Friday, October 29, 2010

Aku tak nak jadi andartu ~5

"Sedap hingga menjilat tangan" Hehe.. Puas hati dapat melantak masakan mak puas-puas. Nanti lepas kahwin mesti susah nak dapat makan macamni lagi. 'Kenapa mesti susah? Buat rule kena balik kampung setiap hujung minggu.' Idea bernas muncul dalam kepala otak aku yang bergeliga ni.


"Burp! Alhamdulillah." Tersendawa kuat pulak, nasib baik takde siapa dengar. Aku kendong pinggan ke sinki dan berkemas apa yang patut. Handphone aku berbunyi lagi. 'Tak sabar betul!' Umpat aku dalam hati. Nokia 1110i aku capai. Apa saja yang di tulis budak sakit otak tu.

"Waalaikumsalam. Siapa ni?" Eh? dia tak tau nombor aku? Bolehlah mengenakan ni. Hehe... Siaplah kau.

"Awak tak simpan nombor saya? Sampai hati." Send. Dalam kepala ligat membina ayat-ayat untuk aku balas kepada Shafiq nanti.

Eh? Siapa pulak nak main-mainkan aku ni? Tah-tah kawan ofis aku tak? Haha... Ini Shafiq la, nk kenekan aku ye? Kita tengok siapa yang terkena. Senyuman nakal berbuah di bibir Shafiq. Terasa bersemangat untuk berbalas message dengan teman yang tidak dikenalinya itu.

"Handphone saya hilang bulan lepas. Habis semua nombor hilang. Sorrylah, siapa ni ye?" Send.

"Owh, patutlah tak ingat, saya ingatkan awak tak sudi nak simpan nombor saya. Ni Fara, ingat tak?" Send.

"Fara? Macam biasa dengar. Owh! Mesti Fara kawan Faizal. Betul?" Send. Ingatkan ada orang nak kenakan aku. Rupanya kawan si Faizal ni. Tapi, macam mana pulak dia boleh ada nombor aku? Pelik ni.

"Ha! Betullah tu. Awak tengah buat apa ni? Dah makan?" Send. Gatal jugak kau ye, sabar kejap. Nanti bila aku dah reveal diri aku, baru kau tau padan dengan muka. Eda geram. Boleh pulak tunang dia pergi ingat kat kawan dia punya kawan perempuan? Tak patut betul!

"Belum, nak tolong masakkan?" Send. Dalam kepala terbayangkan rupa Fara. Macam manalah rupa dia ni? Cantik ke tak? Ish, kalaulah dia awal sikit. Mesti aku tak bertunang dengan si Eda selekeh tu. Seperti menyesal pulak bersetuju dengan jodoh yang Mak dan Ayahnya cadangkan. Telinga Shafiq sudah nipis mendengar bebelan emaknya siang malam. Walaupun jarang berada di rumah, Waktu terluang jarang sekali maknya biarkan tidak berisi. Pasti ada saja yang nak di cecehkannya.

Pengakhirannya, ayah Shafiq membawa solusi masalah dengan cadangan 'bernas' menjodohkan dia dan musuh ketatnya zaman kanak-kanak dulu. 'Musuh? Huh, what-so-ever!' Bunyi message mengganggu lamunan Shafiq.

"Boleh, nak suapkan pun boleh." Shafiq tersenyum sumbing. Perempuan zaman sekarang, memang kurang moral dan akhlak. Belum pernah bertemu muka sudah berani bermain kata. Tergeleng-geleng kepala Shafiq teringatkan beberapa kes yang selalu tersiar di dada-dada akhbar saban hari. Berharap bakal isterinya tidak seperti Fara. Terbit rasa syukur kerana dia pasti Eda tidak begitu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lewat Asar Eda menyapu laman rumah, mengumpulkan dedaun kering untuk dibakar. Bosan bersendirian dirumah kerana emak dan ayahnya ke majlis kahwin saudara jauh di kampung sebelah. Handphone dibelek, menanti balasan message dari Shafiq. Kenapa dia tak balas ye?

Eda merenung kakinya, dia teringatkan zaman kanak-kanaknya yang penuh kegembiraan. Walaupun sering diejek dan dibuli kawan-kawan, dia tidak patah semangat untuk terus bermain dan bergaduh sesama mereka. Shafiq salah seorang pembuli yang tegar. Senyuman terukir di bibirnya mengenangkan rupa Shafiq yang paling bergaya dalam kalangan mereka.

Pernah juga hatinya tertawan dek gaya Shafiq, tetapi cepat-cepat dia tersedar apabila seping dipanggil dengan gelaran Eda Sele... Tetapi gelaran itu tidak lagi sesuai untuk dirinya sekarang. Dia bukan sahaja bergaya, bahakan kecantikan semulajadinya semakin terserlah dari hari ke hari. Menjadi pengurus spa memang menguntungkan bisik hatinya.

5 comments:

shi3la said...

tadi tengok citer aku bukan andalusia..hahaha

salam kenal Hani...

Mrs. Cuppycake said...

salam kenal shiela:)

Redbloodsnow said...

Hehe...dulu before zie kenal dgn dillah. jiran2 yg tang pakcik makcik kepochi selalu say zie bakal jd andartu taw. jaat mulut dorg...huhu

Heidi Shafiq said...

pandai ko bercerita.. :)

Mrs. Cuppycake said...

Zie: Thanks Zie sudi datang blog hani ni:)

HS: Terima kasih atas pujian itu, menjadi lebih semgat ni nak menulis!:)