kuliah. Selesai kuliah Hafiza segera mendapatkan Azlin.

"Lin, kau jadi tak nak ikut aku balik ni?" Hafiza meminta kepastian tentang pelawaannya kepada Azlin sebelum mereka menghadiri kuliah sebentar tadi. Azlin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Takpe ke aku pergi rumah kau ni? Buatnya Azizi nak bagi kau surprise balik awal ke, tak jadi fly ke, aku kacau daun pulak nanti?" Azlin meluahkan kegusarannya.

"Takde maknanya dia tak jadi fly, semalam dia ada call cakap dah sampai Hydrabad dah pun. Kau tak payah risau la dia nak buat surprise ke apa, dia tu workaholic tau, selagi tak habis kerja tu, selagi tu dia tak balik. Nasib aku la dapat laki camtu." Hafiza tersengih meluahkan sifat suaminya.

"Kalau camtu ok la, hantar aku pergi kolej dulu, nak ambik baju. Aku mana muat nak pakai baju kau tu. Kang tak pasal-pasal koyak baju kau yang mahal-mahal tu, tak berduit aku nak menggantinya kak oi!" Hafiza menggeleng perlahan mendengar omelan yang terluah dari mulut Azlin. kereta Toyota Wish miliknya dipandu menghala ke perkarangan kolej kediamannya dahulu.

0 comments: