tag:blogger.com,1999:blog-80127303253520855932024-03-13T22:41:34.387+08:00Ini Hani Punya BlogHani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.comBlogger43125tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-72556750874843892422013-02-25T23:12:00.001+08:002013-03-10T11:13:04.517+08:00Aku tak nak jadi andartu ~ 15Farazatul Farida menghadiahkan jelingan maut buat Shafiq Hilmi. Hatinya panas dengan sikap acuh tak acuh Shafiq terhadap persoalan putus tunang yang telah diajukannya.

"Awak tersengih-sengih ni dah kenapa? Macam orang tak betul je!" Eda mula membentak.

"Makin awak marah, makin merah muka awak Eda, makin cantik. Tak sabar pulak saya nak akad nikah." Shafiq tersenyum lebar memandang raut tunangnya dengan penuh minat.

"Jangan nak menggatallah! Saya nak putuskan pertunangan ni. Awak tak faham bahasa Melayu ke?" 'Biar aku jadi andartu sekalipun tak mengapa, asalkan tak sakit hati fikirkan laki aku main kayu tiga.' Bisik hati Farazatul Farida.

"Eda, kita makan dulu ye? Nanti tercekik pulak kalau bincang topik ni sambil makan." Datar sahaja suara Shafiq memujuk Eda.

Walaupun tak berpuas hati dengan sikap Shafiq yang seperti ingin melengahkan masa, namun Eda menurut sahaja memandangkan perutnya juga sudah penat mendendangakan lagu keroncong.

"So, boleh kita start bincang?" Jangan nak cakap makan aiskrim pun boleh tercekik, memang betul-betul aku cekik karang.

"OK, ready." Eda terus-terusan merenung wajah Shafiq manakala Shafiq tampak relaks bersandar di kerusi.

"Jawablah!" Menyampah betul aku dengan mamat ni, tadi cakap dah ready nak bincang. Bincang apa kalau macam ni gayanya? Dengusan kasar kedengaran.

Shafiq tahu Eda marah dengannya, tapi dia sendiri masih mahu mengumpul kekuatan untuk berterus terang dengan Eda. Seharusnya dia menerangkan siapa Alia dalam hidupnya dan siapa Eda dalam hatinya kini.

"Eda..." Sengaja suaranya dileretkan untuk melembutkan hati Eda. Ternyata caranya berkesan, raut tegang pada wajah Eda beransur kurang.

"Shafiq nak Eda dengar penjelasan Shafiq dan sebolehnya biarkan Shafiq habis perjelaskan sebelum Eda buat apa-apa kesimpulan. Boleh?" Eda mengangguk perlahan tanda setuju.

"Alia Shaqib. Eda kenal pemilik nama tu kan?" Eda diam tidak berkutik mendengar nama itu menjadi pembuka bicara penjelasan Shafiq terhadap dirinya.

"Shafiq tau Eda cemburukan dia kan? Shafiq suka Eda cemburu, sebab itu tandanya Eda sayangkan Shafiq." Shafiq tersenyum sendiri.

"Alia kisah silam Shafiq. Dia pernah wujud tapi tak perlu ada dalam masa depan Shafiq. Semenjak dia tolak lamaran Shafiq sebelum dia berangkat ke Brunei dulu. Itu bukan yang pertama kali, tapi Shafiq nekad itu yang terakhir." Nafas perlahan dihela dan wajah Eda dipandang mengharapkan pengertian.

"Dia tolak lamaran Shafiq, dan Shafiq sendiri dah jelak menunggu. Shafiq dah bertunang dengan Eda sekarang dan yang Shafiq nak jadi peneman hidup Shafiq selepas ni adalah kamu, Farazatul Farida. Sudi tak Eda temankan Shafiq sepanjang hayat ni? Jadi isteri Shafiq?" Sehabis daya Shafiq menahan sebak meluahkan perasaan, sebak hatinya bimbang seandai Eda menolak.

Eda tercengang melihatkan Shafiq yang bersungguh-sungguh meluahkan perasaan terhadapnya.

"Emm... Betul ni nak Eda temankan? Tak takut muak ke? Kalau Alia tu dipandang hari-hari pun tak jemu tau." sengaja Eda memprovok tunangnya.

"Kalau pandang muka Eda sekali sekala macam sekarang ni saya tak puas, saya nak pandang hari-hari. Muka si Alia tu boleh je pandang dalam mana-mana majalah ke TV. Tak ada hak ekslusif tau suami dia nanti." Shafiq ketawa lepas. Raut wajah Eda merona kemerahan. Terharu sungguh dirinya dihargai oleh tunang sendiri.

'Terima kasih ya Allah, kau hadirkan pelangi selepas hujan di hati ini.'

Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-24285830269342449202013-02-12T23:17:00.001+08:002013-02-12T23:17:59.151+08:00Aku tak nak jadi andartu ~ 14Syafiq memperlahankan had laju keretanya dan membelok masuk ke kawasan rehat dan rawat. Setelah keretanya diparkir Syafiq tidak terus menghentikan enjin kereta, dia masih mahu berlama-lama dengan Eda di dalam kereta. Tidak mahu udara panas luar menambahkan haba dalam suasana hubungan mereka. Muka Eda yang tunduk menekur lantai kereta dipandang sayu. Walaupun hubungan yang dibina antara mereka bukan atas dasar cinta, namun rasa itu mulai hadir.

"Saya harap awak faham perasaan saya Syafiq, saya tahu saya tak setanding dia, tapi saya punya harga diri. Tak mahu diperkotak katik begini." Nada suara Eda sedikit menekan. Sama seperti isi hatinya saat ini.

Benci! Benci! Hanya itu yang dirasanya setiap kali terpandangkan segala sesuatu milik lelaki itu. Entah apa perancangan Syafiq, Eda malas mahu mengambil pusing. Sepatutnya kepulangannya ke kampung adalah untuk memutuskan tali pertunangan mereka, namun sebaliknya Syafiq telah mempercepatkan segalanya. 'Apa dia tak tahu ke aku dah menyampah nak tengok muka dia? Rela lagi aku menghadap muka Pak Mail orang gila kat kampung tu dari muka dia ni.' Dengusan kasar Eda memecahkan suasana sunyi antara mereka.

"Kita sambung berbincang lepas solat?" Syafiq merenung sisi wajah tunangnya. Keserabutan dalam otaknya perlu dileraikan dan api kemarahan dalan diri Eda perlu dipadamkan. Walaupun sedikit tersentak dengan ajakan Syafiq, Eda tetap menurut.

Usai solat Maghrib Syafiq menunggu Eda di pondok yang disediakan di sekitar kawasan parkir. Fikirannya merewang memikirkan masalah yang menimpa dirinya. Walaupun Aalia masih di kenang, namum hatinya tiada lagi untuk wanita itu. Farizatul Farida, hatinya kini mula menyukai watak itu, mula mencambah rasa sayang buat si bakal isteri. Namun berbalaskah rasa hatinya? Eda seolah-olah ingin membuang jauh dirinya, pandangan kosong Eda terhadap dirinya terlalu mengguris hati lelakinya.

Dari kejauhan, langkah Eda menuju ke keretanya diperhatikan. Walaupun tidak seanggun model seperti Alia, tetap penuh karisma sepadan dengan jawatan yang disandangnya. Eda berpeluk tubuh dan bersandar di pintu tempat duduk penumpang menunggu Syafiq. 'Lambat betul mamat ni, solat ke buat masjid tah?' Hatinya mula merungut bila bayang Syafiq masih tidak kelihatan setelah lima minit dia menunggu.

"Maaf saya lambat, masuklah." Pelawa Syafiq sambil membukakan pintu untuk Eda.

"Thanks." Jawab Eda sepatah. Ruang bisu kembali tercipta. Tiada kata yang terluah baik dari Eda mahupun Syafiq, keduanya memilih untuk terus membisu meladeni rasa hati sendiri. Syafiq mula menyusun atur rancangan untuk mendapatkan hati Eda, perkiraannya mungkin Eda tidak dapat melihat keikhlasan hatinya melamar wanita itu untuk dijadikan isteri kerana semuanya terjadi sekelip mata dan cuma melibatkan perbincangan orang tua mereka. Dia dan Eda sendiri tidak pernah punya perbincangan dari hati kehati untuk sama-sama menyelami rasa hati masing-masing.

"Kita makan kat restoran berputar nak?" Eda membisu, membiarkan Syafiq membuat andaian sendiri. Perutnya juga sudah memainkan muzik sejak dari tadi. Maklumlah frust sangat sampai tak lalu nak makan. Bahananya diri sendiri jugak yang tanggung kutuk hatinya sendiri.

Setelah mendapatkan tempat duduk yang agak privasi, Syafiq memesan makanan untuk mereka berdua memandangkan Eda masih lagi melancarkan mogok bisu terhadap Syafiq. Syafiq tersenyum ke arah tunangannya bila mata mereka sesekali bertemu dan Eda segera melarikan anak matanya ke arah lain. 'Menyampah betul, tersengih-sengih macam kerang busuk. Macamlah handsome sangat muka tu.'

"Tak lama je lagi kita nak bernikah kan?" Soalan Syafiq membuatkan air yang baru diteguknya ingin berlumba-lumba keluar dari mulutnya namun sempat ditahannya. 'Apa kes mamat ni? Bukan tadi aku dah bagitau ke aku nak putus tunang? Ni nak story hal kahwin pulak.'

Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-16793009456990596332012-05-30T15:58:00.001+08:002012-06-01T16:31:37.090+08:00Aku tak nak jadi andartu ~ 13Muka cemberut terus dipamer untuk Syafiq. Eda diam tidak berkutik walaupun sudah setengah jam perjalanan. Hati Syafiq berat mengatakan ada sesuatu yang menjadikan rajuk Eda bertambah parah, namun tidak dapat di tekanya. Lagu Penghujung Rindu dendangan penyanyi Jamal Abdillah yang berkumandang di corong radio menarik perhatian Eda.

Senikata lagu itu benar-benar menyentuh bagi dirinya.

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

'Sebelum Syafiq hadir dalam hidup aku, aku selalu berharap untuk bertemu dengan jodoh aku. Sekarang, dia di depan mata tapi aku tak pulak terasa bahagia. Sesak dada, sesak nafas. Ah! Semua rongga terasa sempit'. Eda mendengus perlahan. Lagu yang mendayu-dayu terus terhenti bila jari runcingnya menyentuh punat off radio.

Syafiq cuma memerhatikan perlakuan Eda dengan ekor mata. Nafasnya dihembuskan perlahan. Mencari kata bagi memulakan perbincangan dengan tunang sendiri tidaklah semudah yang disangkanya. Ditambah lagi dengan perasaan bersalah yang merajai hati terasa kelu lidahnya untuk bercakap.

"Eda, saya minta maaf." Eda masih lagi diam tidak menyahut. Pandangannya dihalakan ke luar tingkap. Masih terlihat biasan tubuh Syafiq di situ.

"Saya tak berniat nak lukakan hati awak. Tapi percayalah, saya dan perempuan tu tak ada apa-apa hubungan. Dia kisah silam saya yang saya harap tak akan muncul lagi dalam kisah saya dan awak. Saya... sayangkan awak, Eda." Bulat mata Eda mendengar ujaran Syafiq namun segera dia mengawal emosinya.

'Eleh, dengan model tu pun camtu jugak kau bercakap.' Malas aku nak layan lelaki mulut manis macam nji. Eh! Serabutlah otak aku ni. Ni lah padahnya buat keputusan terburu-buru. Kalau aku tak setuju nak bertunang dengan dia ni dulu, mesti sekarang ni aku tengah bahagia buat apa je yang aku suka.

Tapi betul ke kalau aku tak bertunang dengan dia, aku bahagia? Entah-entah sekarang makan hati. Yelah, kawan-kawan ramai dah bagi kad undangan majlis kahwin diorang. Lepas ni aku sendirilah kalau Syafiq ni tak jadi suami aku.

Syafiq perasan akan kerlingan Eda yang semacam tak berpuas hati dengannya. Buntu. Entah magic apa yang perlu digunakan untuk mendengar suara Eda tika ini. Perbincangan yang diharapkan untuk menjernihkan suasana tidak seperti berjalan seperti yang difikirkannya.

"Saya rasa, kita patut berbincang dengan keluarga." Putus Eda secara tiba-tiba. Kening Syafiq berkerut cuba mencerna kata-kata wanita itu. 'Apa yang nak dibincangkan?' Namun soalan itu tersekat dikerongkangnya.

"Semua ni satu kesilapan. Saya tak patut menerima pinangan awak sekaligus meranapkan impian awak untuk bersama kekasih hati awak tu. Mesti awak kecewakan? Yelah, setelah berkali-kali lamaran awak ditolak, awak akhirnya diterima. Tapi masalahnya, kita dah terlanjur bertunang, kan?" Aku cuba mengawal intonasi suara agar tak terlalu ketara getarannya.

Hati siapa tak sakit andai terpaksa memutuskan sendiri ikatan yang diharap kekal ke akhir hayat? Buat masa ini, aku rasakan keputusan aku adalah jalan terbaik. Bukan seperti idea gila Syafiq untuk berkahwin secepat mungkin tu. Melihatkan Syafiq masih lagi serius memandang kehadapan, aku menyambung ayatku.

"Masih belum terlambat untuk kita beritahu keluarga kita untuk batalkan semuanya. Saya tak nak nanti dikatakan perampas kekasih orang. Selebihnya, saya tak teringin nak hidup dengan orang yang hanya tinggal jasad. Jiwanya melayang entah kemana." Aku mendengar helaan nafas panjang dari Syafiq. Air mata yang meleleh pantas aku seka.

Entah kenapa laju pulak air mata ni keluar. Bukan ada apa-apa pun nak disedihkan. Macam tak biasa dibuli pulak kau ni Farizatul Farida. Lelaki bernama Syafiq Hilmi ni kan musuh ketat kau masa zaman kanak-kanak? Takkan kau dah lupa?

Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-58469665152608186992012-05-24T22:55:00.001+08:002013-02-12T22:19:41.406+08:00Aku tak nak jadi andartu ~ 12Aku diam tak menjawab soalan Syafiq. Kalau setakat nak berbasa basi dengan aku, baik tak payah telefon. Mood aku masih lagi mod puting beliung. Lama keadaan sunyi, entah apa nak diperkatakan semuanya bagaikan hilang dari fikiran. Kosong.

"Ehem, kalau tak ada apa nak cakap tak payah telefon lain kali. Assalamualaikum." Eda berkira-kira nak memutuskan talian. 'Ganggu aku berfikir je'. Gerutu hatinya.

"Eh! Nantilah dulu, saya tak dapat susun ayat lagilah." Suara Syafiq yang kedengaran dicorong telefon segera menarik Eda ke dalam perbualan bisu itu. Syafiq tersenyum mendengar dengusan kasar yang dilepaskan Eda.

"Saya minta maaf." Berhati-hati dalam meluahkan kata agar Eda tidak tersinggung. Dia tahu Eda masih marahkannya tapi dia juga pelik Eda tidak langsung menelefon untuk menghentikan segala persiapan pernikahan mereka. Doanya moga majlis itu berjalan lancar.

"Saya tahu awak masih marahkan saya, saya boleh jelaskan semua ni." Nada pujukan Syafiq bagaikan menggigit-gigit hati Eda. Bukan dia masih marah, perasaannya kini lebih kepada bingung. Pantas benar semuanya berlaku, tak terkejar rasanya.

"Saya tak marah pun. Saya pun tak tau saya rasa apa." Jujur aku luahkan perasaanku pada Syafiq, biar dia faham.

"Kita jumpa?"

"Kenapa?"

"Untuk jelaskan semuanya."

"Untuk apa?"

"Jernihkan keadaan, hilangkan salah faham. Eda, saya nak balik KL petang ni, kalau awak nak balik sekali lagi bagus. Boleh kita bincang dalam perjalanan nanti."
Eda berfikir sejenak.

Dari aku tertanya-tanya lepas tu sasau tak jumpa jawapan, baik aku biarkan je mamat ni terangkan segalanya. Eda terangguk-angguk menyatakan persetujuan seolah Syafiq berada di depannya.

"Eda?" Syafiq menyeru nama tunangnya itu. 'Diam je, nak ke tak ni?'

"Pukul berapa?" Sepatah Eda bertanya. Sebenarnya belum terlintas lagi dihatinya untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tapi sampai bila? Selagi masalah tidak dibincangkan, hatinya pasti akan tergagau mencari-cari jawapan. Lalu dia beralah.

Syafiq tersenyum lantas segera memaklumkan kepada Eda waktu mereka akan bertolak. Hatinya lega kerana Eda tidak bertindak melulu, berbeza dengan sikap Alia terhadapnya. Andai saja Alia tidak datang menemuinya hari itu, mungkin Syafiq masih belum dapat mengenal hati Eda. Walaupun sedikit, ternyata setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Eda memandang kereta yang diparkir di laman rumah. 'Kereta aku ni, macam mana pulak ceritanya?' Kepala yang tidak gatal digaru-garu seolah jawapan bakal muncul dari celahan rambutnya. Malas berfikir, Eda ke dapur menjengah makan tengah hari yang telah siap terhidang di meja makan. Perut yang berkeroncong dibiarkan terus berlagu.

Telah menjadi kebiasaannya menunggu orang tuanya untuk makan bersama. Surat khabar diselak-selak tanpa niat untuk membaca. Tiada berita yang menarik perhatiannya hinggalah ke muka helaian gosip. Matanya tertancap pada gambar model yang beraksi seksi itu. Alia Shaqib bakal menamatkan zaman solonya tahun ini. Tajuk berita itu sungguh mendebarkan hatinya, apatah lagi bila isi temubual diantara sang model dan wartawan dibacanya.

Terasa sesak dadanya membaca kenyataan Alia di dada akhbar itu. 'Aku mesti dapatkan penjelasan dari dia, mesti!' Hati kecilnya seolah menjerit namun tiada suara yang kedengaran. Makan tengah hari itu diisi dengan senyum sumbing darinya saat diusik ayahnya tentang majlis yang bakal berlangsung tak lama lagi.

Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-46320943593245253942012-05-21T00:13:00.001+08:002012-05-23T15:15:07.724+08:00Aku tak nak jadi andartu ~ 11"Hah, apanya yang kamu nak cakapkan?" Pakcik Hamidi memandang batang tubuh muda di depannya. Tengah hari tadi anaknya itu tiba-tiba muncul. Memang sudah dalam jangkaannya anaknya itu pulang membawa hajat, cuma hajat apa dia tidak dapat menebak. Wajah sugul anaknya merisaukan hati tua Makcik Leha. Masalah apa agaknya dibawa pulang oleh anaknya itu.

Syafiq membetulkan duduk dan berdehem beberapa kali sebelum membuka mulut. Sebaik hajatnya dilepaskan, Syafiq menyungging senyum di bibir melihat bukaan mulut mak dan ayahnya. 'Drastik sangat ke aku ni sampai ternganga mak ayah aku ni aku buatkan?' Tawa kecil yan meletus dari bibir Syafiq segera membawa Makcik Leha dan Pakcik Hamidi ke alam nyata.

