Wednesday, September 30, 2009

Kasih suci??? ~ 3

"Fiza?" Terketar suara Azizi keluar dari kerongkongnya. Hafiza berada didepannya, jadi siapa yang dipeluknya tadi? Azizi bingung. 'Siapa pulak yang bini aku ajak tido dalam bilik ni? Dah la pakai baju bini aku?'. Mata Hafiza masih lagi bulat memandang Azizi. Seminit suasana bisu. Azlin yang malu sendiri berlalu keluar bersama comforter.

"Abang... Abang dah balik! Yea! Abang dah balik! Bila abang sampai? Kenapa tak bagitau Fiza?" Azizi terkedu dengan reaksi isterinya. 'Dah lama aku depan mata baru nak terkejut? Hai... Macam-macam la bini aku ni'. Azizi tersenyum. Hafiza berpeluk tubuh dan berpaling sedikit darinya. Tanda protes tidak dikhabarkan berita kepulangan Azizi.

"Dah la balik tak bagitau kita, tiba-tiba je berpeluk dengan orang lain. Itu pun dalam ruma kita pulak tu, bilik kita, katil pun kita punya." Azizi tertawa senang mendengar omelan Hafiza. Dia bangun memeluk isterinya dari belakang. Dagunya dilabuhkan ke bahu Hafiza.

"I'm sorry dear? Mana la abang tau Azlin tido kat sini. Itupun kat bilik abang, katil abang, baju isteri pun isteri abang yang punya." Sengaja Azizi mengulangi nada Hafiza sekejap tadi. Hafiza mencubit manja lengan suaminya. Ada senyuman dibibir Hafiza. Azizi mengukir senyum segaris. Hatinya bahagia. Dia tahu Hafiza tidak mudah berwasangka buruk terhadap sesiapa, termasuk dirinya.

"Eh abang ni? Sudahlah peluknya. Fiza nak pergi tengok Lin. Sian dia, tiba-tiba je kena peluk. Kalau bakal suami dia tau, turun harga." Azizi tertawa lepas.

"Ala, kalau abang bakal suami dia, tak turun harga punyalah!" Mata Hafiza mencerun memandang suaminya yang sedang bersuka ria tertawa.

"Amboi... Bukan main gatal lagi ye? Kejap lagi ada yang tido luar kang." Amaran berbau cemburu dari Hafiza tidak diendahkan Azizi. Dia masih lagi seronok tertawa. Tawanya mati bila melihat Hafiza memulas tombol pintu bilik.

"Fiza nak pergi mana? Meh la teman abang ni..." Sengaja nada suaranya dileretkan. 'Eleh... Nak manja-manja la tu. Sorry la cik abang, kita nak tengok kawan kita tu'. Senyuman nakal terukir dibibir Hafiza. Raut Azizi bertukar hampa apabila Hafiza tidak mengendahkannya.

"Jual mahal ye... Takpe-takpe. Jap lagi abang bukak coklat, kita tengok jualan murah ye." Azizi menyambung berbaring . Dia masih lagi kelelahan setelah bekerja selama sebulan.

******************************************************************************

"Hish! Buat malu aku je, dah la peluk aku. Siap bandingkan badan aku ngan bini dia lagi. Adoi... Mana la aku nak letak muka ni?" Azlin membebel seorang didalam bilik air. Itulah tempat yang ditujunya setelah keluar dari bilik utama tadi. Rasa malu menebal dalam dirinya. Terasa menyesal pula dia memakai baju tidur Hafiza.

"Fiza ni pun satu, takkan la laki sendiri nak balik tak tau kot? Ke nak sangat bermadu ngan aku? Hish! Ape yang aku merepek ni?" Azlin menampar perlahan mulutnya. Termenung mengingatkan saat Azizi memeluknya tadi. Kencang jantungnya berdegup waktu itu. Sebuah keluhan dilepaskan.

"Dia milik Hafiza." Nadanya kedengaran hampa. Mana mungkin dia memiliki Azizi sekiranya dalam hati lelaki itu hanya ada Hafiza?

********************************************************************************

"Mana pulak perginya Azlin ni?" Hafiza menggerutu. Sudah puas dia mencari Azlin, di laman, dapur, bilik tamu. Kelibat Azlin tidak kelihatan.

'Takkan menyorok dalam stor kot?' Hafiza bertanya sendiri. Setelah penat berjalan kesana kemari, Hafiza duduk disofa. TV yang gelap tidak bergambar direnungnya. Seoalah-olah TV itu mampu memberitahunya dimana Azlin.

"Ha! Aku tau da." Hafiza bergegas ke bilik air utama banglo itu. 'Kan betul, duduk dalam tu lah tu. Hai Azlin, bila lah kau nak berubah?' Hafiza menggeleng-geleng perlahan sambil tersenyum.

"Lin, Lin, aku ni, bukak la pintu. Tak payah la kau menyorok dalam bilik air kalau ye pun malu sangat." Meletus tawa kecil dari mulut Hafiza. Memerah muka Azlin mendengar suara Hafiza yang berada disebalik pintu bilik air itu.

