Thursday, November 12, 2009

Kasih Suci??? ~ 11

"Fiza, Fiza." 'Ish? Tak nak bangun ke dia ni? Dari tadi aku kejut tak bangun lagi.' Azlin mendemah dahi Hafiza. 'Panasnya! Demam rupanya.' Azlin memandang wajah Hafiza yang sembab akibat menangis malam tadi. Azlin menggeleng-gelengkan kepalanya, cuba untuk kembali ke alam nyata. Dia masih lagi belum dapat menerima perkhabaran sedih itu. Sukar untuk dipercayainya semua itu telah terjadi.

"Lin." Lemah suara Hafiza memanggil Azlin. Azlin memusatkan pandangannya ke wajah Hafiza. Hafiza menghulurkan telefon bimbitnya kepada Azlin.

"Kau cari nama Rushdi, pastu mintak dia datang sini. Cakap aku tak sihat." Azlin melakukan seperti yang Hafiza pinta. Di dalam hatinya bertanya sendiri. 'Sejak bila pulak Fiza ada doktor sendiri ni? Doktor tu tau alamat rumah ni ke?' Azlin memandang Hafiza meminta pengertian, tetapi Hafiza hanya tersenyum nipis terhadapnya. Tidak lama kemudian terdengar loceng pintu berbunyi. Azlin pantas melangkah membukakan pintu untuk Dr.Rushdi.

Dr.Rushdi membontoti Azlin ke bilik tamu. Azlin hanya memerhatikan Dr.Rushdi memeriksa Hafiza, tiada apa yang boleh dibantunya. Dr.Rushdi memandang Hafiza menginginkan penjelasan mengapa kesihatan dirinya turun mendadak seperti itu. Hafiza hanya memandang kosong Dr.Rushdi, dia malu membuka pekung sendiri dihadapan sahabatnya itu. Cukuplah Azlin seorang mengetahuinya, tetapi Dr.Rushdi mempunyai hak sebagai doktornya.

"Anything you want to tell me Hafiza?" Dr.Rushdi bersuara apabila Hafiza masih membisu selepas beberapa ketika. Azlin merapati Hafiza. Cuba memberikan sedikit semangat kepada Hafiza.

"Aku sedih sekarang Di, Azizi dah pergi tinggalkan aku." Dr.Rushdi sedikit bingung. 'Dah pergi? Meninggal?' Dr.Rushdi memandang Azlin. Hafiza menyambung penjelasannya.

"Dia dah ada perempuan lain. Dia, dia fikir aku dengan kau ada affair. Dia dah pergi dan aku tak tau bila dia akan balik." Kening Dr.Rushdi terangkat sebelah.

"That guy? Make you turn like this? He's out of his mind huh?" Dr.Rushdi melampiaskan amarahnya. Azizi mengintip pergerakan isterinya bermakna Azizi juga menyiasat latar belakangnya. Tidak sepatutnya Azizi membuat kesimpulan bahawa mereka mempunyai hubungan sulit sekiranya Azizi mengetahui dia adalah seorang doktor. Mungkin Azizi langsung tidak menyedari perubahan fizikal Hafiza kerana selalu berjauhan.

"You should abort that baby, it's dangerous for you and there's no point of giving a heartless man a child!" Azlin terpinga-pinga mendengar kata-kata Dr.Rushdi. Bukan dia tidak memahami patah perkataan itu, tetapi maksud ayat itu benar-benar mengejutkannya. 'Hafiza pregnant?' belum sempat Azlin membuka mulut bertanya kepada hafiza, Hafiza terlebih dahulu membidas kata-kata Dr.Rushdi.

"Dia masih suami aku, dan dia ada hak atas bayi ni. Ini anak dia Di, bukti aku tak curang dengan dia, bukti kasih sayang kami." Hafiza merembeskan airmatanya buat sekian kali. Azlin segera memujuk Hafiza. Mudah benar rakannya itu tersentuh pada waktu itu. Dr.Rushdi berasa sesal kerana dia merupakan penyebab rumah tangga Hafiza porak peranda.

"Dia sekarang ni kat mana Fiza?" Dr.Rushdi cuba berdiplomasi dengan Hafiza. Dia tidak mahu sahabatnya itu mempertaruhkan nyawanya untuk seseorang yang tidak tahu menghargai.

"Aku tak tau Di, mungkin dia ada dengan perempuan tu. Aku tak nak tau pasal tu. Aku cuma nak jaga baby ni elok-elok. Kau boleh tolong aku kan, Di?" Sayu suara Hafiza menampar gegendang telinga mereka yang mendengar. Dr.Rushdi melepaskan keluhan berat.

"Fiza, aku tak tau apa yang kau rahsiakan dari aku. Tapi kalau betul kandungan kau ni membahayakan nyawa kau, lupakan baby ni Fiza. Dia pun tentu tak nak mak dia hilang nyawa pasal dia." Airmata Hafiza mengalir laju menatap wajah Azlin. Dia tahu tidak sepatutnya dia merahsiakan soal kesihatannya daripada sahabatnya itu.

"Lin, kalau pun aku gugurkan baby ni, umur aku dah tak panjang Lin." Bulat mata Azlin mendengar patah kata Hafiza.

"Maksud kau?" Azlin cuba mencari penjelasan disebalik setiap soalan yang terpendam dibenaknya.

"Aku ada tumor otak Lin, dan Rushdi doktor peribadi aku. Selama ni aku selalu berjumpa dengan dia pun sebab penyakit aku Lin. Aku tak sangka yang Azizi akan intip aku dan buat kesimpulan macam ni." Azlin terpana. Dr.Rushdi mengangguk mengiakan pandangan Azlin padanya.

"Aku hanya mampu mintak kau bersabar Fiza, aku tak sangka kau..." Kata-katanya mati disitu. Azlin menggenggam erat tangan Hafiza.

"Aku tak apa-apa Lin, aku cuma perlukan sokongan kawan-kawan aku untuk teruskan kandungan ni. Aku sayang baby ni Lin. Biarpun Azizi tak tau kewujudan dia, aku tetap mahu baby ni tau kewujudan ayah dia. Aku harap korang berdua boleh tolong aku nanti." Senyuman pahit terukir di ulas bibir Hafiza. Azlin mengangguk manakala Dr.Rushdi hanya memandang kosong ke arah dua sahabat itu.

"Fiza, sudahlah. Kau pergilah mandi, kejap lagi kau kena makan ubat. Kau nakkan baby tu kan. Kau kena kuat. Dah, kau siaplah. Aku tunggu kat bawah. Kita makan luar harini." Dr.Rushdi memberi kata putus. Hafiza hanya menurut kata-kata Dr.Rushdi.

3 comments:

Anonymous said...

cdeynyer...huhuhu

merlin said...

:-(

hana_aniz said...

huhuhu.. pendek.. kalo n3 ni panjang lg bez cik writer!!
azizi tu memang tak guna r..
dia ke hero citer ni?
wat sakit ati je dia tu..