"Eh budak bertuah ni. Terkekek kau gelak kenapa? Betul ke kau dah fikir semasak-masaknya ni?" Makcik Leha bertanya serius. Hal nikah kahwin ni bukan boleh dibuat main! Tambah lagi Eda tunangan anaknya itu merupakan anak pinaknya juga jika diikutkan. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan sekiranya berlaku sesuatu diluar persetujuan pihak yang disebelah sana.

Pakcik Hamidi diam, cuba mencerna perihal yang sang anak bangkitkan. Kahwin? Tempoh sebulan? 'Angau tahap apa anak aku ni?' tergeleng-geleng kepala Pakcik Hamidi. Baru dua minggu berlalu majlis pertunangan ringkas anaknya itu. Itupun dilakukan tergesa-gesa tanpa sebarang majlis. Sekarang tiba-tiba pula menyuarakan hasrat ingin menikah secepat mungkin.

Bersetujukah bakal besannya nanti? Anak perempuan dah lah sorang tu aje, takkan diorang tak rancang nak buat majlis besar-besaran untuk si Eda tu? Pusing kepalanya memikirkan kerenah anak nan seorang ni.

Syafiq mencari-cari wajah Farizatul Farida disebalik langsir yang memisahkan ruang tamu dan ruang tengah rumah bakal mertuanya. Tidak betah rasanya bila sekalipun Eda tidak membalas messagenya. Telefon lagilah tak berangkat. 'Kemanalah kau menghilang Eda?' Tidak dinafikannya, semenjak mengenali tunangnya itu, hatinya berdetik ingin setia.

Setiakah dia sehingga Eda sempat menyaksikan Aalia membelainya tengah hari itu? Kusut fikirannya bila Aalia tiba-tiba menggesanya untuk berjumpa. Terpaksa dia menurut langkah si model untuk menjaga air mukanya di depan staf-staf lain. Tak terfikir langsung Eda turut berada disana. 'KL bukan besar mana pun sampai tak boleh terserempak.' bisik hatinya. Keluhan berat dilepaskan kerana wajah yang di cari seolah-olah memang tidak akan muncul dari ruangan itu.

Sebal hati aku tak hilang lagi, dah dia muncul pulak kat rumah ni. Semak betul, tah apa pulak hajat yang dibawa mereka kali ini. Eda memandang kosong cincin dijari. Memang dia berhasrat memulangkan cincin itu tetapi tidak tahu bagaimana cara hendak dinyatakan kepada orang tuanya. Sudahnya dia membiarkan cincin itu terletak di jari manisnya kembali.

Siapa perempuan bersama Syafiq haritu? Hati ini terasa bengkak setiap kali mengenang gaya manja perempuan itu membelai-belai tunangnya. 'Hish! Apa kena aku ni? Takkan secepat kilat dah tangkap cintan dengan mamat tu kot?'

Arahan ibunya untuk menghidang air kepada tamu tidak diendahnya, sudahnya terkial-kial ibunya menguruskan tamu seorang diri. 'Maafkan Eda mak.' Bukan niat mahu menderhaka, tapi lebih elok kalau tak buat dari buat tak ikhlas. Cewah, pandai pulak hati ni berkata-kata.

Tak sampai 5 minit tetamu mereka pulang, emaknya dah menyungging di depan pintu biliknya. Eda buat muka bodoh sementelah emaknya buat muka sepuluh sen. Keadaan bilik diperhatikan seolah mencari sesuatu yang disembunyikan.

"Eh lah mak ni, cari apa pandang sampai macam tu?" Eda mula tidak senang dengan sikap emaknya. Moodnya mati semenjak terdengar suara yang cuba dielak sejak seminggu lalu. Suara yang membuat hatinya dipalu rindu. 'Rindukah aku?' Cepat-cepat ditepis rasa yang kian mengisi ruang hatinya itu.

"Kau tau tak kenapa keluarga si Syafiq tu datang tadi?" Emak ni, main psiko pulak dengan aku. Entah-entah si Syafiq tu nak batalkan pertunangan kami tak? Tapi kenapa pulak hati ni rasa tak sedap kalau betul perkara tu terjadi. Ish, tak faham betul dengan diri sendiri. Sesak esofagus aku ni nak bernafas.

Eda diam, melamun memikirkan kemungkinan-kemungkinan keluarga Syafiq memunculkan diri di rumah keluarganya petang itu. Ah, kalau dia nak batalkan pun aku boleh buat apa? Takkan nak paksa dia kahwin dengan aku? Kerja gila namanya tu! Wajah Eda yang tunduk menekur lantai diperhatikan oleh Mak Anum .

"Diorang nak cepatkan majlis pernikahan kau orang berdua. Kalau boleh hujung bulan ni." Terkedu Eda mendengar ujaran emaknya. 'Mak ai! Betul ke aku dengar ni?' Peningnya kepala aku! Bukan patutnya aku nak putus tunang ke? Kenapa pulak nak nikah cepat-cepat ni? Tak masuk akal betul!

Entah bila emak keluar dari bilik aku, aku sendiri tak sedar. Aku cuma balik ke alam realiti setelah telefon aku berbunyi tanda mesej masuk.

Saya minta maaf. Saya tak sanggup hilang awak, jadi saya minta kita percepatkan pernikahan kita.

Mesej dari Syafiq aku cerlung, seolah dia yang berada dalam genggaman aku bukannya telefon burukku ini. Benci sungguh aku pada dia. Sudahlah senang-senang hati bercengkerama dengan perempuan lain dibelakang aku, sekarang suka-suka hati pulak tetapkan tarikh nikah tanpa berbincang dengan aku dulu?

Eda menahan sebak tatkala teringatkan aksi manja wanita yang dilihatnya bersama Syafiq tempoh hari. Seolah tayangan gambar, senario itu bermain diruang matanya tanpa sebarang sarikata.

Eh! Cop! Haritu, perempuan tu yang sibuk-sibuk peluk tunang aku dan lagi pulak tunang aku tu mukanya cemberut walaupun perempuan tu tersenyum-senyum miang. Apa maksudnya?

Rajuknya sudah masuk ke minggu kedua dan dia sendiri hampir sasau memikirkan punca rajuknya dan segala hal yang terjadi sehinggalah tarikh pernikahan mereka ditetapkan. Bagi Eda tiada istilah mempercepatkan kerana sedari hari mereka bertunang kedua-dua pihak tidak menetapkan sebarang tarikh bagi pernikahan mereka.

Telefon bimbit yang berdering nyaring dipandang lama. Sudah beratus-ratus panggilan dari Syafiq tidak dijawabnya, tapi Syafiq tidak jemu terus mendail nombornya. Walaupun sekampung, Syafiq tidak pula datang ke rumah untuk berjumpa dengannya. Kenapa Syafiq bersikap begitu, tidak pula teringin dia mengambil tahu.

Petang ini dia akan bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur, namun tiada lagi tanda-tanda Eda mahu berbaik dengannya. Mengikit perkiraan hari, hanya tinggal tiga minggu sahaja tarikh pernikahan mereka. Segala persiapan telah mula disediakan oleh emaknya dan dia juga tahu Mak Anum juga sama. Cuma permasalahannya sekarang, dia tidak mahu Eda terus bermasam muka dengannya. Hatinya tidak betah.

'Jatuh cintakah aku?' Untuk kesekian kalinya hati bertanya. Dia sendiri keliru tentang rasa itu. Indah namun menyesakkan dada, sempit pernafasannya setiap kali memikirkan kemungkinan kehilangan Eda. Sekali lagi nombor Eda didailnya, menunggu panggilan dijawab seolah telah menjadi rutin hariannya kini.

"Assalamualaikum." Tersentak dari lamunan apabila mendengar ucapan salam tanda panggilannya dijawab. Berbunga hatinya walaupun belum sempat berkata apa. Syafiq berdehem menutupi rasa gugupnya.

"Waalaikumsalam. Awak sihat?" Entah bagaimana harus dimulakan perbualan, semuanya hilang bila suara Eda menyapa halwa telinganya sebentar tadi. Walhal telah dihafalnya ayat untuk memujuk wanita itu sejak seminggu lalu.Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-42366558299229776032011-06-28T16:27:00.001+08:002012-05-23T15:15:18.733+08:00Aku tak nak jadi andartu ~ 10

“Nombor yang anda dail berada diluar kawasan.” Peti suara telefon sekali lagi menjawab panggilan Syafiq. Puas dia meronda-ronda di kawasan Kuala Lumpur berharap dapat berjumpa dengan tunangnya tapi ternyata hampa. Panggilannya sentiasa masuk ke peti suara. Fikirannya buntu untuk mencari Eda lagi. Siling biliknya ditenung lama seolah ada lakaran-lakaran wajah di situ.

