Monday, March 21, 2011

Aku tak nak jadi andartu ~ 8

“Fiq suka kumpul perfume” Wah??! Aku ingat itu minat orang perempuan. Rupanya lelaki pun ada jugak. Baru aku sedar, bauan yang melekat pada Syafiq. Bau lelaki, tak keras sangat, tapi tak pula aku rasa lembut bau tu. Bau perfume apa ye?

Kalau dah nama kumpul perfume, takde maknalah harga perfume tu murah. Nasib la kerja engineer, kalau kerani cabuk mau makan daun kering ada hobi camtu. Aku menggeleng-geleng. ‘Kenapa dia ni nampak baik pulak? Dulu bukan main lagi nakalnya?’

Aku dah puas tawaf KLCC, bosan menghabiskan masa tak tentu hala, aku balik rumah. Sebelum balik bagitau Syafiq dulu. Message send. Rumah yang dah dekat seminggu aku tinggalkan nampak sama, takde beza. Kosong, suram. Aku tinggal sorang je kat KL ni, dulu pernah ada teman serumah tapi lepas tu dia buat hal bawak lelaki masuk bilik. Aku malas cakap banyak aku suruh dia pack barang lepas tu keluar dari rumah aku.

Bukan aku takut pencegah maksiat buat rush ke apa. Aku takut aku kena rush dengan malaikatul maut masa tu dia tengah sedap bercengkarama dengan lelaki dalam bilik. Tak tau jawapan apa nak aku bagi bila ditanya kenapa bersubahat dengan dia. Tak pasal-pasal dapat dosa sekali.

‘Ah! Bosannya duduk sorang ni. Kalau dah kahwin nanti takdelah bosan lagi.’ Otak Eda mula melakar angan dalam buih-buih awan yang muncul entah dari mana. Bagaikan filem, rupanya ketika dia mengenakan pakaian pengantin, baju mengandung, berkain batik ketika berpantang terlayar di kaca mata. Sengih berbunga di bibirnya.

Malas melayan angan yang tak berkesudahan Eda membawa diri ke bilik mandi. Segar badannya bila disiram air sejuk setelah seharian badannya berpeluh. Lilin aromaterapi dinyalakan. Bauan yang menenangkan memudahkan lena Eda.

“Fiq, kau buat apa balik kampung lama sangat?” Tegur Kadir yang terlihat kelibat Syafiq sewaktu melintasi  meja penyambut tetamu. Syafiq hanya tersengih mendengar pertanyaan Kadir. Syafiq yakin Kadir pasti terkejut jika dia menyatakan dia telah bertunang.


“Apasal kau sengih-sengih? Come on la bro, chick mana pulak yang kau dapat sampai dekat seminggu kau ambil cuti?” Semakin melebar senyuman Syafiq. Sememangnya Kadir mengenali Syafiq luar dan dalam. Kadir memerhati gerak laku Shafiq, seakan ada sesuatu yang disembunyikan disebalik senyum lebar itu.

Syafiq masuk ke bilik pejabatnya dan memandang kosong ke meja kerjanya. Sebuah frame gambar yang kosong ditenung lama. Syafiq sedang berkira-kira untuk meletakkan gambar Eda di dalamnya. Laci meja ditarik keluar. Puluhan gambarnya bersama seorang model terkemuka dikumpulkan. Mesin shredder dihidupkan. Berakhirlah cerita cinta antara Syafiq dan model itu di mesin shredder.

Sekeping gambar lama ditarik keluar dari celahan diarinya. Gambar kanak-kanak perempuan yang memakai t-shirt dan berseluar panjang diteliti. Rambut kanak-kanak itu diikat satu disebelah kiri. Sebelah kaki seluarnya tersinsing diatas lutut. Kakinya luka, mukanya mencebik. Sungguh comel gambar itu pada pandangan mata Syafiq.

