Monday, January 24, 2011

Aku tak nak jadi andartu ~ 7

“Mak ai! Mana satu serai mana satu lalang ni?” Aku menggaru kepala yang tetiba jadi gatal bila tengok semak samun belakang rumah. ‘Nasiblah kemahiran hidup aku ni tinggi’. Dua batang serai yang baru diambil dari rumpun diletakkan di dalam sinki.

“Lepas Asar nanti Eda nak balik KL.” Emak mengangguk tanda faham. Selesai makan tengah hari Eda mula mengemas pakaian untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Skrin Nokia 1110i berkelip-kelip tanpa nada. ‘Kacau betul, nak berkemas pun susah. Hish!’

“Syafiq?” Eda teragak-agak untuk menjawab panggilan Syafiq. Kejadian di waktu makan tengah hari tadi segera bermain dimatanya ibarat ulang tayang filem. Entah macam mana dia tersalah mengambil gelas Syafiq, mungkin kerana terlalu kepedasan hingga keliru?

Walaupun tak ada siapa yang kisah, sengihan yang tersungging di bibir Syafiq seolah mengejeknya. ‘Malunya aku!’ Telefon yang masih bergetar dipandang. Sekejap dia menyembam muka ke bantal sekejap dia menoleh kearah telefon itu.

“Assalamualaikum?” Setelah berbelas missed called terpapar di skrin barulah Eda menekan butang answer. Terdengar helaan nafas lega dari corong telefon sebelah sana.

“Waalaikumsalam, Lambatnya angkat? Buat apa tadi?” Aiseh, masuk edisi siasat ke aku ni? Eda tersengih sendiri.

“Err… Eda tertidur tadi.” Adoilah… Bantai jelah, bohong sunat. ‘Tidur?' Syafiq seolah tak percaya.

“Tadi Syafiq dengar Eda nak balik lepas Asar? Nak Syafiq temankan?” Kebetulan Syafiq ada kerja luar yang perlu dibereskan di Kuala Lumpur. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang pula keadaannya masa tu.

“Temankan? Syafiq nak pergi KL ke?” Ligat otaknya berfikir. ‘Tak nak balik dengan dia! Alamat muka aku ni jadi tebal bak Tembok Besar Chinalah gamaknya.’

“Yup, client nak jumpa pasal landscape bangunan baru yang syarikat baru dapat projek minggu lepas.” Owh… Dia ni engineer ke? Baru Eda tersedar dia tak tahu apa pekerjaan tunangnya. ‘Adeilah kau ni Eda…’

“Nak tak?” Suara garau Syafiq menyedarkan aku. ‘Nak apa?’ Lupa soalan pulak dah… Diam jelah, aci konon aku tengah fikir lagi.

“Awak kerja apa ek?” Tiba-tiba ringan pulak mulut ni bertanya. Alah, apa salahnya nak beramah mesra dengan tunang sendiri. Berkerut dahi Syafiq mendengar soalan Eda. Senyum sumbing terlukis dibibirnya.

“Eda dengar tak Syafiq tanya apa tadi?” Lembut suara Syafiq menampar gegendang teling aku. Ngee~~ Ala-ala suara Shah Rukh Khan pulak dia ni?

“Em, Syafiq tanya apa tadi?” ‘Dah agak dah… Mak cik ni mesti berangan je dari tadi, apalah yang difikirnya?’

“Takpelah, petang nanti Eda tunggu Syafiq ye? Syafiq tumpang kereta Eda.”

“Okay.” Pantas mulut Eda menjawab.  ‘Eh? Jap, aku setuju? Adei! Kene hadap muka dia la nanti ni?’ Eda menggaru-garu kepala yang tak berapa nak gatal. ‘Putus fius otak aku ni agaknya.’