<u1:p></u1:p>

Terlayar di kaca matanya bagaikan sebuah filem semenjak usianya 5 tahun. Sewaktu dia mula mengenal erti hidup, dia mula mengenali tunangannya kini. Tidak pernah terjangka olehnya pada waktu itu gadis selekeh yang sering diejek dan dibuli dia dan kawan-kawannya bakal menjadi surinya suatu hari nanti. Seketika kemudian terlayar pula perkenalannya dengan Alia Shaqib, model dari Malaysia yang menjadi rebutan pereka antarabangsa.<o:p></o:p>

<u1:p></u1:p>

Wanita itu sungguh elegan dan gayanya sangat menyerlah dari segi pemakaian mahupun sosial hidupnya. Pendek kata semua ciri wanita moden yang diingini oleh seorang lelaki zaman moden ini ada pada Alia. Tapi itu juga menjadi penyebab Alia sering menolak lamarannya, Alia senantiasa tidak bersedia untuk menamatkan kehidupan sosialnya. Masih juga tidak bersedia untuk menjadi miliknya seorang.<o:p></o:p>

<u1:p></u1:p>

Kepala Syafiq semakin pusing memikirkan penyelesaian masalahnya. Dia mula menyayangi Eda, jika tidak mengapa hatinya dipagut resah memikirkan gadis itu punya kekasih hati? Tapi mungkinkah dia masih menyayangi Alia? Jika bukan sayang apakah maknanya rasa sakit melihat air mata di tubir mata gadis itu tadi? Akhirnya Syafiq terlelap keletihan setelah seharian bergelut memikirkan masalah peribadinya.<o:p></o:p>

<u1:p></u1:p>

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~<o:p></o:p>

<u1:p></u1:p>

Cincin di jari manisnya dicabut perlahan dan diletakkan di atas meja, lama dia merenung cincin itu. ‘Apakah sebenarnya yang terjadi pada Syafiq? Mungkinkah dia terpaksa menerima aku sebagai tunangnya? Siapakah perempuan yang dilihatnya tengah hari tadi bersama Syafiq?’ Kusut fikirannya memikirkan persoalan yang tidak putus-putus menerjah akalnya semenjak tengah hari tadi.<o:p></o:p>

<u1:p></u1:p>

Pada perkiraannya Syafiq bercinta dengan gadis itu tapi mungkin tidak diterima oleh orang tuanya membuatkan hajatnya tidak kesampaian dan untuk itu Syafiq hanya menerima keputusan orang tuanya untuk menjodohkan mereka. Hatinya pedih mengenangkan kesimpulan cerita yang diberikan oleh akalnya. Dia tidak yakin untuk meneruskan hubungan mereka andai itulah yang terjadi.<o:p></o:p>

<u1:p></u1:p>

Cincin diletakkan didalam bekas, Eda nekad untuk memulangkan semula cincin itu. Cuma caranya sahaja belum difikirkannya, samada mengikut adat iaitu meminta orang tuanya di kampung untuk memulangkannya ataupun dia sendiri berjumpa dengan Syafiq dan memulangkan cincin itu. Matanya yang berat meminta simpati untuk diberikan rehat. Sementelah itu Eda menghempaskan dirinya di atas katil.<o:p></o:p>

<u1:p></u1:p>

Biarlah esok menjadi rahsia untuk dirinya, dia malas mahu menduga apa yang akan terjadi lagi. Letih dirinya untuk memikirkan kemungkinan apa lagi untuk dirinya di hari esok. Tiada yang pasti melainkan mati, kata itulah yang dipegangnya sekian lama. Dalam gelisah hati, Eda memaksa otaknya untuk berehat dan ketika itulah dia tertidur tidak menyedari sekeliling lagi.<o:p></o:p>

<u1:p></u1:p>

Deringan telefon di dinihari itu mengejutkan Syafiq, terkebil-kebil matanya mengandah siling bilik. Serasa baru sekejap benar dia melelapkan mata dan kini bermula pula hari yang baru. Bingkas dia bangun menunaikan solat fardu baginya. Usai bersolat dia mula mengayuh basikal, itulah rutin hariannya.<o:p></o:p>

Otaknya terasa lebih cerdas setelah melakukan sedikit senaman ringan sebelum memerap di dalam bilik pejabat mengerah otak mencari sesuatu yang kreatif dan unik untuk dipersembahkan kepada klien setiap hari. Telefon bimbitnya dikerling dari jauh, seakan terlupa pula tentang masalah yang melanda dirinya semalam. Bagai ditarik magnet kakinya segera melangkah ke arah telefon itu.<o:p></o:p>

Punat-punat nombor telefon Eda ditekannya, mengharapkan akan ada balasan dari talian itu. Syafiq mengeluh, sesal kerana tidak menjelaskan duduk perkara sebenar kepada Eda semalam. Pastinya sekarang Eda berfikir yang bukan-bukan mengenai dirinya. ‘Apa khabar Alia?’ Terdetik soalan itu dihatinya. Segera pula dia menepis bisikan itu. Tidak mahu lagi dia terlibat dengan Alia, baginya kisah mereka telah berkubur semenjak hari lamarannya ditolak Alia.<o:p></o:p>

Setelah bersiap ala kadar, Eda melangkah menuju ke spa. Kotak cincin dimasukkan ke dalam beg tangannya. Sebelum hatinya menaruh lebih banyak harapan, lebih baik dia berundur seawal mungkin andai itu yang terbaik buat mereka. Tidak perlukan penjelasan sedangkan semuanya telah tersingkap luas di depan matanya sendiri. Teringat akan pesanan ustazah sewaktu sekolah menengah Eda berhenti melangkah di depan cermin besar di ruang makan rumahnya.<o:p></o:p>

‘Senyumlah pada diri sendiri setiap pagi maka hari awak akan jadi lebih indah’. Sebuah senyuman dihadiahkan untuk dirinya sendiri. Pekerja El Spa de Belleza memandang ayunan langkah Eda melintasi mereka. Eda cuma membalas senyuman pekerja yang melemparkan senyuman kepadanya. Interkom ditekan, kedengaran suara Ifa membalas sopan dihujung sana.<o:p></o:p>

<u1:p></u1:p>

“Ifa, tolong masuk, bawa sekali tender semalam. I need to discuss the thing with you.” Meskipun usia mereka lebih kurang sebaya, namaun karekter Ifa lebih keanak-anakkan berbanding Eda. Ternyata kehidupan berdikari seawal 18 tahun banyak mematangkan Eda dalam membuat keputusan. Eda memerhati lenggok Ifa masuk ke ruang pejabatnya sambil menatang beberapa buah fail ditangannya.<o:p></o:p>

<u1:p></u1:p>

“Duduklah, mana satu fail tender semalam?” Kalau tak di teliti betul-betul nanti masalah akan timbul. Walaupun sekian lama berkerjasama dengan Hafiz pengurus hotel terkemuka itu, Eda tetap tidak mahu meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya. ‘Bukan boleh percaya sangat lelaki zaman sekarang ni, depan aku pijak semut pun tak mati, belakang aku, anak gajah pun lari agaknya.’<o:p></o:p>

“Seperti yang dah kita bincangkan dengan Encik Hafiz semalam, kita perlukan lebih kurang 5 orang untuk melayan tetamu VIP tu nanti. Kita juga sedia maklum pekerja kita tidak ramai tapi kita mesti maintain pekerja tak kurang dari 4 orang di spa. Jadi saya bekukan cuti untuk staff kita, tolong keluarkan memo untuk itu.” Ifa mengangguk faham arahan bosnya.<o:p></o:p>

Bukan tidak yakin dengan pekerja-pekerjanya tetapi disebabkan En.Hafiz meminta dia agar membekalkan tenaga kerja mahir untuk pelanggan VIPnya terpaksalah Eda membekukan cuti. Tidak mungkin dia membenarkan pekerja yang kurang mahir melayan pelanggannya, dia tidak mahu menanggung sebarang risiko yang mungkin timbul.<o:p></o:p>

‘Bosannya! Apa agaknya Syafiq buat sekarang ni? Aku kerling jam di dinding ofis, pukul 11 pagi. Ah! Pedulikkan je apa dia nak buat. Apa aku kisah?!’ Eda melangkah kaki ke bilik persalinan. Dia perlukan ketenangan dan ketenangan itu ada di spa itu sendiri. Wangian aroma terapi dan urutan lembut di badannya sungguh menyegarkan. <o:p></o:p>

Syafiq memandang pelan lukisan dihadapannya. ‘Argh! Serabutnya otak aku. Tiba-tiba pulak nak tukar tangga ni arah Timur. Ingan tangga mudah alih gamaknya.’ Kertas pelan direnung bagaikan lukisan karbon itu mampu bergerak sendiri menjadi seperti kehendak pelanggannya. Syafiq kehilangan mood untuk berkerja. Sungguh dia penasaran kerana Eda.<o:p></o:p>

Frame gambar di meja di angkatnya ke paras dada. Wajah kanak-kanak itu di pandang penuh kasih. Perasaan sayu segera menyelinap bila paras redup Eda melintasi ruang matanya. ‘Takkan aku nak biarkan dia terus fikir bukan-bukan tentang aku? Baik aku cari dia.’ Bila? Hatinya mula bertanya. ‘Sekarang!’<o:p></o:p>

Usai mengemaskan bagasinya Syafiq mencapai kunci keretanya. ‘Apa nak jadi, jadilah lepas ni.’ Syafiq tidak mahu melepaskan Eda, entah kenapa dia merasakan tidak sanggup kehilangan Eda walaupun sebelum ini tiada langsung rasa kasihnya tumpah buat gadis itu. Lebuhraya lengang tengah hari itu. Almaklumlah hari berkerja, kuranglah jumlah kenderaan di lebuhraya itu.<o:p></o:p>

Kemunculan Syafiq tengah hari itu mengejutkan emak dan ayahnya. Namun tetap disambut tenang kepulangan anak mereka. Usai bersembahyang Zuhur Syafiq menghilangkan lelah sambil berbaring di ruang tamu. Sesekali dikerlingnya ayahnya yang sedang ralit menonton berita di TV. Otaknya ligat menyusun patah ayat yang bakal disampaikan kepada orang tuanya.<o:p></o:p>

“Ayah, Fiq ada hal nak bagitau ni.” Suara Syafiq menarik perhatian ayah dan emaknya yang sedang melipat kain. Syafiq menelan liur untuk membasahkan tekaknya yang terasa berpasir. ‘Aduh, kaget pulak nak bercakap bila mak ayah pandang maca tu.’ Syafiq tarik sengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.<o:p></o:p>

Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-46848481390879714802011-06-13T17:34:00.001+08:002012-05-23T15:15:33.524+08:00Aku tak nak jadi andartu ~ 9

Syafiq membiarkan telefonnya berdering sendiri. Hatinya panas, entah kenapa dia berasa begitu bimbang hati tunangnya milik orang lain. Rambut yang terjuntai didahi dikuak ke belakang, keluhan perlahan dilepaskan. Sementara itu Eda terus setia mendail nombor telefon tunangnya.

