Friday, September 24, 2010

Aku tak nak jadi andartu ~1

Hujung minggu ni nak balik kampung. Dah lama aku tak balik kampung, bukan tak rindukan kampung halaman sendiri, tapi malu nak berdepan dengan realiti. Kat Kuala Lumpur ni aku kerja sebagai pengurus spa. Dulu spa ni milik mak cik aku, tapi lepas aku SPM, dia selalu bawa aku belajar selok-belok perniagaan dia ni. Bila dia dah tak ada ni, akulah satu-satunya waris yang faham dengan perniagaan ni dan dah tertulis dalam wasiat dia aku yang berhak menguruskan perniagaan ni. See? Bertuahkan?

Tapi ada satu kerisauan pada aku, korang rasa apa sebabnya mak cik aku mewariskan spa ni kat aku? Jawapannya memang tak lain tak bukan, dia tak ada waris sebab dia tak pernah berkahwin. Aku tak nak jadi macam dia. Tekad aku dalam hati enam tahun lepas masa mula-mula aku jadi pengurus spa ni. Yelah, masa tu aku fikir mesti ada punya lelaki nak kat aku. Aku masih muda, muka pun boleh tahan, kaya pulak tu. Setelah enam tahun kat sini, aku masih tak punya teman istimewa. Apa yang patut aku buat?

Mandi bunga dah tiap-tiap minggu aku buat. Dah nama tuan punya spa, mestilah nak manja-manja hujung minggu kat spa sendiri. Hmm... Mengikut pemerhatian aku, sebab-sebab aku tak ada lagi teman istimewa atau lebih mudah disebut boyfried, aku jarang jumpa orang lelaki. Kalau ada pun jenis-jenis yang tak mahu kat orang perempuan. Ish... Susah juga nak kahwin ni rupanya.

"La... Dah sampai rupanya kamu Eda? Tak bagitahu pun dah nak sampai." Mak aku dah mula ayat pertama, lepas ni mesti dia tanya aku balik sorang ke.

"Ala, Eda dah sampai dah ni. Nak bagitahu apanya lagi?"

"Yelah, sebelum sampai tadilah bagitahu, boleh mak masak sedap-sedap sikit. Ni kamu balik sorang je ke?" Ha! Kan aku dah cakap, soalan wajib tiap kali aku balik kampung dah keluar. Oh ya, nama aku, Farazatul Farida, tapi semua orang panggil aku Eda. Nama panjang-panjang simpan buat kenangan sendiri.

"Sorang jelah mak, takkan Eda nak bawak balik semua orang KL tu ke kampung kita ni. Apalah mak ni, tanya soalan tak membina langsung." Aku berjalan masuk ke bilik aku. Bilik lama yang banyak menyimpan kisah suka duka sepanjang zaman persekolahan. Aku ni belaja tak tinggi, baru habis SPM, mak cik aku meninggal. Tak sempat aku nak buat permohonan masuk IPT dah kena kerja. Bila difikir-fikirkan balik, elok juga aku terus kerja. Otak aku ni bukan cepat pick up sangat, buat habis duit je kalau tak dapat keputusan bagus, lagipun bukan ke tujuan semua orang belajar tu nak dapatkan sijil kelayakan supaya boleh dapat kerja bagus?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Mak nak tanya kamu ni. Duduk kejap." Dia mula dah, kali ni lagi tak best sebab abah pun ada sama. Muka aku kelat duduk depan mereka.

"Umur kamu dah berapa Eda?" Emak bertanya ke perli aku ni?

"Em... Dua puluh tiga mak."

"Ha! Tua dah, bila kau nak bawak boyfriend kau jumpa mak?" Mak aku ni memang laser, terus aje dia tanya, aku dah tersipu. Mana aku ada boyfriend nak dibawa jumpa mak!

1 comments:

Anonymous said...

errr... 23 tu kira andartu kah?