Petang itu seperti yang dijanjikan dalam telefon, Syafiq muncul di halaman rumah aku lebih kurang pukul 5.15 petang. Yelah, Asar lambat sekarang. Emak dan abah tak tercengang melihat kedatangan Syafiq sebab dah dimaklumkan terlebih dahulu.

“Oklah mak, Eda gerak laju-laju dulu. Nanti lambat pulak sampai sana.” Emak mengangguk. Abah pun sama. Syafiq mengambil giliran menyalam abah selepas aku. ‘Dia tak salam mak?’ Persoalan tu aku pendam dalam hati. Aku terus meletakkan sunglasses Dior dibatang hidungku yang agak mancung ni. Drive petang-petang ni, silau mata aku.

Segak jugak buah hati aku ni, ringkas tapi tetap mengancam. ‘Ewah ko Eda, gatal nampaknya? Buah hati?’ Aku tergelak sendiri melayan otak aku yang tah apa-apa. Syafiq mengerutkan kening.

“Eda ok ke tak?” Aku kerling dia hujung mata. Sengih sikit sambil terus memandu. Macam-macam yang aku dan Syafiq bualkan sepanjang perjalanan. Semuanya tentang perkara-perkara semasa, langsung tak sentuh hal-hal peribadi. Bukan apa, kayuh pelan-pelan kata orang sekarang.

“Eda drop Fiq kat Stesyen Putra boleh?” Penggunaan Syafiq dan Eda dah ditukar kepada Fiq dan Eda, lagi mesra pada telinga aku.

“Fiq nak pergi mana? Biarlah Eda hantar?” Aku mempelawa Syafiq, lagipun bukan ada tempat yang ingin aku tuju selepas ini. Balik rumah, menghadap komputer sambil main games yang dah beberapa hari aku tinggalkan. Otak aku masih malas nak menjenguk kerja-kerja yang dah aku tinggalkan.

“Takpe ke? Fiq nak pergi KLCC ni, nanti menyusahkan Eda je. Taulah KL, jem dari pagi ke malam.” ‘Alamak! KLCC ke? Emm… Tak kisahlah. Lagipun dah lama aku tak merayau-rayau kat KLCC tu’.

“Eda ok, lagipun boleh ronda-ronda kat situ kejap. Dah lama tak jejak KLCC.” Syafiq tersenyum mendengar jawapan aku. Aku pun hairan. Sejak bila aku jadi gadis yang penuh sopan santun dengan Syafiq? Hmm…

“Eda suka shopping ke?” Pertanyaan Syafiq buatkan aku tergelak. ‘Ape ke sengal la mamat ni, perempuan mana yang tak suka shopping gamaknya?’ Aku cuma mengangguk menjawab soalan Syafiq.

“Fiq pun suka shopping jugak!” Kali ni aku terkejut. Lelaki? Suka shopping? Shopping apa? Ligat otak aku berfikir, kerutan di dahi aku melucukan Syafiq.

“Eda ni, mula la fikir bukan-bukan pasal Fiq tu. Fiq normal la. Takde gear reverse pun dalam diri Fiq ni. Perempuan ramai zaman sekarang ni, seksi-seksi lagi. Rugi la kalo Fiq menentang arus.” Terkekeh aku gelak. Apa punya perumpamaan la dia pakai? Gear reverse? Menentang arus? Kadang bunyi macam orang tak betul, kadang macam poet pun ada jugak tunang aku ni.

“Fiq shopping apa?” Teringin jugak aku nak tau minat dia, manalah tau kalau-kalau minat kitorang ni sama.

4 comments:

Imran nyambek said...

leh jadi penulis novel nih

Woofer Storm said...

lagi??ermmm bestnya ni..bca free kat sni,tak yah beli novel..heeeee

Mrs. Cuppycake said...

Imran nyambek: Thanks sudi baca! Lain kali singgah lagi ok:)

Woofer Storm: Hehe... Bacalah, tapi novel beli lagi best kot..:p

Imran nyambek said...

baiklah cayang. *takpe en?