Wednesday, May 30, 2012

Aku tak nak jadi andartu ~ 13

Muka cemberut terus dipamer untuk Syafiq. Eda diam tidak berkutik walaupun sudah setengah jam perjalanan. Hati Syafiq berat mengatakan ada sesuatu yang menjadikan rajuk Eda bertambah parah, namun tidak dapat di tekanya. Lagu Penghujung Rindu dendangan penyanyi Jamal Abdillah yang berkumandang di corong radio menarik perhatian Eda.

Senikata lagu itu benar-benar menyentuh bagi dirinya.

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia



'Sebelum Syafiq hadir dalam hidup aku, aku selalu berharap untuk bertemu dengan jodoh aku. Sekarang, dia di depan mata tapi aku tak pulak terasa bahagia. Sesak dada, sesak nafas. Ah! Semua rongga terasa sempit'. Eda mendengus perlahan. Lagu yang mendayu-dayu terus terhenti bila jari runcingnya menyentuh punat off radio.

Syafiq cuma memerhatikan perlakuan Eda dengan ekor mata. Nafasnya dihembuskan perlahan. Mencari kata bagi memulakan perbincangan dengan tunang sendiri tidaklah semudah yang disangkanya. Ditambah lagi dengan perasaan bersalah yang merajai hati terasa kelu lidahnya untuk bercakap.

"Eda, saya minta maaf." Eda masih lagi diam tidak menyahut. Pandangannya dihalakan ke luar tingkap. Masih terlihat biasan tubuh Syafiq di situ.

"Saya tak berniat nak lukakan hati awak. Tapi percayalah, saya dan perempuan tu tak ada apa-apa hubungan. Dia kisah silam saya yang saya harap tak akan muncul lagi dalam kisah saya dan awak. Saya... sayangkan awak, Eda." Bulat mata Eda mendengar ujaran Syafiq namun segera dia mengawal emosinya.

'Eleh, dengan model tu pun camtu jugak kau bercakap.' Malas aku nak layan lelaki mulut manis macam nji. Eh! Serabutlah otak aku ni. Ni lah padahnya buat keputusan terburu-buru. Kalau aku tak setuju nak bertunang dengan dia ni dulu, mesti sekarang ni aku tengah bahagia buat apa je yang aku suka.

Tapi betul ke kalau aku tak bertunang dengan dia, aku bahagia? Entah-entah sekarang makan hati. Yelah, kawan-kawan ramai dah bagi kad undangan majlis kahwin diorang. Lepas ni aku sendirilah kalau Syafiq ni tak jadi suami aku.

Syafiq perasan akan kerlingan Eda yang semacam tak berpuas hati dengannya. Buntu. Entah magic apa yang perlu digunakan untuk mendengar suara Eda tika ini. Perbincangan yang diharapkan untuk menjernihkan suasana tidak seperti berjalan seperti yang difikirkannya.

"Saya rasa, kita patut berbincang dengan keluarga." Putus Eda secara tiba-tiba. Kening Syafiq berkerut cuba mencerna kata-kata wanita itu. 'Apa yang nak dibincangkan?' Namun soalan itu tersekat dikerongkangnya.

"Semua ni satu kesilapan. Saya tak patut menerima pinangan awak sekaligus meranapkan impian awak untuk bersama kekasih hati awak tu. Mesti awak kecewakan? Yelah, setelah berkali-kali lamaran awak ditolak, awak akhirnya diterima. Tapi masalahnya, kita dah terlanjur bertunang, kan?" Aku cuba mengawal intonasi suara agar tak terlalu ketara getarannya.

Hati siapa tak sakit andai terpaksa memutuskan sendiri ikatan yang diharap kekal ke akhir hayat? Buat masa ini, aku rasakan keputusan aku adalah jalan terbaik. Bukan seperti idea gila Syafiq untuk berkahwin secepat mungkin tu. Melihatkan Syafiq masih lagi serius memandang kehadapan, aku menyambung ayatku.


"Masih belum terlambat untuk kita beritahu keluarga kita untuk batalkan semuanya. Saya tak nak nanti dikatakan perampas kekasih orang. Selebihnya, saya tak teringin nak hidup dengan orang yang hanya tinggal jasad. Jiwanya melayang entah kemana." Aku mendengar helaan nafas panjang dari Syafiq. Air mata yang meleleh pantas aku seka.

Entah kenapa laju pulak air mata ni keluar. Bukan ada apa-apa pun nak disedihkan. Macam tak biasa dibuli pulak kau ni Farizatul Farida. Lelaki bernama Syafiq Hilmi ni kan musuh ketat kau masa zaman kanak-kanak? Takkan kau dah lupa?



5 comments:

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Buat novel yaa ? hihi:)

Mrs. Cuppycake said...

yup, bila ada masa terluang..:)

BULLET said...

wa...caiyok2

BULLET said...

wa...caiyok2

pha is said...

pergh.. cantik penggunaan bahasa.. sayu je baca..