Thursday, December 17, 2009

Kasih Suci??? ~ 14

'Bodoh punya lelaki, tak taulah macam mana Fiza boleh jatuh cinta kat kau.' Dr.Rushdi menggeleng-gelengkan kepalanya. Rumahtangga sahabatnya itu memang sudah sampai ke penghujung jalan fikirnya. Dr.Rushdi mendapat panggilan kecemasan daripada hospital. Memang sudah nasib seorang doktor, selalu sahaja ada kes-kes kecemasan di waktu senggang. Setelah menghantar Hafiza dan Azlin ke rumah sewa mereka Dr.Rushdi terus ke hospital.

"Lin, bila lagi kita nak keluar shopping ni. Ni yang aku malas tumpang kereta doktor sorang tu, mesti kena balik awal punya. Baru sempat pilih dua helai baju, dah kena hantar balik. Macam pergi lawatan ke shopping mall pulak aku rasa." Azlin mendengar dengan tekun bebelan kawannya itu. Kuat benar semangat Hafiza bila soal anak dalam kandungannya dibangkitkan. Cekalnya semangat Hafiza melawan penyakitnya dan mempertahankan nyawa bayinya membuatkan Azlin kagum. Tidak pernah terjangkau oleh benaknya Hafiza yang kelihatan lemah lembut itu mempunyai hati setabah dan secekal itu.

"Woi, kau pandang aku macam nampak cahaya je kenapa?" Azlin tersentak apabila bantal kecil di sofa mencium mukanya.

"Ish kau ni, aku nak berfantasia bulan madu kejap pun tak boleh. Nanti kita ajaklah Rushdi keluar lagi. Kau bukan tak tau dia tu busy mengalahkan PM je gamaknya." Azlin membalas soalan Hafiza sebentar tadi. Hafiza tersenyum-senyum memandang Azlin, wajahnya yang pucat kelihatan ceria tiba-tiba.

"Hah, apa idea yang kau dapat? Tak payah buat muka macam tu, aku tau mesti ada benda yang kau nak kan?" Azlin amat memahami senyuman Hafiza. 'Kalau takde benda dia nak, harapanlah dia nak senyum manis camtu'.

"Erm, apa kata kita ajak Syed keluar nak?" Cadangan Hafiza disambut dingin Azlin.

"Kau nak air? Hauslah pulak aku rasa." Azlin bingkas bangun ke dapur. Hafiza yang hairan melihat reaksi Azlin mengekorinya sehingga ke meja makan dapur. 'Bukan aku ajak dia pergi jumpa tunang dia ke tadi? Patutnya happy lah, ini buat tak tau je?'

"Kau ni kenapa? Ada masalah dengan Syed ke? Ceritalah kat aku." Azlin menghulurkan segelas soya kepada Hafiza. Memang sudah rutin harian Hafiza minum soya, bahkan ada berbotol soya disimpan di dalam peti sejuk tidak termasuk lagi susu soya yang boleh dibancuh bersama air panas. Semuanya dibelikan oleh Azlin dan Dr.Rushdi, nasiblah Hafiza, dapat dua kawan yang sepakat memaksanya bersetuju dalam apa jua hal.

"Ada masalah sikit, kau janganlah risau." Azlin cuma tersenyum. Hafiza masih lagi menanti butir bicara Azlin yang seterusnya. Pastinya 'sikit' yang dikatakan Azlin mempunyai cerita, kalau tidak masakan sahabatnya itu terus mengelak bila nama Syed disebutnya tadi.

Azlin buat-buat tidak faham dengan pandangan Hafiza, malas mahu membuka pekung di dada. Dia malu untuk meluahkan masalah antara dirinya dan tunangnya itu. Hafiza menarik Azlin ke sofa di ruang tamu. isyarat matanya menyatakan 'you-have-to-tell-the-story'. Azlin menghelakan nafas panjang.

"Hari tu, aku jumpa dia." Azlin menunduk, mencari ayat untuk memulakan bicara.

"Then?" Hafiza tidak sabar untuk mengetahui cerita Azlin. 'Kenapa nampak resah semacam je ni?'

"Dia ajak aku kahwin." belum pun sempat Azlin menghabiskan ayatnya Hafiza sudah menyampuk.

"That's a good news! Congratulations Lin!" Senyumannya sampai ke telinga, seolah dia pula yang dilamar.

"Hish hang ni, cuba kasi aku habiskan cerita aku ni sat? Boleh?" Hafiza menyengih, sedar akan kegelojohannya sebentar tadi.

"Lagu ni, aku habaq kat dia aku tak mau nikah dengan dia." Bukaan mulut Hafiza nyata menunjukkan dia terkejut.

"Awatnya hang habaq lagu tu? Hang hilang akai ka Lin?" Azlin menggelang serentak itu tunduk menekur lantai. Hafiza menggapai tangan sahabatnya itu, cuba untuk memberikan semangat supaya menyambung ceritanya.

"Kenapa kau tolak lamaran dia, Lin?"

"Aku malu nak cakap kat kau Fiza." Azlin seolah-olah bermain tarik tali dengan Hafiza ketika itu.

"Dia ada perempuan lain ke?" Azlin menggeleng.

"Habis tu, kenapa kau tolak lamaran dia, ada masalah apa antara kau dengan dia? Kalau ada masalah pun, janganlah sampai tak jadi nikah. benda ni bukan mainan Lin. Aku tak nak kau menyesal kemudian hari nanti."

"Aku yang ada masalah Fiza." Azlin membuka mulut setelah mendengar ceramah free dari Hafiza.

"Masalah apa? Cuba cerita kat aku ni, aku sedia dengar masalah kau. Itulah gunanya kawan, kan?" Senyuman Hafiza sedikit melegakan debaran di dada Azlin. Suara orang memberi salam di luar rumah membantutkan sesi luahan perasaan dua sahabat itu. Azlin bingkas bangun menjengah siapa gerangan tamu mereka petang itu melalui cermin sliding door di sebelah pintu utama.

"Siapa?" Hafiza yang menyusul di belakang Azlin cuba mengintai sama. Tetapi mereka berdua tidak mengenali kelibat tetamu mereka itu. Azlin menelefon Dr.Rushdi menggunakan telefon bimbitnya. Beberapa minit kemudian tetamu yang tidak diundang itu pun berlalu apabila melihatkan Dr.Rushdi berjalan menuju ke rumah Hafiza. Setelah Dr.Rushdi mengambil tempat di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu Hafiza memulakan kembali soal siasatnya kepada Azlin. Muka Azlin mulai merah seperti udang di bakar.

"Aku dah tak cintakan dia lagi Fiza, bukan tak sayang. Tapi hati aku dah tak ada pada dia lagi." Hafiza dan Dr.Rushdi gamam mendengar pengakuan Azlin.

"Kau, kau cintakan orang lain?" Azlin mengangguk perlahan.

"Siapa?" Serentak Hafiza dan Dr.Rushdi bertanya.

4 comments:

merlin said...

jeng..jeng..jeng...:-)

Anonymous said...

huih..buat gempaq na..hahah.

Che Sue said...

sapakah org yg lin tu suka ek..?
nk tau nih! buat saspen jer kan?

sinichies_girl88 said...

hehheh mesti dr.rusdi
he hek hek...
best..best nak lagi
:)