Thursday, October 8, 2009

Kasih Suci??? ~ 4

"Lepas ni kau hantar aku balik kolej ye?" Azlin membuat muka simpati kepada Hafiza. Hafiza hanya diam tidak berkata. Masih lagi meneruskan suapan demi suapan ke dalam mulut, seolah tiada apa yang menyapa pendengarannya.

"Bolehkan? Lagipun Azizi dah balik, kau dah ada teman. Tak payah la aku temankan kau lagi. Nanti kacau daun pulak pengantin baru nak berbulan madu." Azlin tertawa kecil dihujung ayatnya. Hafiza membulatkan matanya memandang Azlin. Reaksi Hafiza membuatkan Azlin tertawa lepas. Sebuah cubitan hinggap di lengan Azlin. Hafiza menjelir lidahnya ke arah Azlin.

"Adoi! Sakit la, cuba la hilangkan sepit ketam kau ni. Macam mana la Azizi tu boleh tahan agaknya." Azlin menggosok-gosok tangannya yang sedikit sengal akibat dari cubitan berbisa Hafiza.

"Dia tak dapat merasa sepit ketam aku ni lagi lepas nikah... kalau dia nak rasa, nanti dia mintaklah." Balas Hafiza selamba. Azlin terkekek mendengar kata-kata Hafiza.

"Gila la si Azizi tu kalau dia mintak sepit kau tu singgah kat dia. Susah pulak aku nak melawat dia kat hospital bahagia nanti." Hafiza menjegilkan matanya memandang Azlin.

"Kau doakan buruk-buruk kat laki aku ye? Sok-sok kau dapat laki gila tau la." Azlin diam. Terbantut gelaknya seketika. Takut juga sekiranya bersuamikan lelaki sakit jiwa. Zaman sekarang bukan boleh percaya, orang sakit jiwa pun kadang-kadang berlagak macam businessman! Huh! Nauzubillah.

"Ala, kalau laki aku sakit jiwa, ok la. Takde la rumah aku sunyi macam rumah kau tu. Laki takde, senyap sunyi sepi. Bila kau nak ada baby Fiza?"

Soalan direct dari Azlin membuatkan Hafiza menunduk. Hafiza menyedari kekurangan dirinya. Dia mampu mengandung, tetapi itu akan mempertaruhkan nyawanya. Azizi mahupun sesiapa tidak pernah diberitahu.

"Belum ada rezeki lagi la. Kau nak sangat baby, kau kahwin je la. Bukan takde orang nak, jual mahal sangat!" Peha Azlin ditepuk perlahan. Azlin mengosok-gosok perlahan pehanya. Sengihan terukir jelas dibibirnya.

"Aku bukan tak nak la, aku takut nanti laki aku pening anak ramai sangat." Pantas tangan Hafiza hinggap di lengan Azlin sebaik dia dapat memproses maksud Azlin.

"Gatai hang na? Sat gi aku habaq kat mak hang. Hang tau la dia nikahkan hang dengan mydin nasi beriani kat pasar tu." Terkekeh-kekeh Azlin ketawa mendengar celoteh sahabatnya.

********************************

"Weh Lin, aku mintak maaf la pasal Azizi tadi, dia tak perasan yang dia peluk tu kau, bukan aku. Sorry ea?" Hafiza memohon maaf pada Azlin bagi pihak suaminya. Dia yakin Azizi tak sengaja.

"Mana boleh... Kena la hulur 3, 4 ribu... Turun harga tau. Rugi laki aku nanti." Azlin buat muka toya sambil menadah tangan kepada Hafiza. Hafiza tertawa dengan reaksi Azlin. Ada-ada sahaja idea Azlin untuk membuatnya ketawa.

"Ha la, nanti aku pi pinang hang untuk Azizi, aku bawak mai la 3, 4 ribu hang tu. 3, 4 ribu ja na? Baguih betui hang ni, orang lain mintak puluh-puluh ribu, hang nak sikit tu ja? Syukur..." Seiring itu tangannya diangkat menadah langit.

"Hish ko ni Fiza, jangan dibawak gurau benda-benda camni. Tak nak aku hidup bermadu, apalagi ngan kawan sendiri. Tapi kalau untuk adik Azizi si Faizal tu ok gak. Boleh tahan handsome." Azlin tidak sanggup mengganggu gugat kehidupan rumahtangga yang sedang dilalui sahabatnya itu.

Biarlah, andai sudah tiada jodoh antaranya dan Azizi, dia redha. Kereta meluncur laju menuju ke kolej Bakawali. Azlin melambai-lambai tangan ke arah Hafiza yang mula bergerak pulang ke rumahnya. Di bilik kelihatan Hajar teman sebiliknya sedang sibuk menghadap laptop. 'Takde lainlah tu, blogging tak sudah-sudah.' Azlin menggumam sendiri.

"Weh Lin, tadi ada bungkusan untuk kau. Besar jugak kotak dia, ada aku letak bawah meja study kau." Azlin kehairanan, emaknya tiada pula menitip pesan untuk mengambil barang kiriman dari kampung. Azlin pelik dengan pernyataan Hajar. Setelah beberapa ketika memproses kata-kata Hajar, Azlin menyoal.

"Dari siapa?" Monoton bunyi ayatnya. Hajar menggeleng kepala tanpa memandang Azlin. Dia sibuk menulis komen di blog rakan-rakannya. Malas melayani soalan kurang bijak Azlin.

Azlin menghalakan langkah kaki ke meja studynya. Kotak sebesar screen komputer berwarna-warni akibat dibungkus dengan pembalut hadiah ditenungnya. 'Siapa pulak yang rajin sangat bagi hadiah kat aku tiba-tiba ni?' Azlin menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Dibawanya kotak itu ke katil. 'Boleh tahan berat jugak ni? Ah, lepas mandilah aku bukak.' Dibiarkan kotak itu di atas katilnya.

**************************************

Pandangan Azlin tertancap pada kotak yang tidak diketahui pengirimnya itu. 'Hish, buat debar aku ja, sat ea, aku bukak hang.' sebaik Azlin mula mengoyak pembalut hadiah yang melekat di kotak itu Hajar berpaling. Tersengih-sengih Hajar mengambil tempat di sebelah Azlin.

"Ha, nak menyibuk la tu? Takde kerja eh?" Sengaja Azlin memerli Hajar. Hajar memang begitu, gelaran kepochi yang di beri kepadanya memang bertepatan dengan perangainya yang satu itu. Gemar busy body.

"Ala... Kita kan member sebilik. Tak luaknya kau share tengok benda dalam kotak tu dengan aku, sok-sok aku tau gak apa ada dalam tu." Hajar mula menolong Azlin menanggalkan selotape yang terlekat pada pembalut hadiah. Azlin menepis perlahan tangan Hajar. Azlin ingin menyimpan pembalut hadiah itu, sudah menjadi hobinya. Mengumpul pembalut hadiah. Hajar mencebik.

Sebaik kotak itu di buka, Azlin terkaku diposisinya. Hajar pula mula menguis-nguis isi kotak. 'Siapa pulak yang gila campur semua jenis barang dalam satu kotak ni? Nak sedekahkan barang-barang terpakai ke apa?' Hajar bermonolog sendirian. Sehelai nota yang terlekat di dalam kotak dicapai Azlin. Lama dia merenung tulisan pada nota itu.

1 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

lorrhh..
fiza skt ape?
bwk maut?
sedehnyee..
apekah didalm kotak itu??
jeng3..hehe..smbung2..ran