Saturday, July 3, 2010

Kasih Suci???~18

Rushdi diam membatu memikirkan permintaan Hafiza. Hafiza perlu ke hospital untuk melahirkan, pasti Hafiza tidak mahu anak itu 'pergi' bersamanya. Azlin memandang Rushdi menantikan patah kata seterusnya dari doktor itu.

"Azlin, kau tolong Fiza. Kita pergi bank." Azlin mengangguk perlahan. Walaupun tidak pasti dengan keputusan yang dibuat Rushdi, dia hanya menurut. Pasti Rushdi ada perkiraanya sendiri fikir Hafiza.

"Lin, siapkan sekali perkakas Fiza untuk bersalin. Lepas ke bank kita terus hantar Fiza ke hospital. She will deliver her baby soon." Hafiza tersenyum pahit. Bayinya masih lagi belum matang, pastinya Rushdi ingin menyelamatkan bayinya.

Rushdi hanya menunggu Azlin dan Hafiza di dalam kereta memikirkan cara untuk memberitahu Azlin keadaan terkini Hafiza. Keadaan Hafiza begitu lemah, Rushdi risau sekiranya Hafiza tidak dapat bertahan lama. Susuk cengkung Hafiza diperhatikan dari dalam kereta, jauh benar perbezaan susuk itu dari zaman universiti mereka dahulu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Lin, kau simpan lagi nombor telefon rumah aku?" Hafiza bertanya kepada Azlin. Azlin menggeleng, untuk apa dia menyimpan nombor telefon rumah tidak berpenghuni?. Hafiza menekan butang-butang telefon bimbitnya dan menghulurkan telefon itu kepada Azlin.

"Bila aku dah bersalin nanti, kau telefon nombor ni. Bagitau keadaan aku dengan baby aku nanti." Hafiza tersenyum melihat Azlin terpinga-pinga.

"Kau rasa dia dah balik ke?" Hafiza mengangguk.

"Kau tolong aku, Lin?" Azlin menghela nafas berat sebelum memberikan persetujuan. Sayu hatinya melihat sahabat yang selama ini berkongsi suka-duka berada diambang maut. Tangan Hafiza digenggam erat.

"Fiza, aku mintak maaf dengan kau. Selama kita berkawan, aku mintak kau halalkan semua yang dah aku ambil dari kau, semua yang dah kau bagi pada aku." Hafiza cuma tersenyum tenang.

"Aku pun sama Lin, nanti kau tolong aku jaga anak aku ya?"












p/s:Entry kali ni pendek, Hani nak simpan untuk last chapter, hope semua sudi tunggu (^_+)v

2 comments:

Aku Sendiri said...

cter nih dh nk ending dah ke?!
apa la jdi akhirnya..
smbung2..

merlin said...

dkt nk abis da??..cam kejap sgt je cter nie..ish..