‘Haih! Merajuk lama sangatlah pulak. Macam perempuanlah dia ni.’ Muncungnya terjuih-juih menunjukkan rasa tak puas hatinya. Letih mendail akhirnya Eda menghantar mesej maaf kepada Syafiq. Akhirnya Eda terlelap menampung berat mata yang tak terdaya lagi untuk dibuka.

Syafiq mundar mandir di koridor kondominiumnya. Kain tuala dililit dilehernya tetapi tiada tanda-tanda untuk dia melangkah ke bilik mandi. Deretan kereta yang membanjiri jalan-jalan sekitar Bukit Bintang dapat dilihatnya dengan jelas. Mujur dia tidak akan tersekat didalam kesesakan itu. Jarak kediamannya dengan Menara Berkembar KLCC cuma 15 minit perjalanan jika berjalan kaki.

Syafiq bingung dengan dirinya. Dia tidak pernah menaruh rasa pada Eda sebelum ini, malah gadis itu tidak pernah terlintas dibenaknya waima sekalipun. Tetapi kenapa setelah terikat dengan tali pertunangan gadis itu kerap mengganggu akal warasnya sehingga kadang-kadang tak logik dek akal tahap cemburunya?

Tengah hari itu Eda bersama Ifa, melangkah masuk ke Hotel The Ascott. Sunglass yang elok terletak di batang hidung diletakkan diatas kepala, rambut yang ikal mayang tadinya terurai kelihatan lebih rapi kini. Mini skirt berwarna turqoise mengikut bentuk tubuh menyerlahkan keanggunan Eda. Beberapa staff hotel melemparkan senyuman ke arahnya dibalas ramah.

Ifa yang mengekorinya dari belakang juga tidak kurang gaya. Kedua-dua wanita itu bergerak pantas ke ruang makan hotel mencari tetamu yang menanti mereka. Tetamu ini sangat berharga bagi mereka kerana sering mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda untuk spa perusahaannya. Senyuman melebar dimuka Eda melihatkan tubuh sasa Hafiz. Mereka sedang menikmati hidangan tengah hari bersama semasa mata Eda terkesan kehadiran Syafiq di ruangan yang sama.

Seketika kemudian kelihatan seorang gadis menghampiri Syafiq. Gadis itu mengambil tempat disebelah Syafiq. Gelagat gadis itu menimbulkan rasa kurang senang di dada Eda, seperti ada yang tidak kena dengan kedua mereka. Segera Eda menghabiskan makanan dan segera beredar ketika tidak tahan lagi menonton drama cinta di depan mata yang dibintangi tunang sendiri bersama seorang gadis tidak dikenali.

Hatinya berdebar sewaktu melintasi meja Syafiq, senyuman yang sengaja dibuat-buat dihadiahkan untuk Syafiq yang tercengang memandangnya. Wajahnya Syafiq bertukar warna serentak meronta melepaskan tangannya yang di peluk Alia. Langkahnya mulai melaju memintas Eda. Eda yang terpaksa berhenti kelihatan bengang memandang Syafiq. Matanya mula mengerling memandang gadis disebelah Syafiq, seakan biasa dilihatnya gadis itu.

“Eda dah salah faham ni.” Sepatah Syafiq memulakan bicaranya. Hafiz dan Ifa memandang Syafiq dan Eda secara bergilir-gilir, cuba membuat spekulasi berdasarkan situasi. Eda hanya memandang Syafiq seolah orang dungu meminta penjelasan. Melihatkan gadis tidak dikenalinya itu mula mengugah lengan tunangnya, hati Eda menjadi panas. Segera Eda melangkah meninggalkan Syafiq yang tidak dapat mengeluarkan penjelasan.

Hafiz meminta diri untuk pulang sebaik sampai di lobi hotel. Ifa pantas mengekori Eda ke medan letak kereta. Melihatkan air muka Eda yang masam mencuka Ifa berdiam diri, takut untuk bertanya mengenai sketsa pendek sebentar tadi. Raut lelaki tampan tadi ada riak bersalah, wajah bosnya seakan pilu berbaur marah, manakala model disisi lelaki itu terlihat berpura-pura kebingungan. ‘Sketsa apakah ini?’

Masa sepanjang dua tahun tidaklah terlalu panjang untuk dikatakan mengenali seseorang tetapi cukup untuk mengenali seorang wanita bernama Farazatul Farida di hadapannya. Wanita itu teguh pendirian dan cukup kuat menghadapi dugaan hidup. Jarang sekali dia melihat wajah anggun itu mencuka begitu. Ifa terkejut apabila Eda menghentikan keretanya secara tiba-tiba.

“Ifa, saya minta maaf turunkan awak kat sini. Saya kurang sihat, minta tolong awak uruskan spa untuk harini.” Eda mencuba mengawal perasaannya tetapi gagal. Dia perlu mencari ketenangannya sendiri dan pastinya beban kerja tidak membantu mengurangkan rasa hatinya. Ifa mengangguk dan melangkah keluar dari perut kereta dengan hati-hati.

Mata Syafiq mencerlung memandang batang tubuh Alia. Sakit benar hatinya melihatkan wajah yang pernah menjadi pujaan hatinya itu. Entah kenapa terasa ringan tangannya untuk melayang ke wajah itu, namun disabarkan hatinya agar tidak tercatat dalam kamus hidupnya gelaran dayus. Senyuman sinis Alia menambahkan rasa panas di hatinya. Entah apalagi yang dimahukan oleh Alia setelah merenyukkan hatinya.

Alia memeluk tubuh, hatinya tersentak tatkala dia menerima message dari Syafiq malam kelmarin. Pantas dia meminta PAnya membuat tempahan tiket kapal terbang dari Brunei ke Malaysia secepat mungkin. Dia menyayangi lelaki itu, mana mungkin dia melepaskan Syafiq setelah bertahun-tahun menyemai kasih bersama. Pada fikirannya Syafiq mungkin merajuk setelah lamaran yang dikemukakannya tempoh hari tidak diendahkan olehnya.

Disoroti setiap inci tubuh Syafiq, puas diteliti sehinggalah dia terperasankan sesuatu yang berlainan di tangan kiri buah hatinya itu. Tangan itu dicapai dan diteleknya. Sebentuk cincin suasa sama rekaannya dengan cincin yang pernah disuakan beberapa kali kepadanya tersarung disitu. Jantungnya berdegup laju, bimbang kemungkinan yang terlintas dibenaknya adalah suatu kenyataan.

“Alia, lepas ni I tak nak jumpa you lagi. I tunangan orang dan perempuan tadi adalah tunang I. Hubungan kita takkan ke mana, jadi I dah buat keputusan dan I harap you hormat dengan keputusan I.” Alia terpempam dengan kenyataan yang keluar dari bibir Syafiq. Mengikut perkiraannya tidak mungkin Syafiq mempunyai kekasih lain selain dari dirinya.

Mustahil Syafiq punya masa senggang setelah setiap hari mengekorinya ke studio. Bahkan kadangkala Syafiq turut ditawarkan menjadi model lelaki untuk berdamping dengannya dek kerana wajah tampannya itu. Sendu yang ditahan Alia akhirnya pecah juga di tubir mata. Terkesan di hati Syafiq perasaan belas untuk Alia tapi manakan mungkin dia menarik keputusan yang telah dibuat? Tiada kesanggupan untuk dia melukakan hati orang tuanya.

Alia dibiarkan menangis di meja hidangan, laju kaki Syafiq melangkah sambil otaknya ligat berfikir ke mana mungkin Eda membawa dirinya. Dalam masa dua minggu otaknya sudah menjadi tepu dengan pelbagai masalah dan kejadian tidak dijangkakan. Namun tidak mampu dinafikan rasa sayangnya mula bercambah untuk wanita bernama Farazatul Farida. Wanita yang bisa mengalihkan perhatiannya dari model terkemuka dan digilai ramai walau parasnya tidak secantik Alia namun dia punya tarikan tersendiri yang menggetarkan nalurinya sebagai lelaki.

Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-33621951083895720802011-05-19T16:34:00.004+08:002011-05-19T17:03:22.153+08:00Terima kasih, sahabat"Woah!! Best betul cuaca hari ni. Lepak pantai nak tak?" Shahira cuba mengambil hati teman yang kelihatan monyok sedari tadi. Habis semua pakaian di dalam loker disumbatnya ke dalam beg, walhal cuti semester lagi beberapa minggu. Senyuman pahit terukir di wajah Hasni.

“Malas la Sha… Aku rasa macam nak hujan je ni. Panas semacam kat luar tu. Kau pulak tiba-tiba nak melepak kat pantai tu kenapa?” Hasni sengaja menguji niat sahabatnya itu. Dia seakan dapat merasakan ada pakatan di antara sahabat baiknya dengan buah hatinya. Semestinya sang kekasih memohon bantuan Shahira untuk memujuk Hasni berjumpa dengnnya di pantai petang itu. ‘Eleh, ingat aku tak tau propa korang?’

“Err… Aku nak dating.” Terbeliak mata Hasni mendengarkan perkataan “dating” terkeluar dari mulut Shahira. Bukannya apa, tetapi sahabatnya itu cukup dikenalinya luar dan dalam. Tak pernah pula Shahira memberitahu dia sudah berjumpa si jantung hatinya. Shahira sengih memandang Hasni yang kelihatan tercengang.

