Wednesday, December 16, 2009

Kasih Suci??? ~ 13

***Beberapa bulan kemudian***

"Di, kau rasa aku dah sihat belum?" Terlontar soalan itu dari mulut Hafiza pada suatu petang. Dr.Rushdi duduk memandang kosong ke langit. Penat dia berfikir mengenai kesihatan Hafiza yang tidak stabil belakangan ini. Apatah lagi sejak mengandung, kesihatan Hafiza semakin terganggu. Ubat-ubatan juga tidak boleh diberi sewenangnya, takut ia bakal membahayakan nyawa Hafiza dan kandungannya.

Keluhan dilepaskan. Semenjak usia kandungan Hafiza sebulan, Dr.Rushdi melawat Hafiza hampir setiap hari. Menurut Azlin, Hafiza tidak mengalami sebarang alahan yang teruk seperti sesetengah ibu mengandung. Tetapi itu tetap melemahkan tubuh Hafiza. Dr.Rushdi tahu Hafiza tidak mungkin dapat bertahan lebih lama dan di atas sebab itu dia telah menyarankan Hafiza menlahirkan bayinya melalui pembedahan sebaik saja mencecah usia kandungan 7 bulan.

Dr.Rushdi terlena di sofa malam itu. Dia risau akan kesihatan temannya itu dan lebih membingungkan dirinya sekarang, dia mulai menaruh perasaan terhadap Hafiza. Tapi dia tahu, itu tidak mungkin. Hafiza masih lagi isteri Azizi, Azizi yang tidak tahu menghargai.

*********

"Fiza! Sini, tengok ni, comelkan stokin baby ni?" Azlin sedikit menjerit memanggil Hafiza yang berada di rak sebelah. Mereka keluar bertiga mencari perkakasan bayi yang bakal dilahirkan Hafiza tidak lama lagi. Jantina bayi yang bakal lahir juga telah diketahui mereka setelah Dr.Rushdi menjalankan ujian pagi tadi. Hafiza girang dengan suasana itu, walaupun dia ditinggalkan suaminya dia tidak merasa sunyi.

Ada-ada sahaja keletah dua temannya itu untuk mengembirakan hatinya. Hafiza berjalan perlahan menghampiri Azlin. Dr.Rushdi yang turut terdengar jeritan Azlin tadi turut menghampiri mereka.

"Tengok ni, comelkan? Warna biru. Sesuailah dengan baby kau nanti." Azlin memberitahu Hafiza. Hafiza menilik-nilik stokin bayi yang diunjukkan Azlin kepadanya. Dr.Rushdi tersenyum melihat gelagat dua temannya itu. Memang begitu keletah orang perempuan bila membeli-belah.

"Aku nak gi tandas kejap. Jangan hilang pulak korang berdua ni."

"Hish, nak perli-perli orang pulak. Pergi jelah, tak hilang ke mana kitorang ni." Hafiza hanya tersengih kepada Dr.Rushdi. Dua teman itu terus hanyut membelek-belek pakaian bayi yang tersusun bersama perkakasan lainnya.

'Eh? Macam kenal?' Dr.Rushdi berhenti berjalan apabila terpandang seseorang yang dikenalinya. 'Bukan Azizi ke tu? Mesti perempuan tu yang dah hancurkan kebahagiaan Hafiza selama ni.' Dr.Rushdi terus memerhatikan gerak-geri dua manusia dihadapannya. Gelagat keduanya seolah pasangan yang asyik dilamun cinta.

'Hish! Meluat aku!'. Dr.Rushdi menghampiri Azizi dan Aryana.

"Assalamualaikum Azizi." Tenang nada Dr.Rushdi walaupun dadanya berkocak kencang melihat Azizi seperti tidak acuh memandangnya.

"Waalaikumussalam, yes Dr.Rushdi. Ada apa yang boleh saya bantu?" Azizi kurang senang melihat lelaki dihadapannya itu, Aryana pula sedikit gedik melemparkan senyuman sambil menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan darinya.

"I'm Aryana, and you?" Dr.Rushdi memandang jijik ke arah Aryana. Aryana menarik semula huluran tangannya yang tidak bersambut. Bahunya dijungkitkan sedikit tanda tidak mengerti penerimaan Dr.Rushdi kepadanya.

"I pergi toilet dulu." Aryana berlalu meninggalkan Azizi dan Dr.Rushdi sendirian.

"Aku ada benda nak tunjuk kat kau, jom ikut aku." Azizi meronta melepaskan tangannya dari ditarik Dr.Rushdi. Pandangan tajam Dr.Rushdi sedikit pun tidak menggentarkan Azizi.

"Kau fikir kau siapa nak heret aku pergi mana kau suka? Banyak lagi kerja aku boleh buat dari ikut kau. Dah, aku nak balik." Azizi merengus sambil berjalan ke arah escalator.

"Kau tak nak tengok keadaan Hafiza isteri kau?" Azizi terhenti di tangga escalator. Dr.Rushdi tersenyum sinis, nampaknya Azizi masih lagi mengingati Hafiza.

"Aku tak nak jumpa dia." Azizi terus meninggalkan Dr.Rushdi yang terkejut dengan reaksinya itu. Perasaan sesal menebal dalam diri Dr.Rushdi kerana tidak berdegil membawa Azizi berjumpa dengan Hafiza. Mungkin hati batu Azizi akan cair melihat keadaan isterinya yang sedang berbadan dua ketika itu.

5 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

hehh..nympah ngn azizi..
ngaaaaaaa..

Anonymous said...

alahh..melepas la ko azizi..
ish..sambong2..

hana_aniz said...

aloh..
pendek nye..
panjang la sket writer..

merlin said...

murni sungguh niat dr.Rushdi..tp knape dr.Rushdi xgtau je kat azizi perkara sebenar?..kn pasal dy azizi ngn hafiza bgaduh..:-)

Hani Yuhani said...

merlin: kan azizi dah tau perkara sebenar melalui hafiza...haish...