Wednesday, November 25, 2009

Kasih Suci??? ~ 12

"Where are we going dear?" Aryana bertanya sebaik sahaja kereta mula bergerak. Ketegangan di wajah Azizi dapat dilihatnya dengan jelas. 'Kalau muka macam cicak tertelan kapur, baik tak payah datang je'. Aryana mendengus menunjukkan protes kepada Azizi. Azizi mengerling sekilas pada Aryana.

"Kan I dah bagitau you siang tadi, kita ke Hawaii." Azizi menjawab persoalan Aryana sebentar tadi.

"Nak pergi Hawaii buat apa kalau mood you tak baik. Muka tu, dah macam apa je." Azizi diam. Kepalanya berat memikirkan Hafiza di rumah. Dia tahu dia berdosa, tetapi kini dia juga mula merasakan kasih kepada Aryana. Wajahnya dimaniskan.

"Ok, ok, I senyum. See?" Aryana memeluk tubuh, kepalanya masih lagi ditalakan keluar tingkap kereta.

"Hey, we're going on our honeymoon kan? Don't behave like this, I've plenty of problems but now where am I? Spending my precious time for you kan? So could you please make me feel worth it to spend my time with you Aryana?" Azizi melepaskan rasanya kepada Aryana.

"Are you trying to say I'm not worth it? Ok, I'm off. Send me back to my place. Now!" Azizi menekan pedal brek dan berhenti di bahu jalan. Mukanya diraup perlahan.

"Aryana, that's not what I'm trying to say. Boleh you senangkan hati I? I'm in problem sekarang ni. I nak lupakan masalah I dengan you cause I know you could make me happy. Please?" Aryana memandang wajah penuh mengharap Azizi. 'Apa sebenarnya masalah dia? Ah, who cares?'. Aryana tersenyum.

"All right, I tak nak tau masalah you. Kita spend time together, far away from here and let go all of our problems at the plane door, ok?" Aryana cuba menenangkan Azizi yang dilanda kekusutan. Azizi mengangguk, dia benar-benar memerlukan teman dan Aryana adalah teman yang baik untuk dia cuba menghuraikan kekusutannya dikala itu fikirnya.

"Kita pergi one week only kan? Lepas tu kita back to work, right?" Azizi mengangguk. Aryana menarik selimut ke paras dada dan memasuki alam mimpi. Azizi memandang wajah Aryana yang sedang tidur. Wajah itu tenang seolah tidak pernah dilanda masalah.

****************************

Azlin memandang lesu wajah Hafiza. Hafiza hanya diam membisu sejak tengah hari tadi. Matanya yang bengkak berwarna merah tidak lagi berair. Azlin tidak tahu bagaimanakah caranya untuk dia meringankan penderitaan yang dialami sahabatnya itu.

"Kenapa kau pandang aku macam tu Lin?" Hafiza bersuara setelah menyedari mata Azlin tidak beralih dari memandangnya. Senyuman dilemparkan kepada Azlin yang sedikit terkejut dengan soalannya tadi.

"Kau risaukan aku ke Lin? No need to worry lah. Aku dah biasa kena tinggal sorang-sorang kan. Aku akan anggap dia pergi kerja jelah." Alin mengangguk perlahan. Dr.Rushdi sudah lama meninggalkan mereka untuk ke kliniknya.

"Fiza, kau rasa kau akan ok ke?" Soalan Azlin perlahan tetapi masih mampu ditangkap oleh pendengaran Hafiza. Hafiza memandang sekeliling banglo itu kemudian berhenti pada wajah Azlin.

"Aku akan ok kalau aku tak tinggal kat sini lagi Lin. Kau dah janji nak menyewa dengan aku kan?" Hafiza masih lagi memandang Azlin. Azlin yang serba salah untuk menjawab hanya mengangguk.

"Aku dah mintak Rushdi carikan rumah untuk kita berdua berdekatan klinik dia, nanti senanglah aku nak pergi treatment." Hafiza tersenyum. Perutnya diusap perlahan.

"Baby ni mesti seronok kalau nanti dia tau macam mana kita bersusah payah nak dia lahir kat dunia ni kan Lin?" Azlin membiarkan Hafiza bercakap seorang diri. Panggilan dari Syed segera dijawab. Hafiza hanya memandang kosong melihat Azlin berlalu ke luar rumah.

***************************

"Saya ada kat rumah Fiza ni. Sorry tak bagitau awak." Azlin menerangkan satu persatu keadaan kepada bakal tunangnya itu. Mujurlah Syed memahami situasi Azlin.

"Just take care of yourself and her. Jangan biar dia sedih sangat, tak elok untuk baby." Syed sempat menitipkan pesan kepada Azlin sebelum talian dimatikan.

4 comments:

hamba_allah said...

lempang kuat-kuat je azizi tu. mengong.

Anonymous said...

memang bengong..
da ada isteri yang baik pun,p cari pompuan len lg..tamak betol!!

keSENGALan teserlah.. said...

sokong2..
sengal si azizi nieh..

merlin said...

ish..aryana pn ptt dsalahkn gak..dh tau dy laki org lg nk mnggatal..