Monday, October 26, 2009

Kasih Suci??? ~ 8

Azizi meraba-raba tempat tidur Hafiza disebelahnya dengan mata yang masih lagi tertutup. 'Aik? Takde? Pergi mana pulak ni?' Perlahan-lahan matanya dicelikkan.

"Hilang?" Suara garau milik Azizi perlahan terkeluar dari mulutnya. 'Hish! Mana boleh hilang? Bukan budak kecik lagi bini aku tu. Merepek je aku ni.' Tangannya menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Telefon bimbit di sisi katil dicapainya. Beberapa minit kemudian ganggang telefon diangkat.

"Hello, hai Ary. Good morning, you buat apa ni? Dah bangun ke belum?" Suara Aryana yang sedikit sengau dapat ditangkap oleh pendengaran Azizi. Aryana menggeliat malas di pembaringannya.

"Hai sayang, I dah bangun dah. Janji pagi tadi nak datang rumah I? Joging sama-sama? Takde pun?" Tercebik-cebik bibir Aryana bertanya mengenai janji Azizi kepadanya kelmarin. 'Alamak, camne boleh lupa ni?'

"Ala... Sorry ok? I terlupa. Nanti kita jog sama-sama lain kali ye?" Azizi memberikan janji kepada Aryana menggantikan janji yang lama.

"Betul ni? Bila? You tu cakap je, tapi entah bila nak buat tah." Azizi tersenyum mendengar rungutan Aryana. Wanita itu baru sahaja muncul dalam hidupnya beberapa minggu lalu. Seorang pramugari muda. Cantik dan manja. Azizi pada mulanya enggan menduakan Hafiza, tetapi setelah beberapa kali dia mendengar berita isterinya sering keluar berdua dengan seorang doktor muda, hatinya mula rawan.

"Malam ni you pack barang-barang, kita pergi honeymoon ye sayang?" Ketawa halus kedengaran dicorong telefon.

"You ni, nakal ye. Wife you dengar nanti, taulah you." Senyuman Azizi melebar. Sememangnya hidup pramugari seperti Aryana bebas, tidak pernah mengikat dan tidak mahu terikat. Azizi juga senang dengan cara itu, Aryana tahu sewaktu dia berada dengan Hafiza dia tidak mahu diganggu. Aryana juga tidak pernah menghubunginya melainkan ketika dia berada di luar negara menjalankan tugas.

"Oklah Ary, jangan lupa pack barang, malam ni kita fly ke Hawaii. I ain't joking ok sayang?" Azizi mengingatkan Aryana tentang rancangannya sebentar tadi. Aryana ternganga. 'Hish? Betul ke dia ni?'

"Betul ni? Tapi kita nak fly kan lagi seminggu ni? Takpe ke?" Aryana meminta kepastian dari lelaki yang baru sahaja dikenalinya itu. Dia masih ingat bagaimana mereka berjumpa pada malam itu. Dia yang sedikit mabuk terlanggar Azizi yang berdua dengan seorang lagi pilot berketurunan cina. Dia kemudiannya mengikut kemana sahaja Azizi pergi walau ke tandas sekalipun. Tujuannya hanya satu, dia ingin berkenalan dengan Azizi.

Azizi yang kurang senang dengan keadaan itu membawanya keluar dari kelab dan menghantarnya pulang ke bilik penginapannya kerana menyangka dia mabuk teruk. Disitulah dia memainkan peranannya dan membuatkan Azizi diam dalam pelukannya. Sejak dari itu Azizi seakan tidak mahu berenggang darinya, dia tidak kisah itu kerana Azizi segak dan semestinya ramai peramugari lain yang cemburu melihat mereka bersama.

"Iye, betul. Ingat tau? Oklah, I nak mandi nanti I fetch you tonight. Don't be late, kalau lambat, kita honeymoon kat rumah you jelah nampaknya." Azizi tertawa di hujung ayatnya.

"Ok, see you then." Punat merah ditekan. Aryana bingkas bangun membersihkan dirinya. Azizi mendail nombor di telefon bimbitnya.

"Hello?" Hafiza merasa bersalah terpaksa menipu suaminya itu.

"Hello? Ye abang, dah bangun?" Di dalam kepalanya ligat memikirkan alasan yang sesuai untuk diberikan kepada Azizi tentang kehilangannya dari rumah hari itu.

"Dah bangun dah, Fiza kat mana ni? Sampai hati tinggalkan abang sorang-sorang ye?" Hafiza mengukir senyuman dibibirnya. 'Azizi memang takkan pernah berubah dari tingkah manja itu.' Hatinya berbisik.

"Sekejap lagi Fiza sampai ye? Abang mandilah dulu, nanti Fiza balik, kita makan sama-sama. Tengah hari dah ni?" Matanya mengerling sekilas jam di dashbord kereta. 'Pukul 12.30.' Kedengaran suara Azizi mengeliat malas.

"Sayang baliklah, mandikan abang ni. Abang malaslah nak mandi." Hafiza tertawa mendengar permintaan Azizi. 'Macam manalah reaksi dia bila aku bagitau dia dah nak jadi ayah tak lama lagi?'' Senyuman mula memekar di bibir Hafiza.

"Abang ni manjalah, nak tunggu Fiza lambat lagi ni. Karang gigi tu dah berulat baru Fiza sampai rumah tau."

"Ala, nak manja-manja sikit pun tak boleh. Malam ni abang dah nak fly tau, nanti Fiza jugak yang rindu nak tengok muka abang yang handsome ni." Dalam hatinya masih lagi memekar kasih untuk Hafiza, tetapi di situ juga ada kasih yang mula bercambah untuk Aryana.

Dia mahukan Hafiza, tetapi dia juga tidak mahu melepaskan Aryana. Dia berjanji untuk melayan kedua mereka dengan sebaiknya. Hafiza terlalu sempurna buat dirinya, walaupun sudah berkahwin, tetapi Hafiza sering sahaja diganggu oleh teman-teman sekolejnya.

Kadang-kala Azizi merasa cemburu apabila Hafiza bercerita, tetapi sekejap sahaja amarahnya bertahan apabila Hafiza mula mengelus jemarinya dan dicium penuh kasih. Dia sayangkan Hafiza dan tidak sanggup untuk kehilangan wanita itu dari hidupnya.

5 comments:

Anonymous said...

best3..cpt sambong..hehe

keSENGALan teserlah.. said...

cetsss,.,,
ku sangaka azizi nieh baikk..
rupenye hampeh..
menyaaaammmpaahhhnyeeeeeee...
ngeeeeeee..
lelaki..
sian kat fiza kalo dye taw..
da la skt,,
pregnant yg kasi effect sgt bhya plak tuh..
then di duakan..
cetsss..
smbung2..

Anonymous said...

to kesengalan ~ xleh salahkn azizi je..hafiza pn 1,rahsiakn dy kua ngn sape,mst r azizi terasa..n mst r azizi pk bukan2 psal hafiza sbb rahsiakn ssuatu..kua pn xgtau,pas2 jpe llaki laen...mane2 llaki pn xske pasangan dy kua ngn llaki laen..

Hani Yuhani said...

Thanks coz bace novel ni, n thanks jugak sudi komen...
(^_^)

hana_aniz said...

hai!! ceh!! azizi ni teruk betol!! mne leh prasangka buruk. kalo syg btol2, sure takkn menduakn isteri. ni yg tak suka ni!! nak lagi!!