Monday, December 27, 2010

Aku tak nak jadi andartu ~ 6

"Eda!!!" Aduhailah emak. Pagi-pagi ni memang time dia nak test vokal sama ada mantap lagi ke tak agaknya. Malas aku nak layan, tidur lagi baik. Dapat aku dengar derap kaki mak semakin hampir ke bilik aku. 'Apa aje halnya mak ni agaknya?'. Nokia 1110i aku capai. Baru pukul 8.30 pagi, 'apa salahnya bangun lambat sikit hujung-hujung minggu ni?'

Pintu bilik aku dah macam nak roboh di ketuk dek emak. Baru aku duduk bersila atas katil emak dah berjaya menerombos pintu bilik. Terkejut aku dibuatnya.

"Huish mak ni! Terkejut Eda tau. Sabarlah sikit, Eda baru nak bangun bukakkan pintu." Terus segar mata aku cuba mencari 'kecacatan' pintu bilik yang baru dirempuh emak tadi.

"Amboi-amboi, kau fikir kau sorang punya terkejut. Mak ni lagi terkejut tau. Lepas subuh tadi tunang kau dah tercegat kat laman rumah ni. Tadi adalah ayah kau melayan dia. Ni ayah kau dah keluar, tinggal mak je berdua dengan si Syafiq tu. Nak mak tinggalkan, risau pulak dia masuk bilik kau ni. Dah, bangun cepat, mak nak pergi pasar ni. " Terkebil-kebil mataku mendengar huraian panjang lebar dari emak.

"Eda mimpi ke ni mak?" Mak pandang aku dengan muka garangnya. 'Dia kat mana?' Pertanyaan tu tersekat dikerongkong. Tak mampu nak aku luahkan bila tengok muka mak macam singa lapar. Huhuhu...

Lepas mandi ala-ala puteri bersiram, aku keluar ke kebun mini belakang rumah. Kalau dari tadi dia kat sini, takdelah dia dengar jeritan vokal mak aku mengejutkan aku pagi tadi. Dengan berhati-hati aku berjalan ke arahnya. 'Apasal dada ni berdebar semacam je?'

Tinggal lagi lima langkah nak sampai pada dia, tiba-tiba dia berpaling. Jantungku macam dah berhenti berdegup, langkah terus terkaku.

"Err... Assalamualaikum" Aku cuba cover line. Malu beb! First time aku bertentang empat mata dengan tunang aku. Makin handsome pulak dia. Tak rugi aku setuju jadi tunang dia. Serentak itu senyuman terulas di bibir.

"Waalaikumsalam. Eda baru bangun ke?" Shafiq memandang wajah bakal surinya dengan lembut. Bau sabun yang menusuk hidung mengiyakan lagi telahannya. Farazatul Farida. Makin menawan pula gadis itu pada bola matanya.

‘Aiseh! Ape kes jadi gugup ni?’ Eda menguis-nguis kakinya pada dedaun kering yang berterabur dilantai bumi. Syafiq juga diam membisu. ‘Ish mulut ni, pagi tadi beria-ia sangat nak datang jumpa bakal bini kononnya. Bila dah jumpa takkan nak senyap aje?’

“Kenapa Syafiq datang rumah Eda?” Eda memulakan bicara bila suasana sunyi menambahkan kegugupannya. Syafiq lega kerana akhirnya Eda memecahkan ruang sunyi antara mereka.

“Saja Syafiq nak datang jumpa bakal wife Syafiq. Kenapa? Tak boleh ke?” Kelihatan tenang Syafiq menuturkan ayat itu. Aku gugup. ‘Bakal wife’. Ayat itu berulang-ulang dalam benak Eda sehingga dia tidak lagi mendengar apa yang dikatakan Syafiq selepas itu.

“Eda?” Syafiq cuba mengembalikan Eda kealam nyata. ‘Hish! Punyalah banyak aku tanya, satu pun tak dijawabnya’ Syafiq merenung Eda tajam. Eda yang tersentak merona merah mukanya. ‘Aduhai! Berangan terlebihlah pulak!’ Eda mengutuk dirinya di dalam hati.

“Syafiq makan tengah hari kat sini?” Eda melarikan diri dari apa jua topik yang dibawa Syafiq sebelumnya. Syafiq berfikir. ‘Makan kat sini? Kalau dia masak boleh jugak aku merasa air tangannya.’ Syafiq mengangguk. Apa salahnya dia menguji bakal isterinya itu kata hatinya.

“Petang nanti Eda nak balik KL dah, kerja dah banyak yang bertangguh. Haritu ingatkan tak nak lama kat kampung, alih-alih dah dekat empat hari kat sini.” Syafiq mendengar dengan teliti lalu menimbulkan tanda tanya dalam benaknya.

“Kat KL tu, dah ada yang menunggu ke?” Syafiq bertanya perlahan tetapi Eda masih mampu mendengarnya. ‘Cemburu?’ Eda mencari anak mata Syafiq yang memandang ke pintu tandas.

“Banyak yang menunggu, sebab tu tak boleh lama-lama kat sini. Kalau lama sangat, teruklah nanti Eda.” Syafiq melepaskan keluhan perlahan. Eda menahan tawa. Kecewa benar nampaknya tunangnya itu.

“Eda terima saya ni sebab terpaksa ke?” Lain nada bicara Syafiq, meruntun hati Eda mendengarnya. ‘Hish! Orang gurau aje, dia ambil serius pulak.’ Eda menggeleng, dia tahu, Syafiq sedang memandangnya.

“Tadi Eda cakap, ramai yang menunggu di KL tu?” Eda menguntum senyuman ikhlas.

“Syafiq cemburu?” Eda menyoal. Straight to the point. Tak perlu dia berbelit-belit menyusun ayat kerana dia hanya ingin mendengar jawapan ya atau tidak daripada Syafiq. Dari kejauhan Eda ternampak kelibat ayahnya. Segera mereka berdiri apabila ayah Eda melintasi pangkin tempat mereka berbual.

“Eda nak masuk masak.” Sepatah ayat itu lalu dia berlalu meninggalkan Syafiq. Belum sempat Syafiq menjawab soalan yang diajukan Eda tadi. Syafiq berbual dengan bakal ayah mertuanya di ruang tamu. Sementara Eda menyediakan makan tengah hari bersama emaknya di dapur.

“Kita nak masak apa mak?” Eda menguis-nguis bahan-bahan yang tersimpan dalam peti sejuk. Teringin pulak tekak ni nak makan asam pedas.

“Eda nak makan asam pedaslah mak.” Eda mengeluarkan ikan pari, bendi, dan bunga kantan dari peti sejuk. ‘Serai pulak tak ada.’ Perlahan Eda menyarung selipar di muka pintu dapur.

“Pergi mana tu?”

“Ambik serai.” 

"Elok-elok sikit, belakang tu dah semak. Ayah kau dah lama tak menebas.” Emak mengingatkan sebelum aku pergi mencari serai di belakang rumah.

1 comments:

Hani Yuhani said...

anonymous:23 belum lagi andartu, tapi selalunya mak ayah dah biasa tanya soalan cepumas, so, tajuk tu, "Aku tak nak jadi andartu" bukan bermaksud dia dah jadi andartu masa umur 23..:)