Tuesday, July 13, 2010

Kasih Suci??? ~ Akhir

"Laila!" Azlin menjerit memanggil kanak-kanak berusia tiga tahun itu. Anak itu terus berlari-lari ke arah ayahnya yang baru pulang dari kerja. Rushdi memandang anaknya dengan senyuman. Riang sungguh hati Laila menyambut kepulangannya. Kelibat riang Laila diiringi kelibat Azlin yang membuntangkan matanya memandang Laila. Laila yang tahu ibunya sedang naik darah segera memaut betis ayahnya dan berselindung.

"Laila takut dengan ibu ye sayang?" Rushdi mencepung tubuh kecil itu. Laila menggangguk-anggukan kepalanya. Rushdi cuba menyerahkan Laila kepada Azlin tetapi Laila tidak mahu, dia memeluk erat tengkuk ayahnya.

"Laila ikut ibu, pergi mandi, sekejap lagi kita nak pergi rumah uncle Azizi. Ok?" Laila memandang wajah ayahnya meminta kepastian tentang patah perkataan ayahnya sebentar tadi.

"Kita nak pergi rumah Dania ke ayah?" Mukanya penuh pengharapan. Sebaik ayahnya menggangguk Laila meronta minta dilepaskan. Sebentar kemudian dia sudah membuka pakaiannya bersedia untuk dimandikan. Azlin menggeleng-geleng. 'Hish, sama aje perangai dengan ayahnya.'

"Lin cakap apa tadi sayang?" Rushdi menarik kedua-dua belah pipi Azlin dengan manja. Alin cuma tersenyum memandang suaminya. Sebuah kucupan sayang dihadiahkan didahi Azlin.

"Ibu!" Laila menjerit memanggil ibunya yang tidak muncul-muncul sejak tadi.

"Tu, anak abang dah menjerit dah tu, Lin pergi mandikan dia." Rushdi tertawa senang mendengar omelan isterinya. Dia merasa sungguh bertuah dipertemukan dengan Azlin. Walaupun mereka bertemu di atas kesusahan seorang kawan, ternyata jodoh mereka telah tertulis di Loh Mahfuz. Beberapa bulan setelah pemegian Hafiza, mereka mengambil keputusan bernikah. Hafiza tidak dapat bertahan lama setelah melahirkan anak kembarnya. Genap seminggu selepas melahirkan, Hafiza meninggal disisi Azizi. Azizi yang baru mengalami kecelakaan jalan raya menerima pemergian Hafiza dengan redha.

Azizi yang kehilangan penglihatan kerana kemalangan dapat melihat semula atas belas ihsan isterinya yang mendermakan matanya untuk Azizi. Setelah pembedahan dilakukan dan Azizi dapat melihat, dua orang bayi berusia dua bulan diserahkan padanya. Dania Alisa dan Danial Ariff, permata yang ditinggalkan oleh Hafiza untuknya.

**********************************************

"Dania, Danial, dah siap? Sekejap lagi kawan-kawan kamu nak datang tau?" Azizi menjenguk bilik kembarnya bagi memastikan mereka telah bersedia menerima tetamu petang itu. Azizi sengaja mengadakan majlis harijadi yang sederhana dan bacaan doa selamat bagi meraikan majlis kelahiran kembarnya itu.

Telah empat tahun Hafiza pergi meninggalkannya. Dia amat bersyukur kerana memiliki isteri seperti Hafiza. Walaupun mengetahui kecurangan yang dilakukan olehnya, isterinya itu masih lagi sudi melahirkan zuriatnya dan kini menjadi penyeri hidupnya. Potret pernikahan mereka masih terlekat kukuh di dinding.

Azizi amat terkilan kerana tidak sempat membahagiakan isterinya setelah apa yang berlaku diantara mereka sebelum Hafiza menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kini dia tidak lagi menjadi juruterbang dan menguruskan perniagaan arwah Hafiza diluar negara. Dia hanya mengetahui Hafiza mempunyai perniagaan di luar negara selepas peguam yang mewakili Hafiza datang menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan perniagaan itu kepadanya.

