Wednesday, September 30, 2009

Kasih suci??? ~ 2

"Lin, kau tidur bilik aku je la ea? Boleh borak panjang-panjang cam kat kolej dulu-dulu." Muka Hafiza berseri-seri mengenangkan kenangannya tinggal di kolej bersama rakan sebilik yang sekepala. Azlin memanggung kepala memandang Hafiza. 'Nak aku tidur sebilik dengan dia? Bilik dia dengan Azizi?' Hati Azlin menggumam. Akhirnya Azlin mengangguk setuju dengan permintaan Hafiza.

Melangkah masuk ke bilik utama banglo itu membuatkan dada Azlin berasa sesak. Bukan kerana tidak cukup udara, tetapi dadanya sarat dengan rasa cemburu terhadap Hafiza. Walaupun Azizi tiada bersama mereka ketika itu. Bahang kebahagiaan pasangan itu jelas dapat dirasakannya. Gambar besar Azizi mengucup dahi Hafiza semasa hari pernikahan mereka tergantung gah di dinding. Wangian Azizi masih berbau walaupun kelibatnya tiada.

"Fiza, jealous pulak aku dengan kau. Rasa macam nak kahwin sekarang pun ada." Azlin sengaja meluahkan cemburunya kepada Hafiza. Hafiza tergelak kecil mendengar kata-kata Azlin.

"Tu la kau, aku ajak naik pelamin sekali tak nak. Tengok, kan dah menyesal." Hafiza menyambung sisa tawanya. Api cemburu Azlin semakin meluap-luap. Terasa ingin ditariknya rambut ikal separas bahu Hafiza melepaskan rasa cemburu yang berbuku.

"Kalau aku naik pelamin sekali dengan kau hari tu, kau aku tolak tepi. Biar aku je bergambar dengan Azizi. Ye la, aku yang jumpa Azizi dulu, mana adil kau pulak dapat dia kan?" Azlin menutup ayatnya dengan tawa yang sengaja dibuat-buat. Hafiza tersentak mendengar kata-kata Azlin tetapi dia tidak mahu bersangka buruk terhadap sahabatnya itu. Segera dia menghulurkan tuala kepada Azlin.

"Kau pergi mandi dululah, kejap lagi kita keluar makan. Aku dah lapar ni. Kita makan luar ye?" Hafiza mengharapkan persetujuan daripada Azlin. Azlin mengangguk. Sebolehnya dia mahu lari dari semua ini. Selagi dia berada di dalam banglo itu terasa hatinya panas membahang.

**********************************************************************

Hafiza menekan brek kereta sebaik sampai di restoran nasi kandar. lalu lintas yang agak lengang memudahkannya memarkir kereta betul-betul dihadapan restoran. Hafiza menggoyang-goyangkan tangannya di hadapan muka Azlin. 'Sah minah ni mengelamun. Apa ajelah yang difikirnya.' Hafiza menggerutu dalam hati.

"Mak cik!" Nada suara Hafiza cukup untuk menggegarkan satu dewan kuliah membuatkan Azlin berkalih pandang ke arahnya.

"Kau apasal? Terpekik macam tarzan je?" Nada suara Azlin meninggi. Dia geram dikejutkan begitu. Hafiza dikerling dengan ekor mata.

"Sorrylah, tadi aku panggil kau, kau tak dengar. Aku jerit je la. See, puteri dah balik dari kayangan selepas mendengar lontaran vokal yang mantap dari aku?" Azlin menghadiahkan cubitannya di lengan Hafiza. Hafiza hanya tergelak dengan reaksi temannya itu. Bau nasi kandar segera menusuk hidung sebaik mereka melangkah ke dalam restoran itu. Azlin dan Hafiza memilih untuk duduk disudut kanan restoran yang memaparkan pemandangan taman mini.

"Lin, kau kenapa? Ada masalah ke?" Hafiza bertanya apabila dilihatnya Azlin kerap termenung. Dia ingin berkongsi masalah temannya itu sekiranya itu dapat meringankan beban Azlin.

