Friday, March 19, 2010

Kasih Suci???~17

"Terima kasih Hassan, esok saya akan masukkan baki bayaran untuk kerja awak." Hafiza mendengus perlahan. Berita yang ditunggunya setelah sekian lama, Azizi berada di rumah mereka.

"Fiza, apa yang kau buat kat luar ni malam-malam ni? Sejuk ni, jom kita masuk?" Hafiza terkejut mendengar suara Azlin menyapa dari arah belakang.

"Kau ni mak cik, cuba bagi salam ke apa, nasib aku tak mati terkejut tau?" Azlin tersengih, tahu akan salahnya tidak memberi salam terlebih dahulu.

"Tak gayut ngan Rushdi ke?" Hafiza mula menyakat Azlin, muka Azlin merona kemerahan itu masih dapat dilihat walaupun dalam kesamaran malam.

"Apa pasal pulak aku nak bergayut ngan dia? Ada-ada je kau ni." Sejak mereka keluar makan malam kelmarin wajah Azlin nampak lebih berseri, itu menimbulkan tanda tanya di benak Hafiza. 'Tak ada pulak dia nak share apa-apa dengan aku'.

Tengah malam itu Hafiza muntah-muntah teruk, sengaja dia tidak mengejutkan Azlin. Dia tahu, penyakitnya semakin parah dan dia telah bersedia menerima kemungkinan maut bakal menjemputnya. Hafiza memerhatikan susuk tubuhnya di dalam cermin tandas. Walaupun perutnya memboyot, tubuhnya semakin kurus, dia sedar akan perkara itu. Dia tersenyum pahit melihat keadaannya ketika itu. 'Abang, Fiza bukan Fiza yang dulu lagi..'

**********************

Setitis demi setitis air mata jatuh ke sejadah. Azizi menangis memohon supaya dosa-dosanya diampunkan olehNya. Setelah lama tidak mengerjakan solat, hatinya berasa tenang mengadu kepadaNya di atas hamparan sejadah dinihari itu. Sesungguhnya dia bersyukur Allah telah menunjukkan kepadanya sikap sebenar Aryana, dan membawanya kembali mencari rahmat Tuhan seluruh alam.

Enjin kereta dimatikan. Azizi mencongak sama ada ingin masuk ke dalam klinik tempat Rushdi bekerja ataupun tidak. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi, pada perkiraan Azizi sebentar lagi Dr.Rushdi akan keluar untuk sarapan. Matanya dihalakan ke arah pintu utama klinik, mencari wajah Dr.Rushdi.

"Di, Fiza makin teruk! Boleh kau datang sini sekarang?" Suara cemas Azlin mengganggu tumpuan Dr.Rushdi untuk memandu, dalam keadaan itu matanya dapat menangkap kereta milik Azizi yang tidak jauh dari kliniknya. Azlin menemani Hafiza yang tidak bermaya dan terbaring lesu di atas katil. Sekalipun begitu Hafiza terus-menerus mengatakan bahawa dia tidak apa-apa.

"Apa yang ok nya kalau macam ni keadaan kau Fiza? Kejap lagi Rushdi sampai kita akan tau kau ok ke tak." Azlin memberikan kata putus kepada Hafiza, dia tahu Hafiza tidak mahu dirinya risau.

"Lin, aku nak pergi bank la. Kau hantarkan aku ye?" Dahi Azlin berkerut seribu, cuba menterjemah kata-kata Hafiza tadi.

"Buat apa pergi bank?" Soalan berbalas soalan. Tidak ada kepentingan untuk Hafiza ke bank kerana selama ini Dr.Rushdi yang menguruskan perbelanjaan Hafiza, itupun di atas permintaan Hafiza sendiri.

"Aku ada hal, nak bayar hutang orang." Hafiza cuba bangun dari duduknya. Tangan Azlin digenggamnya, tahu Azlin tidak mahu membantu dalam keadaannya begitu.

"Kita tunggu Rushdi datang dulu." Azlin tidak berani memandai-mandai, bimbang menambah burukkan lagi keadaan kesihatan temannya itu. Jelas riak kerisauan Dr.Rushdi di wajahnya sewaktu sampai ke rumah Hafiza dan Azlin.

"Let me check her." Azlin menjarakkan diri dari Hafiza untuk memudahkan tugas Dr.Rushdi. Dr.Rushdi menggelengkan kepalanya. Hafiza sudah kritikal, tapi bagaimana dia dapat memberitahu Azlin tentang hal itu? Azlin kawan baik Hafiza, sama sepertinya, tetapi dia punya kelebihan sebagai seorang doktor, hidup dan mati pesakit adalah lumrah baginya, mampukah Azlin menerima hakikat usia Hafiza sudah tidak panjang?

"Aku tak apa-apa kan? Aku nak pergi bank Di? Bolehkan?" Dr.Rushdi mengerutkan dahinya. Dia berpaling memandang Azlin.

"Dari tadi lagi dia nak pergi, tapi aku cakap tunggu kau bagi keputusan dulu." Dr.Rushdi mengangguk faham.

"Nak buat apa pergi bank?" Dr.Rushdi menyoal sahabatnya itu. Pasti ada sesuatu yang penting untuk dilakukan Hafiza, jika tidak masakan dia sendiri ingin pergi ke bank sedangkan selama ini semua urusan perbankkan diserahkan bulat-bulat kepadanya.

"Aku nak bayar hutang. Boleh la ye?" Senyuman diukir pada ulas bibirnya yang pucat itu. Hafiza amat berharap kawan-kawannya akan membantu kerana untuk dia sendiri memandu ke bank, tidak mungin dia termampu.

3 comments:

akak said...

huh..dia nak bayar hutang siapa ye..
ala hani..tak puasla, pendek no.

Anonymous said...

nape n3 ni pendek sahaja...
huhuhu..
sambung2..

merlin said...

btol2..kejap sgt..ad mase 2lis lg k yang..:-)