“Kau nak date dengan siapa ni? Jangan tipu aku la…” Hasni kembali tarik muka menutup malu kerana kelihatan tercengang. Shahira menjuihkan bibir.

“Kau ingat kau sorang je ke tau nak ada buah hati? Aku pun ada la… Temankan aku petang ni ye?” Shahira masih lagi tidak berputus asa memujuk sang sahabat. ‘Ei… Nasib la kau ni kawan aku, kalau tak, memang tak la aku nak pujuk-pujuk bagai’ Shahira menggerutu di dalam hati.

Hasni mengangguk. Seperti kebiasaan, mereka hanya akan keluar selepas menunaikan kewajipan kepada Allah. Selesai solat Asar, keduanya melangkah keluar dari pada kawasan Kolej Redang menuju ke pintu gerbang UiTM Dungun di mana terbentang luas lautan ciptaan Tuhan.

“Mananya boyfriend kau? Cakap nak dating?” Hasni tidak dapat menahan sabar untuk bertemu lelaki yang telah berjaya mencuri hati sahabatnya itu. Shahira masih terus berjalan. Hasni mula berasa tidak senang hati dengan lagak Shahira itu. ‘Aku dah agak dah, mesti ada pakatan ni… Ish!’ hati hasni mula memberontak.

Setelah jauh berjalan sehingga ke penghujung pantai, Hasni dapat merasakan dadanya semakin berdebar. Dari kejauhan dia dapat melihat kelibat Zaharul yang duduk menunduk memandang ke lantai bumi. Kaki Hasni bagaikan terpaku untuk terus melangkah. Shahira yang menyedari kekakuan Hasni cuba memujuk.

“Aku dah cakap aku tak nak jumpa dia Sha.” Pendek kata-kata Hasni namun tegas. Zaharul yang dapat melihat adegan drama pujuk-memujuk antara dua sahabat itu cuba menenangkan Hasni yang kelihatan tegang.

“Sayang, you janganlah marah Sha. It’s my plan to bring you here. I minta tolong dia, I minta maaf ok?” Bait-bait kata dari mulut Zaharul tidak dapat menyejukkan hati Hasni yang sedang panas. Perlahan Hasni meminta Zaharul supaya hilang dari pandangan matanya. Ternyata Zaharul degil dan tetap cuba memujuk yang akhirnya menyebabkan Hasni menempik menyuruh Zaharul segera pulang.

Baik Zaharul dan juga Shahira gamam dengan tindakan Hasni. Zaharul menyerahkan bungkusan aiskrim yang dibelinya kepada Shahira. Shahira menyambut lemah pemberian Zaharul. Sebaik Zaharul pergi air mata Hasni mula merembes. Dia sendiri tidak faham dengan hatinya. ‘Kenapa aku sensitif sangat?’

Hasni menangis sepuasnya petang itu. Sementelah Shahira bertemu dengan Ikram, Hasni menjauh sedikit agar tidak mengganggu perbualan mereka. Ternyata Ikram berjaya melembutkan hati Shahira yang keras itu. Betapa terharunya Hasni dengan pemberian Zaharul. Begitu sekali kasihnya Zaharul pada dirinya sehinggakan sanggup pergi mencari kehendak hatinya yang memang sukar diperolehi di kawasan kediaman mereka.

Adat pasangan bercinta, sekejap baik sekejap bergaduh. Zaharul dan Hasni kembali rapat seperti biasa. Hasni gemar menyakat Zaharul, padanya Zaharul merupakan teman terbaik tempat mencurahkan rasa dan berkongsi. Bukan dia tidak menghargai Shahira, tetapi dia merasa segan menceritakan peribadinya kepada Shahira. Lagikan pula masa senggangnya banyak dihabiskan bersama Zaharul.

Setelah sekian lama menyulam kasih, Hasni berasa bimbang akan kehilangan Zaharul. Begitu indah detik yang dilaluinye bersama Zaharul sehingga kiranya mungkin dia menghentikan saat itu, pasti dia akan melakukan demikian. Sehinggalah suatu masa kekasih lama Zaharul seakan cuba menggoda Zaharul kembali.

Hati wanita mana yang tidak resah melihatkan keadaan ini. Segala cerita Zaharul disimpan kemas di dalam hati. Terlalu banyak kenangan Zaharul bersama bekas kekasihnya diceritakan membuatkan Hasni sedar dia perlu berhati-hati agar wanita itu tidak merebut Zaharul darinya. Hasni mula menjauh dari rakan-rakan yang lain.

Semuanya kerana Hasni ingin menghabiskan setiap masanya bersama Zaharul agar tiada ruang untuk wanita lain mencelah dalam hidup Zaharul. Tetapi ada yang harus mereka korbankan untuk kekal bersama. Tidak semuanya indah, ternyata ada antara rakan-rakan yang kurang menyenangi kebahagiaan mereka.

Entah bagaimana suatu hari Zaharul menyatakan ketidak puasan hatinya kepada Hasni. Zaharul merasakan dirinya terlalu banyak beralah dengan Hasni sehinggalah Hasni tidak tahu menjaga hatinya. Bingung Hasni memikirkan kata-kata Zaharul. Tidak tercerna dek akalnya.<o:p></o:p>

Biarpun begitu, Hasni tetap berlembut dan cuba mempertahankan hubungan yang terbina antara mereka. Namun ternyata Zaharul tidak pandai menghargai kasih yang diberikan Namun ternyata Zaharul tidak pandai menghargai kasih yang diberi oleh Hasni untuk dirinya. Setelah sekian lama memendam rasa, Hasni akhirnya berani menghadapi dunia dengan kenyataan kini Zaharul tidak lagi menginginkannya.

Walaupun pahit untuk ditelan, Hasni redha dengan ketentuan-Nya. Dia yakin akan ada yang lebih baik menanti dirinya. Hasni membawa diri mengikut haluannya dan Zaharul juga mengikut haluannya. Semua janji yang pernah dilafazkan suatu ketika dahulu kini tidak lagi bermakna. Hasni bertuah kerana walaupun dia pernah melupakan rakan-rakannya, ternyata mereka tidak pernah lupa akan dirinya.

Hasni benar-benar kesal kerana pernah mengabaikan rakan-rakanya suatu ketika dahulu. Kini saat dia cuba bangkit, merekalah sahabat yang menemaninya menopang kakinya agar tidak jatuh tersungkur. Semakin hari semakin Hasni sedar, Shahira banyak membantunya dalam dia sedar mahupun tidak.

Masa-masa kecewanya dengan sikap Zaharul diisi dengan pelbagai aktiviti yang menyibukkan dirinya. Shahiralah yang mengatur aktiviti untuk mereka lakukan di waktu senggang sehingga Hasni seakan terlupa dengan aktiviti waktu senggangnya suatu masa dulu. Betapa Hasni berterima kasih kepada rakan-rakan disekelilingnya yang tidak putus-putus menyokongnya dan memberikan semangat untuk dia kembali bangkit mengejar cita asalnya sewaktu menjejakkan kaki ke universiti yang terletak di Pantai Timur itu dahulu.

Terima kasih, sahabat.

Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-3757324909739060122011-03-21T13:52:00.000+08:002012-05-23T15:15:46.805+08:00Aku tak nak jadi andartu ~ 8

“Fiq suka kumpul perfume” Wah??! Aku ingat itu minat orang perempuan. Rupanya lelaki pun ada jugak. Baru aku sedar, bauan yang melekat pada Syafiq. Bau lelaki, tak keras sangat, tapi tak pula aku rasa lembut bau tu. Bau perfume apa ye?

Kalau dah nama kumpul perfume, takde maknalah harga perfume tu murah. Nasib la kerja engineer, kalau kerani cabuk mau makan daun kering ada hobi camtu. Aku menggeleng-geleng. ‘Kenapa dia ni nampak baik pulak? Dulu bukan main lagi nakalnya?’

<o:p></o:p>Aku dah puas tawaf KLCC, bosan menghabiskan masa tak tentu hala, aku balik rumah. Sebelum balik bagitau Syafiq dulu. Message send. Rumah yang dah dekat seminggu aku tinggalkan nampak sama, takde beza. Kosong, suram. Aku tinggal sorang je kat KL ni, dulu pernah ada teman serumah tapi lepas tu dia buat hal bawak lelaki masuk bilik. Aku malas cakap banyak aku suruh dia pack barang lepas tu keluar dari rumah aku.

Bukan aku takut pencegah maksiat buat rush ke apa. Aku takut aku kena rush dengan malaikatul maut masa tu dia tengah sedap bercengkarama dengan lelaki dalam bilik. Tak tau jawapan apa nak aku bagi bila ditanya kenapa bersubahat dengan dia. Tak pasal-pasal dapat dosa sekali.

‘Ah! Bosannya duduk sorang ni. Kalau dah kahwin nanti takdelah bosan lagi.’ Otak Eda mula melakar angan dalam buih-buih awan yang muncul entah dari mana. Bagaikan filem, rupanya ketika dia mengenakan pakaian pengantin, baju mengandung, berkain batik ketika berpantang terlayar di kaca mata. Sengih berbunga di bibirnya.

Malas melayan angan yang tak berkesudahan Eda membawa diri ke bilik mandi. Segar badannya bila disiram air sejuk setelah seharian badannya berpeluh. Lilin aromaterapi dinyalakan. Bauan yang menenangkan memudahkan lena Eda.

“Fiq, kau buat apa balik kampung lama sangat?” Tegur Kadir yang terlihat kelibat Syafiq sewaktu melintasi meja penyambut tetamu. Syafiq hanya tersengih mendengar pertanyaan Kadir. Syafiq yakin Kadir pasti terkejut jika dia menyatakan dia telah bertunang.

