Monday, October 12, 2009

Kasih Suci??? ~ 5

"Syed." Sepatah perkataan terkeluar berat dari mulut Azlin. Sudah lama nama itu tidak meniti di bibirnya. Ingin dibuang jauh-jauh nama itu, namun hakikatnya masih jua ianya di situ. Sedikit pun tidak berganjak. Kini Syed Ilham kembali, untuk apa? Hatinya bertanya. Nota di tangan dibaca buat sekian kalinya.

"Salam... Azlin Nafisya, saya mohon maaf kerana lama menghilang dari hidup awak. Mohon awak beri saya peluang kedua menggenggam hati milik awak. Kerana saya tidak pernah lupakan awak.


Salam sayang,
Syed Ilham"

Ringkas nota itu tetapi ertinya terlalu dalam. Azlin mengeluh. Nota beralih tangan.

"Wah! boyfriend lama mintak rujuk ke?" Riang saja nada suara Hajar bertanya. Azlin hanya menjeling Hajar dihujung mata. Moodnya tiada untuk menjawab soalan Hajar, entah ke mana hilang dibawa angin malam. Kenangan lama menerjah ruang mindanya. Masa bahagia yang pernah dia dan Syed sama-sama alami. Syed Ilham, lelaki yang mengajarnya erti kerinduan.

Hidupnya seksa selama 3 tahun. Syed pergi tanpa pamitan, hatinya pedih menghadapi pemergian Syed. Penat dia mencari kesilapan yang mungkin mengguris hati Syed sehingga menyepikan diri tiba-tiba. Tetapi tiada jawapan yang ditemuinya. Masih diingatinya lagi, hari terakhir mereka bertemu.

"Syed balik kampung kejap je, nanti sebelum exam Syed balik sini balik, Lin belajar rajin-rajin, final lagi seminggu je ni?" Azlin mengangguk. Pegangan tangan dileraikan. Bas berlalu membawa Syed pergi. Sejak hari itu, tiada lagi khabar yang diterimanya dari Syed. Puas dia bertanya kawan-kawan Syed semuanya tidak mahu berkerjasama. Akhirnya dia putus asa. Kini Syed mahu kembali? Azlin memandang langit malam.

Air panas yang mula membasahi pipinya dibiarkan mengalir lesu. Hatinya hiba, terasa seolah-olah dia dipermainkan oleh lelaki itu. 'Kenapa awak buat saya macam ni?' Telefon bimbit yang berdering di lantai dibiarkan sahaja. Dia ingin bersendirian seketika. Dia memerhatikan sekeliling court tenis itu. Lengang, tiada seorang pun yang bermain disitu malam itu. Mungkin kerana cuaca yang berangin.

Kepalanya ditala menghadap langit hitam pekat. 'Kenapa awak datang semula setelah saya mampu hidup sendiri?' Air mata disekanya. Melangkah semula ke bilik dan melihatkan kotak berisi hadiah kenangan antara dia dan Syed Ilham. Dahulu dia yang menyimpan semua hadiah pemberian Syed dalam kotak dan diserahkan saja pada salah seorang kawan Syed. Dia tahu Syed menerima kotak itu, tetapi sungguh dia tidak menyangka kotak itu disimpan dengan baik dan kini dipulangkan semula padanya.

Permainan apakah yang cuba dimainkan Syed kali ini. Kepalanya terasa berat untuk berfikir. Dialihkan kotak itu ke meja study dan dia lena dalam kebasahan air matanya sendiri. Hafiza termenung memandang wajah Azizi yang lena disebelahnya. Raut itu tenang. Terkenang dia zaman mereka bergelar kekasih. Indah sungguh saat itu. Senyuman jelas terukir dibibirnya.

Janji yang dimeterai bersama untuk menjadi suami isteri sudah terlaksana, bilakah mereka mampu menimang cahaya mata? Hafiza tersentap. 'Alamak! Aku ada appoinment dengan Dr.Rushdi la!'. Kelam-kabut Hafiza bersiap, Azizi dikelihnya sekilas. 'Tak bangun lagi ni, camne ek? Tulis note je la... Tak pun mesej je nanti.'

Toyota Wish meluncur laju menuju ke Klinik Ar-Raudah. Dia sudah terlewat hampir 20 minit dari temu janji asalnya. Hafiza berselisih dengan Dr.Rushdi ketika di pintu masuk. Dr. Rushdi menggeleng perlahan melihat tingkah Hafiza yang kelam-kabut.

"Tak payah masuk lah, I'll brief you in my car." Hafiza tersenyum memandang Dr.Rushdi. Dr.Rushdi adalah teman baik Hafiza sejak sekolah rendah dan dia juga bertanggungjawab menyimpan kerahsiaan perihal penyakit Hafiza. Dr.Rushdi merupakan salah seorang doktor pakar di SJMC. Soal duit Hafiza tidak berasa susah hati kerana Azizi sendiri memasukkan RM5,000 ke dalam akaunnya setiap bulan ditambah lagi dengan perolehan syarikat arwah ayah dan ibunya di Amsterdam. Oleh itu dia tidak berasa rugi mengupah Dr.Rushdi sebagai doktor peribadinya.

Hafiza memang seorang wanita yang beruntung jika dikira dari segi kehidupannya, tetapi tidak semua perkara sesempurna mata orang melihat. Hafiza disahkan menghidap barah otak, dunianya seakan gelap sewaktu diberitahu mengenai penyakitnya itu. Kini dia redha dengan keadaan dirinya. Tumor yang berada dicelahan tunjang otaknya tidak boleh dibedah kerana dikhuatiri membawa maut kepadanya. Peluang yang ada cuma 40-60.

Hafiza sendiri yang menolak cadangan Dr.Rushdi agar pembedahan segera dilakukan. Dia ingin mencuba kaedah tradisional. Doktor pakar luar negara juga tidak berani memberinya jaminan bahawa dia akan terselamat dan mampu menjalani hidupnya seperti sebelum pembedahan. Penyakit yang disangkanya hanya migrain kerana terlalu kerap menghadap komputer rupanya adalah terlalu merbahaya. Dia memandang enteng sakit kepala yang biasa dialaminya dahulu.

Setelah 3 kali bertemu Dr.Rushdi barulah dia mengetahui punca sebenar sakit kepala yang kerap dialaminya. Hafiza mencuba rawatan herba yang mendakwa mampu mengecutkan ketumbuhan. Tetapi setelah 3 bulan mencuba, hari ini dia dijadualkan untuk menjalani kemoterapi setelah rawatan herbanya tidak memberansangkan.

2 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

huhu..
cm sedey je cite nieh..
hehe..
smbung2..

merlin said...

terase cm nk nangis..(nie btol nie,bkn maen2)..