"Er... Aku ok je kat sini. Takpe la, kau pergi layan Azizi dulu la. Dia rindu kat kau tu." Tertahan-tahan suara Azlin. Perasaan malunya masih lagi tebal. Hafiza tidak berganjak dari tempat kakinya berdiri.

"Jom la keluar, kang aku ngajuk kang. Dah la Dia balik terus peluk kau. Ini boleh menimbulkan kemarahan ni." Sengaja Hafiza membuat nada sedih, memancing Azlin untuk keluar dari tempat persembunyiannya. Sememangnya dia manja dengan Azlin. Sewaktu belajar di utara tanah air, Azlin lah tempat dia mengadu nasib. Kedengaran kunci pintu bilik air diselak. Wajah sugul Azlin terjengul disebalik pintu.

"Sorry, aku takde niat pun nak berpeluk-peluk ngan Azizi tadi." Muka bersalah Azlin membuatkan tawa Hafiza kembali meletus.

"Kau ni, aku tau la. Azizi tu yang gelojoh sangat, sampai bini sendiri pun dah tak kenal." Azlin tersengih.

"Kau tak marah la ni?" Hafiza mengangguk sambil tersenyum. Azlin bersyukur sahabatnya itu tidak menaruh syak wasangka buruk terhadapnya dan Azizi.

"Jom keluar?" Azlin menayangkan muka pelik seperti tidak mampu memahami ajakan Hafiza.

"Jom keluaq pi makan, che' lapaq ni" Sengaja Hafiza menggunakan loghat utara. Azlin menampar perlahan pipi Hafiza. Hafiza buat muka innocent.

"Kenapa?" Sepatah Hafiza bertanya.

"Oi cik kak oi! Nu, laki hang dah balik tau, sat gi dia lapaq nak makan, siapa nak bagi dia makan? Apa la." Hafiza tersengih-sengih mendengar bebelan Azlin kepada dirinya.

"Hang ni memang tak boleh biaq bercakap na? Bercakap tak pandang kiri kanan dah. Tu laki aku tu, sat gi kita tapau la untuk dia. Dia tidoq tak sedaq dah tu. Kalau tunggu dia bangun sat gi, aku pulak mati kebuluq hang tau? Mai kita pi makan na?" Azlin mengangguk bersetuju setelah Hafiza menarik muka itiknya.

"Hang pi tukaq baju, sat gi malu, hang duduk dalam toilet pulak lagi. Aku tak dan dah nak pi pujuk hang dekat toilet sat gi, makan dulu baru pi pujuk hang." Azlin mencubit geram Hafiza.

"Mulut hang tak dak insurans na? Sat gi aku cemuih ngan cili hang tau la." Hafiza hanya tergelak mendengar amaran Azlin.

"Dah-dah. Aku pergi tukar baju kejap, nak bagitau Azizi dulu kita nak keluar. Kang dia risau pulak. Kau start enjin kereta dulu ek? Bagi panas sikit baru boleh pecut jap lagi." Azlin menjelir lidahnya kepada Hafiza. Hafiza mencebik.

**************************************************************************

Kunci kereta Hafiza digapainya. Setelah enjin dihidupkan Azlin memilih CD lagu. Tangannya terhenti apabila terlihat CD tanpa nama penyanyi. Segera dia memainkan CD itu. Suara nyanyian itu seakan dikenalinya. 'Azizi?'. Azlin senyap menghayati bait-bait nyanyian Azizi. Seolah-olah bait lagu itu ditujukan untuknya.

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terindah
Membuat cintaku makin kuat
Kadang-kadang ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Bisa hati kau ada yang curi
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar bukan untuk curang
Oh oh please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan
Diriku untukmu
Semua tahu kau milikku
Semua tahu ku cintamu
Adapun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku
Kadang-kadang ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Bisa hati kau ada yang curi
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar bukan untuk curang
Oh oh please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan
Diriku untukmu
Bukan aku terlalu mengawasi kamu
Ku hanya terlalu terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih lebih jagakan kamu
Ku cinta mu
Kau cintaku
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar bukan untuk curang
Oh oh please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar bukan untuk curang
Oh oh please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar bukan untuk curang
Oh oh please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan
Diriku untukmu
Diriku untukmu

Hafiza tersenyum apabila terdengar lagu yang berkumandang dalam keretanya. Azlin tersentak mendengar bunyi pintu kereta ditutup. Dia berkalih pandang. Dilihatnya Hafiza sedang tersenyum memandangnya. Keduanya senyap melayani perasaan semasa perjalanan ke restoran. Bait-bait lagu itu meresap kedada Hafiza dan Azlin.

2 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

alahaiii..
azlin,,jgnla tikam hafiza..
huhu..
jgnlaaa..

(^_^) Hani Hilman (^_^) said...

ouch! lum lagi..
ni baru mula je...
tunggu n3 pasni...
(^_+)v