Saturday, December 26, 2009

Kasih Suci??? ~ 15

Azlin diam menunduk ke lantai. Hafiza memahami keadaan Azlin meminta Dr.Rushdi memberikan mereka berdua ruang untuk bercerita. Dr.Rushdi mengangguk perlahan.

"So, dah boleh bagitau aku siapa?" Hafiza mengusik Azlin. Mengikut perkiraan Hafiza, tiada lelaki lain lagi yang mungkin menduduki carta hati Azlin ketika itu melainkan Dr.Rushdi.

"Rushdi ke Lin?" Hafiza bertanya setelah bosan menunggu Azlin membuka mulut.

"Nampak sangat ke Fiza?" Azlin kaget bertanya. Risau sekiranya rahsia yang cuba diselindungkan dari penglihatan Dr.Rushdi terbongkar. Tanpa disedari mereka Dr.Rushdi mencuri dengar perbualan mereka berasa terkejut. Nyaris sahaja beg pemeriksaannya terlepas jatuh, namun dia tetap berdiri di sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur rumah itu.

"Aku malulah Fiza, takut kalau Rushdi perasan perasaan aku pada dia. Kau rasa macam mana? Dia ada perasaan kat aku?" Telus Azlin bertanya. Dia tahu antara Dr.Rushdi dan Hafiza tiada rahsia dan kadangkala itu menimbulkan cemburu dihatinya namun segera ditangkis dengan alasan Hafiza adalah pesakit Dr.Rushdi.

"Setahu aku, Rushdi takde girlfriend lagi, means peluang kau cerah lah!" Girang suara Hafiza. Sekejap sahaja dahinya berkerut.

"Syed tau pasal ni?" Jelas Hafiza bimbang bagi pihak temannya itu. Manalah tahu Syed berubah laku menjadi pengganas bila dapat tahu sebab pertunangan mereka diputuskan.

"Dia tahu dan dia terima. Aku tak tahu Fiza, dia tu tak nampak macam bersungguh dengan aku. Tapi bila aku nak pulangkan cincin ni, dia tak nak. Simpan sebagai hadiah katanya." Hafiza tahu Azlin terguris dengan sikap Syed yang endah tak endah terhadapnya tetapi memutuskan tali pertunangan mereka adalah di luar jangkauan pemikirannya.

"Kau yakin tindakan kau ni betul Lin?" Hafiza cuba bermain psikologi dengan Azlin. Dia tidak mahu temannya itu menyesal di kemudian hari nanti. Perkara sebegini tidak boleh dibuat main. Salah perhitungan diri sendiri yang bakal menanggung bebannya.

"Aku yakin Fiza, hati aku dah tak ada pada dia. Dia anggap aku ni perkara remeh. Dan aku tahu siapa diri aku untuk berganding dengan Rushdi, sebab tu aku rela pendam perasaan ni seorang diri.

"Kalau kena caranya, Rushdi mesti tertarik pada kau Lin. Kau cantik, badan pun montok. Kalau aku jadi lelaki, lama dah aku 'ngap'!" Segera cubitan berbisa Azlin singgah di peha Hafiza. Dr.Rushdi berdehem. Azlin dan Hafiza buat muka selamba.

"Dah habis woman business korang?" Serentak Azlin dan Hafiza mengangguk. Peralatan mengepam tekanan darah dan beberapa peralatan yang biasa digunakan oleh Dr.Rushdi untuk memeriksa kesihatan Hafiza terhampar di atas meja makan. Seperti kebiasaan, Hafiza membiarkan Dr.Rushdi memeriksa dirinya.

"Fiza, makan gula lebih sikit, takut nanti budak dalam perut kau tu tak cukup nutrien. Susah nanti, lagi satu, banyakkan rehat. Jangan asyik nak ajak si Lin ni merayap je. Ni tadi mesti korang buat rancangan nak shopping lagi kan?" Sengaja Dr.Rushdi berbasa-basi.

"Lin, meh sini aku check kau pulak." Azlin mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Dr.Rushdi sengaja mahu melihat reaksi Azlin berhampiran dengannya.

"Nak check aku buat apa?" Terdengar getaran dihujung suara Azlin menunjukkan dia sedang kaget. 'Ish dia ni, gugur lah jantung aku kalau dekat-dekat dengan dia!' Azlin menggumam perlahan.

"Apa dia Lin? Aku tak dengar?" Dr.Rushdi giat mengusik Azlin. Tekanan nadi Azlin dirasa, tekanan darah diambil. Muka Azlin yang memerah dipandangnya. Azlin yang malu menunduk. Dr.Rushdi mulai terasa sesuatu apabila melihat Azlin seperti itu.

"Ok, dah siap. Ha, senang je kan? Senyap camtu kan senang." Senyuman menghiasi bibir Dr.Rushdi menahan debaran didadanya. Azlin menjelir lidah.

"Eh? Aku gunting lidah tu kang. Ha, padan muka, bisu tak boleh cakap lagi." Hafiza tergelak melihat telatah kawan-kawannya. Ada-ada sahaja telatah lucu mereka.

"Korang ok ke ni? Aku nak balik hospital balik ni. Kalau orang tadi tu datang balik, call aku. Lagi selamat kalau call polis." Azlin dan Hafiza mengangguk tanda faham.

*************

Dalam perjalanan ke hospital Dr.Rushdi asyik memikirkan perbualan Azlin dan Hafiza yang didengarinya tadi. Senyuman terukir dibibirnya. Tidak disangkanya usik-mengusik antara mereka melahirkan perasaan cinta dalam diri Azlin buat dirinya. Wajah Hafiza dan Azlin mula mengisi ruang matanya. keduanya nampak manis dan cantik, tiada cacat celanya dua wanita itu dimatanya.

"Malam ni kita dinner nak?" Terluah juga ayat itu sewaktu Dr.Rushdi menelefon Azlin petang itu. Azlin yang sedikit terkejut menerima panggilan Dr.Rushdi itu diam mencernakan setiap bait perkataan yang disampaikan Dr.Rushdi kepadanya.

"Ok, nanti aku bagitau Fiza, nak dinner kat mana?" Azlin terus memberi persetujuan untuk mereka pergi bertiga.

"Kat mamak nasi kandar?"

"What time?"

"Lepas Isyak ok?"

"Kau amik kitorang ke, kita jumpa kat sana je?"

"Aku amik korang, pakai lawa-lawa tau."

"Apasal pulak?"

"Nanti orang kata aku ada bini dua, sorang dah mengandung, sorang lagi on the way." Dr.Rushdi tergelak dengan ayatnya sendiri.

"Gatal! Dahlah, jumpa nanti, bye." Talian diputuskan. Azlin tersenyum memandang telefonnya.

***************

"Fiza, malam ni dinner kat luar ea?"

"Kau ni demam ke apa tiba-tiba ajak aku dinner berdua?" Hafiza berasa pelik dengan pelawaan Azlin.

"Bukan berdua la, bertiga, Rushdi ajak tadi." Kening Hafiza mula mengerut.

"Bila dia ajak? Aku tak dengar pun?" Muka Azlin blusshing.

"Dia call aku tadi, dah, stop questioning." Hafiza hanya tersengih memandang Azlin.

3 comments:

Aku Sendiri said...

wahhh..best3..
sambong lagi kak hani..
hihi..

keSENGALan teserlah.. said...

huhu..suke2..
rse2nyee..
rushdi nieh pon ade feeling kat lin..
hehe

merlin said...

adeh..cepat tol dr.rushdi msuk line..rilex r..:-)