"Awak tersengih-sengih ni dah kenapa? Macam orang tak betul je!" Eda mula membentak.
"Makin awak marah, makin merah muka awak Eda, makin cantik. Tak sabar pulak saya nak akad nikah." Shafiq tersenyum lebar memandang raut tunangnya dengan penuh minat.
"Jangan nak menggatallah! Saya nak putuskan pertunangan ni. Awak tak faham bahasa Melayu ke?" 'Biar aku jadi andartu sekalipun tak mengapa, asalkan tak sakit hati fikirkan laki aku main kayu tiga.' Bisik hati Farazatul Farida.
"Eda, kita makan dulu ye? Nanti tercekik pulak kalau bincang topik ni sambil makan." Datar sahaja suara Shafiq memujuk Eda.
Walaupun tak berpuas hati dengan sikap Shafiq yang seperti ingin melengahkan masa, namun Eda menurut sahaja memandangkan perutnya juga sudah penat mendendangakan lagu keroncong.
*********************************************************************************
"So, boleh kita start bincang?" Jangan nak cakap makan aiskrim pun boleh tercekik, memang betul-betul aku cekik karang.
"OK, ready." Eda terus-terusan merenung wajah Shafiq manakala Shafiq tampak relaks bersandar di kerusi.
"Jawablah!" Menyampah betul aku dengan mamat ni, tadi cakap dah ready nak bincang. Bincang apa kalau macam ni gayanya? Dengusan kasar kedengaran.
Shafiq tahu Eda marah dengannya, tapi dia sendiri masih mahu mengumpul kekuatan untuk berterus terang dengan Eda. Seharusnya dia menerangkan siapa Alia dalam hidupnya dan siapa Eda dalam hatinya kini.
"Eda..." Sengaja suaranya dileretkan untuk melembutkan hati Eda. Ternyata caranya berkesan, raut tegang pada wajah Eda beransur kurang.
"Shafiq nak Eda dengar penjelasan Shafiq dan sebolehnya biarkan Shafiq habis perjelaskan sebelum Eda buat apa-apa kesimpulan. Boleh?" Eda mengangguk perlahan tanda setuju.
"Alia Shaqib. Eda kenal pemilik nama tu kan?" Eda diam tidak berkutik mendengar nama itu menjadi pembuka bicara penjelasan Shafiq terhadap dirinya.
"Shafiq tau Eda cemburukan dia kan? Shafiq suka Eda cemburu, sebab itu tandanya Eda sayangkan Shafiq." Shafiq tersenyum sendiri.
"Alia kisah silam Shafiq. Dia pernah wujud tapi tak perlu ada dalam masa depan Shafiq. Semenjak dia tolak lamaran Shafiq sebelum dia berangkat ke Brunei dulu. Itu bukan yang pertama kali, tapi Shafiq nekad itu yang terakhir." Nafas perlahan dihela dan wajah Eda dipandang mengharapkan pengertian.
"Dia tolak lamaran Shafiq, dan Shafiq sendiri dah jelak menunggu. Shafiq dah bertunang dengan Eda sekarang dan yang Shafiq nak jadi peneman hidup Shafiq selepas ni adalah kamu, Farazatul Farida. Sudi tak Eda temankan Shafiq sepanjang hayat ni? Jadi isteri Shafiq?" Sehabis daya Shafiq menahan sebak meluahkan perasaan, sebak hatinya bimbang seandai Eda menolak.
Eda tercengang melihatkan Shafiq yang bersungguh-sungguh meluahkan perasaan terhadapnya.
"Emm... Betul ni nak Eda temankan? Tak takut muak ke? Kalau Alia tu dipandang hari-hari pun tak jemu tau." sengaja Eda memprovok tunangnya.
"Kalau pandang muka Eda sekali sekala macam sekarang ni saya tak puas, saya nak pandang hari-hari. Muka si Alia tu boleh je pandang dalam mana-mana majalah ke TV. Tak ada hak ekslusif tau suami dia nanti." Shafiq ketawa lepas. Raut wajah Eda merona kemerahan. Terharu sungguh dirinya dihargai oleh tunang sendiri.
'Terima kasih ya Allah, kau hadirkan pelangi selepas hujan di hati ini.'