Bingkai gambar kosong kini berisi gambar kanak-kanak perempuan itu. Syafiq tersenyum. Di dalam hati dia bersyukur kerana Allah tidak memanjangkan jodohnya dengan Alia Shaqib. Meskipun bangga punya kekasih rupawan tetapi terlalu murah wanita itu untuk dinilai menjadi suri hidupnya. Telah beberapa kali Syafiq melamar Alia, tetapi sering saja ditolak oleh Alia. Alasannya dia masih belum bersedia meninggalkan kerjayanya.

Akhirnya Syafiq tekad sekiranya lamarannya masih lagi diendahkan, riwayat cinta mereka perlu ditamatkan. Tidak mungkin dia menunggu Alia lagi. Sementelah membawa hati yang luka ke kampung halaman, dia dilambakkan dengan cerita gadis bernama Farazatul Farida. Hampir saja dia terlupa akan pemilik nama itu.

Bersetuju dengan cadangan ibu dan ayahnya untuk melihat dia cepat mendirikan rumah tangga, Eda kini bergelar tunangannya. Sungguh Syafiq segan untuk bertentang mata dengan Eda. Kanak-kanak yang sering menjadi mangsa bulinya suatu ketika dahulu kini bakal bergelar suri hidupnya. Syafiq terus melayani perasaannya sehingga satu pun kerja tidak dibuatnya.

‘Apa yang dibuat Eda sekarang ye?’ Syafiq mendail nombor telefon Eda. Lama bunyi deringan menampar gegendang telinga Syafiq barulah Eda menyambut panggilannya.

Hello?” Suara serak menyambut panggilan Syafiq malam itu. Syafiq memandang telefonnya memastikan nombor yang didailnya betul.

Hello? Siapa ni?” Eda yang masih mamai tidak tergerak untuk melihat nama pemanggil. TImbul idea nakal di benak Syafiq untuk menyakat Eda.

“Hai sayang, ni sayalah.” Sengaja dileretkan suaranya agar kedengaran manja. Bulat mata Eda mendengar suara lelaki menelefonnya di dinihari begitu. Segera skrin telefon ditelek memastikan nama pemanggil. ‘Ceh, mamat ni. Saja nak kenakan aku la tu. Meh aku layankan.’ Sengih nakal terlukis di bibir Eda.

“Owh, awak rupanya. Tak tidur lagi ke sayang?” Syafiq sedikit terperanjat mendengar reaksi Eda. ‘Dia biasa dapat panggilan telefon masa ni ke?’ Hatinya mengesyaki sesuatu. Dia bimbang sekiranya hati Eda bukan miliknya.

“Belum lagi, saya nak dengar suara awak dulu sebelum tidur.” Nada suaranya telahpun bertukar, tegang dipendengaran Eda. ‘Pelik, tadi dia yang mula mengusik, bila aku usik terus hilang mood?’

“La… Nak dengar suara saya buat apa? Nanti lain kali saya record suara saya, bagi kat awak. Tiap kali awak rasa nak dengar suara saya, awak mainkan record tu ye?” Tawa dihujung ayat Eda sedikit pun tidak meredakan ketegangan yang wujud diantara mereka.

“Takpelah awak, awak sambunglah tidur. Maaf ganggu awak.” Serentak itu talian diputuskan. Eda termangu-mangu memandang kosong skrin Nokia1110i. ‘Apa pasal pulak mamat ni? Ish, sensitif betul. Merajuklah tu. Err… Nak kena pujuk ke?’

Rambut yang serabai dikemaskan menggunakan jari. Nombor telefon sang tunang didail. ‘Jadi kerja pulak nak pujuk-pujuk anak orang. Dahlah tunang pun tetiba.’ Eda membebel dalam hati. Mengenangkan nasib diri yang tiba-tiba berada dalam mod berdarah manis. 

3 comments:

tarisuria said...

lmenyer nk smbung,hehe..pnjgkan la lg ckit, xpuas bace..lau xnk pnjg, leh gak lau wat n3 hari2..hehe cdgan jer..

Cappuccino Lover said...

cdap gak bace cite nie... teruskn ye..hehe

Anonymous said...

like3....hehe