Tuesday, November 3, 2009

Kasih Suci??? ~ 10

"Eh? Apa ni?" Hafiza meraba-raba ke dalam poket uniform Azizi. Secebis kertas bertulis nombor bilik dan nota dibaca Hafiza. Hafiza terkaku membaca nota itu. 'Apa makna semua ni?' Azizi berpaling apabila Hafiza berhenti bercakap dengannya. Azizi memandang cebisan kertas yang masih lagi berada dalam genggaman Hafiza. 'Takkanlah?' Segera nota itu direntap Azizi membuatkan Hafiza tersentak.

"Abang, apa semua ni? Siapa Aryana? Kenapa dia bagitau abang dia duduk bilik mana? Kenapa dia cakap she's your lover?" Merembes air mata Hafiza menyoal suaminya mengharapkan telahannya salah. Digoncangnya kedua belah tangan Azizi. Tetapi Azizi tidak menjawab soalannya. Hafiza terduduk di lantai.

"Dia kekasih abang. Ini semua salah Fiza, Fiza rahsiakan perihal Rushdi pada abang. Kenapa? Abang dah tak mampu untuk berundur lagi. Abang sayangkan dia." Hafiza mendongak mencari raut lelaki yang selama ini menyatakan cinta kepadanya.

"Abang, cakap kat Fiza, ni semua mimpi? Abang takkan buat Fiza macam ni kan? Tolong bang? Abang?" Azizi memandang wajah Hafiza tanpa sebarang perasaan. Otaknya celaru ketika itu. Dia mahu menyeka airmata isterinya tetapi dia seakan terlalu ego untuk melakukan semua itu. Suara Hafiza teresak-esak membawa Azizi kembali ke ruang bilik utama itu. Pegangan tangan Hafiza dileraikannya.

"Abang nak pergi, mungkin takkan balik dalam masa yang lama. Fiza jaga diri elok-elok. Jangan ambil tahu perihal abang lagi. Abang takkan ceraikan Fiza, abang sayangkan Fiza." Serentak itu kaki Azizi melangkah meninggalkan banglo dua tingkat yang sebelum ini dipenuhi keceriaan mereka. Hafiza terkulai layu di sudut bilik menangisi nasibnya. 'Kenapa abang buat Fiza macam ni? Abang syak Fiza ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan abang?'

Laju airmatanya menuruni pipi. Hatinya hancur dibuat suami sendiri. Hafiza kemudian tersenyum mengenangkan benih kasih sayang mereka yang tumbuh di dalam rahimnya. Perutnya yang masih kempis itu diusap penuh kasih.

"Mama takkan abaikan anak mama, ayah mesti nak tengok rupa anak dia bila dah besar nanti. Mama akan jaga anak mama elok-elok, kamu je yang mama ada selain ayah. Ayah dah pergi, mama dah takde sesiapa lagi." Esak tangis Hafiza semakin kuat kedengaran. Sepanjang malam itu Hafiza tidak mampu melelapkan matanya memikirkan suaminya berada bersama wanita lain. Hafiza mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Azlin.

"Lin, temankan aku Lin. Aku sedih." Azlin yang sedang mamai kerana tidurnya yang terganggu segera mencelikkan mata sebaik mendengar suara Hafiza yang serak akibat menangis.

"Kau kenapa? Kau kat mana ni?" Setengah jam kemudian Azlin sampai ke rumah Hafiza. Dilihatnya Hafiza yang membuka pintu kelihatan serabut tidak terurus. Matanya bengkak dan hidungnya menandakan dia terlalu banyak menangis. Azlin menarik Hafiza ke dalam pelukannya untuk menenangkan perasaan sahabatnya itu.

"Fiza, kau tak apa-apa ke?" Dapat dirasainya bahunya basah menerima hujanan airmata dari Hafiza. Dibiarkan Hafiza menangis sepuas hatinya di bahunya. Seketika kemudian Hafiza mampu menghentikan tangisnya. Hafiza duduk berhadapan dengan Azlin. Azlin menggenggam tangan Hafiza untuk memberikan semangat kepada Hafiza.

"Azizi. Azizi ada perempuan lain, Lin." Tangan Azlin digenggamnya erat. Azlin terkejut mendengar berita itu. baru saja petang tadi mereka terserempak dan tidak pula dia dikhabarkan sebarang masalah dalam rumah tangga mereka. Kini Hafiza duduk dihadapannya dengan tangisan yang belum reda memberitahunya bahawa Azizi ada wanita lain dalam hidupnya. Azlin memandang Hafiza dengan penuh belas. Tidak disangkanya nasib rakannya itu sungguh malang.

"Mana kau tau semua ni Fiza? Jangan mudah percaya cakap orang." Azlin mencuba untuk mengumpan rakannya itu berfikiran positif. Hafiza menggeleng-geleng.

"Dia dah mengaku Lin. Dia... Dia sayangkan perempuan tu Lin. Dia dah tinggalkan aku." Tergagap-gagap suara Hafiza mengeluarkan kebenaran yang baru sahaja diketahuinya beberapa jam lalu. Azlin benar-benar terkedu. Tidak tahu harus berbuat apa untuk membantu rakannya itu. Ditinggalkan suami disebabkan wanita lain? 'Beban apakah ini?' Azlin mengeluh di dalam hatinya. Tidak disangkanya Azizi curang pada Hafiza.

"Kau ok ke ni? Takpelah, aku temankan kau sampai kau boleh lupakan hal ni, ok?" Hafiza mengangguk lesu. Dia memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaannya ketika itu dan dia tahu Azlin adalah pendengar yang baik.

"Lin, Aku nak pindah keluar dari rumah ni. Kau tinggal dengan aku ye Lin? Soal sewa kau jangan risau, aku akan uruskan semua. Cuma aku mintak kau jangan dedahkan pada sesiapa yang kau tinggal bersama aku." Azlin terkejut dengan rancangan Hafiza, dia cuma bersetuju dengan setiap apa yang diperkatakan Hafiza untuk menyenangkan hati rakannya itu.

"Lin, aku ada benda nak bagitau kau. Hal ni penting Lin." Kata-kata Hafiza terhenti di situ.

"Kau tidur dulu. Kau dah letih sangat ni, nanti esok kita fikirkan semuanya. Rehatlah dulu, tak berbaloi kau jadi macam ni untuk orang yang tak tahu hargai cinta kau." Azlin menasihatkan Hafiza. Hafiza yang keletihan hanya menurut kata-kata Azlin. Dia tidak mahu tidur di bilik utama rumah itu sebaliknya tidur di bilik tetamu bersama Azlin.

6 comments:

Hana_aniz said...

laki tak guna betol!! smpai hati wat fiza cm tu.
dpt tau fiza sakit nnt, bru nk terngadah!
sambung cepat2 ye writer??

merlin said...

ish....sedih..

merlin said...

sepatutnye fiza gtau awal2 lg psal rushdi..azizi pn xsptutnye dgr ckp org,tp kne tnye dari fiza sndri..tp sume dh tlmbat..

keSENGALan teserlah.. said...

hee...
sengal nye azizi nieh..
da taw ape hubungan fiza ngn rushdi pon,,still nk teroskan..
apehaalll larhh..
argghhh..geram2..

Mrs. Cuppycake said...

ouh?panasnye!

Aku Sendiri said...

Cdey seyh..Jahat punya laki..
tak menghargai langsung..bila org tu da takda nanti,baru nak cdey la pe la..sambong..