“Apasal kau sengih-sengih? Come on la bro, chick mana pulak yang kau dapat sampai dekat seminggu kau ambil cuti?” Semakin melebar senyuman Syafiq. Sememangnya Kadir mengenali Syafiq luar dan dalam. Kadir memerhati gerak laku Shafiq, seakan ada sesuatu yang disembunyikan disebalik senyum lebar itu.

Syafiq masuk ke bilik pejabatnya dan memandang kosong ke meja kerjanya. Sebuah frame gambar yang kosong ditenung lama. Syafiq sedang berkira-kira untuk meletakkan gambar Eda di dalamnya. Laci meja ditarik keluar. Puluhan gambarnya bersama seorang model terkemuka dikumpulkan. Mesin shredder dihidupkan. Berakhirlah cerita cinta antara Syafiq dan model itu di mesin shredder.

Sekeping gambar lama ditarik keluar dari celahan diarinya. Gambar kanak-kanak perempuan yang memakai t-shirt dan berseluar panjang diteliti. Rambut kanak-kanak itu diikat satu disebelah kiri. Sebelah kaki seluarnya tersinsing diatas lutut. Kakinya luka, mukanya mencebik. Sungguh comel gambar itu pada pandangan mata Syafiq.

Bingkai gambar kosong kini berisi gambar kanak-kanak perempuan itu. Syafiq tersenyum. Di dalam hati dia bersyukur kerana Allah tidak memanjangkan jodohnya dengan Alia Shaqib. Meskipun bangga punya kekasih rupawan tetapi terlalu murah wanita itu untuk dinilai menjadi suri hidupnya. Telah beberapa kali Syafiq melamar Alia, tetapi sering saja ditolak oleh Alia. Alasannya dia masih belum bersedia meninggalkan kerjayanya.

Akhirnya Syafiq tekad sekiranya lamarannya masih lagi diendahkan, riwayat cinta mereka perlu ditamatkan. Tidak mungkin dia menunggu Alia lagi. Sementelah membawa hati yang luka ke kampung halaman, dia dilambakkan dengan cerita gadis bernama Farazatul Farida. Hampir saja dia terlupa akan pemilik nama itu.

Bersetuju dengan cadangan ibu dan ayahnya untuk melihat dia cepat mendirikan rumah tangga, Eda kini bergelar tunangannya. Sungguh Syafiq segan untuk bertentang mata dengan Eda. Kanak-kanak yang sering menjadi mangsa bulinya suatu ketika dahulu kini bakal bergelar suri hidupnya. Syafiq terus melayani perasaannya sehingga satu pun kerja tidak dibuatnya.

‘Apa yang dibuat Eda sekarang ye?’ Syafiq mendail nombor telefon Eda. Lama bunyi deringan menampar gegendang telinga Syafiq barulah Eda menyambut panggilannya.

“Hello?” Suara serak menyambut panggilan Syafiq malam itu. Syafiq memandang telefonnya memastikan nombor yang didailnya betul.

“Hello? Siapa ni?” Eda yang masih mamai tidak tergerak untuk melihat nama pemanggil. TImbul idea nakal di benak Syafiq untuk menyakat Eda.

“Hai sayang, ni sayalah.” Sengaja dileretkan suaranya agar kedengaran manja. Bulat mata Eda mendengar suara lelaki menelefonnya di dinihari begitu. Segera skrin telefon ditelek memastikan nama pemanggil. ‘Ceh, mamat ni. Saja nak kenakan aku la tu. Meh aku layankan.’ Sengih nakal terlukis di bibir Eda.

“Owh, awak rupanya. Tak tidur lagi ke sayang?” Syafiq sedikit terperanjat mendengar reaksi Eda. ‘Dia biasa dapat panggilan telefon masa ni ke?’ Hatinya mengesyaki sesuatu. Dia bimbang sekiranya hati Eda bukan miliknya.

“Belum lagi, saya nak dengar suara awak dulu sebelum tidur.” Nada suaranya telahpun bertukar, tegang dipendengaran Eda. ‘Pelik, tadi dia yang mula mengusik, bila aku usik terus hilang mood?’

“La… Nak dengar suara saya buat apa? Nanti lain kali saya record suara saya, bagi kat awak. Tiap kali awak rasa nak dengar suara saya, awak mainkan record tu ye?” Tawa dihujung ayat Eda sedikit pun tidak meredakan ketegangan yang wujud diantara mereka.

“Takpelah awak, awak sambunglah tidur. Maaf ganggu awak.” Serentak itu talian diputuskan. Eda termangu-mangu memandang kosong skrin Nokia1110i. ‘Apa pasal pulak mamat ni? Ish, sensitif betul. Merajuklah tu. Err… Nak kena pujuk ke?’

Rambut yang serabai dikemaskan menggunakan jari. Nombor telefon sang tunang didail. ‘Jadi kerja pulak nak pujuk-pujuk anak orang. Dahlah tunang pun tetiba.’ Eda membebel dalam hati. Mengenangkan nasib diri yang tiba-tiba berada dalam mod berdarah manis.
Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-87114337221620654932011-01-24T13:59:00.000+08:002011-01-24T13:59:14.076+08:00Aku tak nak jadi andartu ~ 7
“Mak ai! Mana satu serai mana satu lalang ni?” Aku menggaru kepala yang tetiba jadi gatal bila tengok semak samun belakang rumah. ‘Nasiblah kemahiran hidup aku ni tinggi’. Dua batang serai yang baru diambil dari rumpun diletakkan di dalam sinki.

“Lepas Asar nanti Eda nak balik KL.” Emak mengangguk tanda faham. Selesai makan tengah hari Eda mula mengemas pakaian untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Skrin Nokia 1110i berkelip-kelip tanpa nada. ‘Kacau betul, nak berkemas pun susah. Hish!’

“Syafiq?” Eda teragak-agak untuk menjawab panggilan Syafiq. Kejadian di waktu makan tengah hari tadi segera bermain dimatanya ibarat ulang tayang filem. Entah macam mana dia tersalah mengambil gelas Syafiq, mungkin kerana terlalu kepedasan hingga keliru?

Walaupun tak ada siapa yang kisah, sengihan yang tersungging di bibir Syafiq seolah mengejeknya. ‘Malunya aku!’ Telefon yang masih bergetar dipandang. Sekejap dia menyembam muka ke bantal sekejap dia menoleh kearah telefon itu.

“Assalamualaikum?” Setelah berbelas missed called terpapar di skrin barulah Eda menekan butang answer. Terdengar helaan nafas lega dari corong telefon sebelah sana.

“Waalaikumsalam, Lambatnya angkat? Buat apa tadi?” Aiseh, masuk edisi siasat ke aku ni? Eda tersengih sendiri.

“Err… Eda tertidur tadi.” Adoilah… Bantai jelah, bohong sunat. ‘Tidur?' Syafiq seolah tak percaya.

“Tadi Syafiq dengar Eda nak balik lepas Asar? Nak Syafiq temankan?” Kebetulan Syafiq ada kerja luar yang perlu dibereskan di Kuala Lumpur. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang pula keadaannya masa tu.

“Temankan? Syafiq nak pergi KL ke?” Ligat otaknya berfikir. ‘Tak nak balik dengan dia! Alamat muka aku ni jadi tebal bak Tembok Besar Chinalah gamaknya.’

“Yup, client nak jumpa pasal landscape bangunan baru yang syarikat baru dapat projek minggu lepas.” Owh… Dia ni engineer ke? Baru Eda tersedar dia tak tahu apa pekerjaan tunangnya. ‘Adeilah kau ni Eda…’

“Nak tak?” Suara garau Syafiq menyedarkan aku. ‘Nak apa?’ Lupa soalan pulak dah… Diam jelah, aci konon aku tengah fikir lagi.

“Awak kerja apa ek?” Tiba-tiba ringan pulak mulut ni bertanya. Alah, apa salahnya nak beramah mesra dengan tunang sendiri. Berkerut dahi Syafiq mendengar soalan Eda. Senyum sumbing terlukis dibibirnya.

“Eda dengar tak Syafiq tanya apa tadi?” Lembut suara Syafiq menampar gegendang teling aku. Ngee~~ Ala-ala suara Shah Rukh Khan pulak dia ni?

“Em, Syafiq tanya apa tadi?” ‘Dah agak dah… Mak cik ni mesti berangan je dari tadi, apalah yang difikirnya?’

“Takpelah, petang nanti Eda tunggu Syafiq ye? Syafiq tumpang kereta Eda.”

“Okay.” Pantas mulut Eda menjawab.  ‘Eh? Jap, aku setuju? Adei! Kene hadap muka dia la nanti ni?’ Eda menggaru-garu kepala yang tak berapa nak gatal. ‘Putus fius otak aku ni agaknya.’

Petang itu seperti yang dijanjikan dalam telefon, Syafiq muncul di halaman rumah aku lebih kurang pukul 5.15 petang. Yelah, Asar lambat sekarang. Emak dan abah tak tercengang melihat kedatangan Syafiq sebab dah dimaklumkan terlebih dahulu.

“Oklah mak, Eda gerak laju-laju dulu. Nanti lambat pulak sampai sana.” Emak mengangguk. Abah pun sama. Syafiq mengambil giliran menyalam abah selepas aku. ‘Dia tak salam mak?’ Persoalan tu aku pendam dalam hati. Aku terus meletakkan sunglasses Dior dibatang hidungku yang agak mancung ni. Drive petang-petang ni, silau mata aku.