"Papa! Tengok Danial ni! Dia tarik reben baju Dania!" Danial masih lagi menarik reben di gaun Dania. Walaupun berusia empat tahun, Danial memang aktif dan gemar menyakat kembarnya itu. Terkekeh-kekeh tawa Danial melihat muka Dania masam mencuka diusiknya.

"Danial, jangan kacau Dania. Nanti papa marah nanti." Kedengaran suara bibik menasihati Danial. Azizi mengambil seorang bibik untuk membantunya menguruskan rumah dan anak-anaknya. Dia tidak berniat untuk berkahwin lagi setelah Hafiza pergi. Serik dengan sikap wanita seperti Aryana. Dia tidak lagi mahu tertipu.

"Dania, kenapa menangis ni sayang?" Azizi menghampiri Dania yang teresak-esak menangis kerana reben gaunnya telah bersimpul. Bibik menghuraikan simpulan itu dan mengikatnya semula.

"Dah, jom kita turun. Laila dah sampai tu." Azizi memberitahu kembar itu. Kedua-duanya terlonjak kegembiraan mendengar rakan yang muda setahun dari mereka itu sudah tiba.

"Apa khabar Di, Lin?" Azizi menyapa dua orang sahabat yang telah banyak membantu rumah tangganya dengan Hafiza, sehingga kini dia masih tidak tahu bagaimana untuk membalas budi baik mereka.

"Aku sihat-sihat je, macam ni lah. Melayan kembar tu, pening kepala aku."

"Budak-budak nak besar, macam-macam perangai dia." Laila, Dania dan Danial berlari-lari di sekitar laman rumah banglo itu. Bibik kelihatan risau memerhatikan kanak-kanak itu, risau sekiranya ada yang terjatuh dan cedera.

********************************************************

Majlis yang dirancangkan berjalan lancar. Kini cuma tinggal Rushdi dan keluarganya di rumah Azizi. Azlin dan bibik berada di ruang bermain anak-anak di tingkat dua, manakala Azizi dan Rshdi berada di ruang tamu berbual-bual.

"Bila kau nak tambah ahli lagi Di? Laila pun dah besar aku tengok, tiga tahun dah umurnya kan?" Azizi sengaja mengusik Rushdi. Rushdi tergelak besar mendengar usikan Azizi. Dia tidak pernah merancang keluarganya dan sememangnya isterinya sedang mengandung, cuma perutnya belum kelihatan kerana masih lagi diawal peringkat kehamilan.

"Tak lama lagi bertambahlah, Lin pun dah berisi. Kau bila lagi? Takde cadangan nak kahwin lain ke?" Azizi tersenyum sambil menggeleng.

"Aku nak balas budi Hafiza Di. Tak dapat bersama atas dunia ni, insyaAllah, dia akan jadi ketua bidadari untuk aku dalam syurga nanti." Pendek balasan Azizi tetapi membawa pengertian yang amat mendalam bagi yang memahami. Malam itu berakhir dengan tenang, Rushdi dan Azlin meminta diri kira-kira pukul sebelas malam dan pasangan kembar telahpun tidur lena waktu itu. Azizi bahagia menatap wajah anak-anaknya seolah-olah Hafiza masih ada bersama dengannya menjaga anak mereka. Malam itu tidurnya nyenyak kerana bertemankan bayang Hafiza di dalam mimpinya.


~TAMAT~

6 comments:

Aku Sendiri said...

hoho tamat sudah citer ni.
keseluruhan cter ni ok la best.
nnt buat cter bru lak yer. :D

keSENGALan teserlah.. said...

habis sudah..
best2.

natasya said...

besh3..!!!boley wat lgy ea....

merlin said...

simple n good work..congrats..:-)

black_mel said...

erk...habis suda..baru nak start baca dh episod akhir..huhu...syurgamu ramadhan pun hari ni last...

Mrs. Cuppycake said...

haish black mel...cite ni da berkurun lame terperam..huhu...but thanks sudi baca..:))