"Eh? Takdelah, mana ada apa-apa, aku ok je. Kenapa kau tanya camtu? Aku ni ada rupa orang bermasalah ke?" Soalan dibalas soalan. Hafiza menggelengkan kepalanya. Dia tahu temannya itu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya, tetapi dia tidak mahu bertanya lebih lanjut. 'Biarlah, kalau dia nak kongsi dengan aku, nanti dia ceritalah.' Hati kecilnya berbisik.

Hidangan tengah hari itu benar-benar membuka selera mereka berdua, masing-masing menyepi menikmati hidangan tengah hari mereka. Usai makan mereka menuju ke Mid Valley. Azlin cuma mengekori langkah Hafiza. Beberapa buah butik telah mereka singgahi tetapi nampaknya Hafiza masih belum berjumpa dengan yang dicarinya. Sudahnya sampai petang mereka mendaki semua shopping complex di Kuala Lumpur.

"Fiza, sebenarnya kau cari apa? Aku dah penat dah ni." Azlin yang sudah kepenatan mengikut langkah Hafiza bertanya. 'Ha, baru nak tanya? ingatkan dah bisu tadi.' Hafiza sengaja mengenakan Azlin. Geram sungguh hatinya sahabatnya itu diam mebisu sepanjang hari. Lalu dibiarkannya Azlin mengekori langkahnya

"Takdelah barang yang aku nak tu. Jomlah kita balik, nanti aku cari dengan Azizi la." Ayat senada yang keluar dari mulut Hafiza membuatkan tangan Azlin sengera merayap mencari mangsa. Hafiza yang sudah bersedia dengan ad hoc respond dari Azlin, melarikan dirinya. Adegan kejar mengejar antara Azlin dan HAfiza hanya tamat setelah diganggu bunyi telefon bimbit Azlin.

Usai menjawab telefon Azlin kembali mendapatkan Hafiza. Sengaja dia menjegilkan matanya kepada Hafiza yang masih tersengih-sengih. Tangan Azlin di pegang Hafiza. Seperti pasangan kekasih sahaja lagaknya. Azlin mengerutkan dahi melihatkan perilaku Hafiza.'Mulalah datang manjanya tu' Azlin mendesis di dalam hati.

"Ha, tak payah nak buat perangai kucing Parsi lah kat sini. Aku tak makan la pujukan berunsurkan kegedikan, ngan Azizi boleh lah. So not my type la you." Sengaja Azlin mengusik Hafiza. Hafiza hanya tersengih mendengar kata-kata Azlin. Sudah lama dia tidak bergurau senda dengan kawan-kawannya. Semenjak menjadi isteri Azizi, masanya sangat sedikit untuk diluangkan bersama kawan-kawan.

*******************************************************************

"Amboi! Seksinya baju tidur kau Fiza. Tidur dengan aku je pun." Azlin terpegun sebentar melihat susuk tubuh sahabatnya memakai baju tidur satin. Hafiza memang seorang yang cantik, ditambah dengan keadaan tubuhnya yang menarik, Hafiza mampu memiliki sesiapa sahaja yang diinginkannya. Hafiza memandang Azlin dengan senyuman menggoda.

"Woi! Woi! Kau sedar tak ni? Ni aku la, Lin!" Azlin yang mengelabah terkedu mendengar tawa yang meletus dari bibir Hafiza.

"Cis! Asam jawa punya kawan! Kau kenakan aku ye!" Serentak itu sebiji bantal melayang kemuka Hafiza. Namun itu belum cukup untuk mematikan tawa Hafiza.

"Lawaklah kau ni. Kau ingat aku nak buat apa kat kau? Aku normal lagilah tau." Sehelai baju tidur jarang berwarna biru muda dihulurkan kepada Azlin. Azlin hanya memandang kosong ke arah baju tidur yang dihulur Hafiza.

"Ambik ni, pakai. Aku nak tengok kau pakai baju tidur sebelum laki kau nanti. Takdelah jadi kes laki kau menikmati pemandangan yang tak berapa indah sebelum aku." Sekali lagi batal dibaling ke arah Hafiza. Baju tidur yang dihulur Hafiza dicapainya. Usai menyarung baju tidur itu, Azlin melakukan catwalk dihadapan Hafiza.

"Erm, saya boleh bagi awak 80% je. Teruskan usaha untuk dapatkan body yang lebih mantap." Keduanya tertawa gembira dapat mengulangi perangai gila-gila mereka yang sudah ditinggalkan semenjak Hafiza menjadi isteri orang.

***********************************************************************

Perjalanan pulang ke rumah dirasakan Azizi sangat lama. Dia tidak sabar untuk memberikan kejutan kepada isterinya. Secara kebetulan dia hanya diminta bertugas selama sebulan. Perjalanan ke Paris dibatalkan disaat akhir kerana keadaan cuaca yang buruk. Terbayang dimatanya wajah Hafiza tersenyum menyambut kepulangannya. Jam tangannya dipandang sekilas. Pukul 6.30, perjalanan dari KLIA ke rumahnya hanya mengambil masa setengah jam. Sengaja dia membeli rumah berhampiran dengan KLIA bagi memudahkannya ke tempat kerja dan mudah juga bagi Hafiza untuk ke kuliah.

Hafiza yang mengalami sakit perut bingkas bangun ke tandas pagi itu. Wajah Azlin yang masih nyenyak dibuai mimpi dipandang sekali imbas.' mimpi apalah budak sorang ni'. Geli hatinya melihatkan muka Azlin yang berkerut-kerut seperti memikirkan masalah berat.

Azizi yang baru sampai masuk ke rumah secara senyap-senyap. Barang-barangnya ditinggalkan sahaja di ruang tamu. Tidak mahu bunyi bisingnya nanti mengganggu lena isterinya. Sebaik pintu bilik dibuka dilihatnya Hafiza masih lagi lena melayan mimpinya. Segera Azizi mengambil tempat disebelah 'isterinya'. Azizi tersengih apabila tubuh isterinya tiba-tiba kaku, bermakna 'Hafiza' sudah menyedari kehadiran Azizi.

"Sayang rindu abang tak? Abang rindu sangat kat sayang tau?" Suara romantis Azizi yang menyapa gegendang telinga Azlin menyebabkan jantungnya berdenyut kencang. Azizi memperkemas pelukannya. Terasa kelainan pada tubuh isterinya. 'Hafiza sudah sedikit berisi?'.

"Amboi isteri abang ni, kejap je abang tinggalkan dah naik badan ye?" Muka Azlin merah menahan malu. Sungguh dia malu untuk berpaling. Hafiza yang baru keluar dari tandas terkejut melihatkan adegan di depan matanya.

"Abang!" Bergema suara Hafiza dalam banglo itu memecahkan kesunyian pagi. Serentak itu Azizi memalingkan kepalanya mencari arah suara Hafiza. Pucat mukanya sebaik menangkap susuk tubuh Hafiza di hadapan tandas bilik mereka. Azlin yang terkejut dengan nada suara Hafiza juga berpaling memandang wajah Hafiza. Comforter ditarik bagi menutup bahagian tubuhnya yang terdedah.

4 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

eeeeeeeiiii..
cmne bley slh nieh..
azlin..!!
geramnyeee..
sengal tol..
sian hafiza..
smbung2..

keSENGALan teserlah.. said...

btw,,ble tuka bckground x??
susa la nk bce..xpon tuka kaler fon..huhu..

(^_^) Hani Hilman (^_^) said...

Salam keSENGALan teserlah...
1st thanks sudi bace, nanti hani da tuka background hani inform keh?
(^_+)v

NiZa said...

hai kak hani...nk tanya sikit ley??? mana tempat follow akak? ingat nk jadi member tp cari x dpt pulak...