Segak jugak buah hati aku ni, ringkas tapi tetap mengancam. ‘Ewah ko Eda, gatal nampaknya? Buah hati?’ Aku tergelak sendiri melayan otak aku yang tah apa-apa. Syafiq mengerutkan kening.

“Eda ok ke tak?” Aku kerling dia hujung mata. Sengih sikit sambil terus memandu. Macam-macam yang aku dan Syafiq bualkan sepanjang perjalanan. Semuanya tentang perkara-perkara semasa, langsung tak sentuh hal-hal peribadi. Bukan apa, kayuh pelan-pelan kata orang sekarang.

“Eda drop Fiq kat Stesyen Putra boleh?” Penggunaan Syafiq dan Eda dah ditukar kepada Fiq dan Eda, lagi mesra pada telinga aku.

“Fiq nak pergi mana? Biarlah Eda hantar?” Aku mempelawa Syafiq, lagipun bukan ada tempat yang ingin aku tuju selepas ini. Balik rumah, menghadap komputer sambil main games yang dah beberapa hari aku tinggalkan. Otak aku masih malas nak menjenguk kerja-kerja yang dah aku tinggalkan.

“Takpe ke? Fiq nak pergi KLCC ni, nanti menyusahkan Eda je. Taulah KL, jem dari pagi ke malam.” ‘Alamak! KLCC ke? Emm… Tak kisahlah. Lagipun dah lama aku tak merayau-rayau kat KLCC tu’.

“Eda ok, lagipun boleh ronda-ronda kat situ kejap. Dah lama tak jejak KLCC.” Syafiq tersenyum mendengar jawapan aku. Aku pun hairan. Sejak bila aku jadi gadis yang penuh sopan santun dengan Syafiq? Hmm…

“Eda suka shopping ke?” Pertanyaan Syafiq buatkan aku tergelak. ‘Ape ke sengal la mamat ni, perempuan mana yang tak suka shopping gamaknya?’ Aku cuma mengangguk menjawab soalan Syafiq.

“Fiq pun suka shopping jugak!” Kali ni aku terkejut. Lelaki? Suka shopping? Shopping apa? Ligat otak aku berfikir, kerutan di dahi aku melucukan Syafiq.

“Eda ni, mula la fikir bukan-bukan pasal Fiq tu. Fiq normal la. Takde gear reverse pun dalam diri Fiq ni. Perempuan ramai zaman sekarang ni, seksi-seksi lagi. Rugi la kalo Fiq menentang arus.” Terkekeh aku gelak. Apa punya perumpamaan la dia pakai? Gear reverse? Menentang arus? Kadang bunyi macam orang tak betul, kadang macam poet pun ada jugak tunang aku ni.

“Fiq shopping apa?” Teringin jugak aku nak tau minat dia, manalah tau kalau-kalau minat kitorang ni sama.
Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-85194851426499674202011-01-19T16:29:00.002+08:002011-01-19T16:29:39.246+08:00sANGAT...wOW!This girl punya penulisan, sangat...Superb bagi aku... Korang minat membacakan? Sila klik link ni..:)Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-73227809043146044562010-12-27T10:55:00.000+08:002012-05-15T09:38:51.422+08:00Aku tak nak jadi andartu ~ 6

"Eda!!!" Aduhailah emak. Pagi-pagi ni memang time dia nak test vokal sama ada mantap lagi ke tak agaknya. Malas aku nak layan, tidur lagi baik. Dapat aku dengar derap kaki mak semakin hampir ke bilik aku. 'Apa aje halnya mak ni agaknya?'. Nokia 1110i aku capai. Baru pukul 8.30 pagi, 'apa salahnya bangun lambat sikit hujung-hujung minggu ni?'

Pintu bilik aku dah macam nak roboh di ketuk dek emak. Baru aku duduk bersila atas katil emak dah berjaya menerombos pintu bilik. Terkejut aku dibuatnya.

"Huish mak ni! Terkejut Eda tau. Sabarlah sikit, Eda baru nak bangun bukakkan pintu." Terus segar mata aku cuba mencari 'kecacatan' pintu bilik yang baru dirempuh emak tadi.

"Amboi-amboi, kau fikir kau sorang punya terkejut. Mak ni lagi terkejut tau. Lepas subuh tadi tunang kau dah tercegat kat laman rumah ni. Tadi adalah ayah kau melayan dia. Ni ayah kau dah keluar, tinggal mak je berdua dengan si Syafiq tu. Nak mak tinggalkan, risau pulak dia masuk bilik kau ni. Dah, bangun cepat, mak nak pergi pasar ni. " Terkebil-kebil mataku mendengar huraian panjang lebar dari emak.

"Eda mimpi ke ni mak?" Mak pandang aku dengan muka garangnya. 'Dia kat mana?' Pertanyaan tu tersekat dikerongkong. Tak mampu nak aku luahkan bila tengok muka mak macam singa lapar. Huhuhu...

Lepas mandi ala-ala puteri bersiram, aku keluar ke kebun mini belakang rumah. Kalau dari tadi dia kat sini, takdelah dia dengar jeritan vokal mak aku mengejutkan aku pagi tadi. Dengan berhati-hati aku berjalan ke arahnya. 'Apasal dada ni berdebar semacam je?'

Tinggal lagi lima langkah nak sampai pada dia, tiba-tiba dia berpaling. Jantungku macam dah berhenti berdegup, langkah terus terkaku.

"Err... Assalamualaikum" Aku cuba cover line. Malu beb! First time aku bertentang empat mata dengan tunang aku. Makin handsome pulak dia. Tak rugi aku setuju jadi tunang dia. Serentak itu senyuman terulas di bibir.

"Waalaikumsalam. Eda baru bangun ke?" Shafiq memandang wajah bakal surinya dengan lembut. Bau sabun yang menusuk hidung mengiyakan lagi telahannya. Farazatul Farida. Makin menawan pula gadis itu pada bola matanya.

‘Aiseh! Ape kes jadi gugup ni?’ Eda menguis-nguis kakinya pada dedaun kering yang berterabur dilantai bumi. Syafiq juga diam membisu. ‘Ish mulut ni, pagi tadi beria-ia sangat nak datang jumpa bakal bini kononnya. Bila dah jumpa takkan nak senyap aje?’

“Kenapa Syafiq datang rumah Eda?” Eda memulakan bicara bila suasana sunyi menambahkan kegugupannya. Syafiq lega kerana akhirnya Eda memecahkan ruang sunyi antara mereka.

“Saja Syafiq nak datang jumpa bakal wife Syafiq. Kenapa? Tak boleh ke?” Kelihatan tenang Syafiq menuturkan ayat itu. Aku gugup. ‘Bakal wife’. Ayat itu berulang-ulang dalam benak Eda sehingga dia tidak lagi mendengar apa yang dikatakan Syafiq selepas itu.

“Eda?” Syafiq cuba mengembalikan Eda kealam nyata. ‘Hish! Punyalah banyak aku tanya, satu pun tak dijawabnya’ Syafiq merenung Eda tajam. Eda yang tersentak merona merah mukanya. ‘Aduhai! Berangan terlebihlah pulak!’ Eda mengutuk dirinya di dalam hati.

“Syafiq makan tengah hari kat sini?” Eda melarikan diri dari apa jua topik yang dibawa Syafiq sebelumnya. Syafiq berfikir. ‘Makan kat sini? Kalau dia masak boleh jugak aku merasa air tangannya.’ Syafiq mengangguk. Apa salahnya dia menguji bakal isterinya itu kata hatinya.

“Petang nanti Eda nak balik KL dah, kerja dah banyak yang bertangguh. Haritu ingatkan tak nak lama kat kampung, alih-alih dah dekat empat hari kat sini.” Syafiq mendengar dengan teliti lalu menimbulkan tanda tanya dalam benaknya.

“Kat KL tu, dah ada yang menunggu ke?” Syafiq bertanya perlahan tetapi Eda masih mampu mendengarnya. ‘Cemburu?’ Eda mencari anak mata Syafiq yang memandang ke pintu tandas.

“Banyak yang menunggu, sebab tu tak boleh lama-lama kat sini. Kalau lama sangat, teruklah nanti Eda.” Syafiq melepaskan keluhan perlahan. Eda menahan tawa. Kecewa benar nampaknya tunangnya itu.

“Eda terima saya ni sebab terpaksa ke?” Lain nada bicara Syafiq, meruntun hati Eda mendengarnya. ‘Hish! Orang gurau aje, dia ambil serius pulak.’ Eda menggeleng, dia tahu, Syafiq sedang memandangnya.

“Tadi Eda cakap, ramai yang menunggu di KL tu?” Eda menguntum senyuman ikhlas.

“Syafiq cemburu?” Eda menyoal. Straight to the point. Tak perlu dia berbelit-belit menyusun ayat kerana dia hanya ingin mendengar jawapan ya atau tidak daripada Syafiq. Dari kejauhan Eda ternampak kelibat ayahnya. Segera mereka berdiri apabila ayah Eda melintasi pangkin tempat mereka berbual.

“Eda nak masuk masak.” Sepatah ayat itu lalu dia berlalu meninggalkan Syafiq. Belum sempat Syafiq menjawab soalan yang diajukan Eda tadi. Syafiq berbual dengan bakal ayah mertuanya di ruang tamu. Sementara Eda menyediakan makan tengah hari bersama emaknya di dapur.

“Kita nak masak apa mak?” Eda menguis-nguis bahan-bahan yang tersimpan dalam peti sejuk. Teringin pulak tekak ni nak makan asam pedas.

“Eda nak makan asam pedaslah mak.” Eda mengeluarkan ikan pari, bendi, dan bunga kantan dari peti sejuk. ‘Serai pulak tak ada.’ Perlahan Eda menyarung selipar di muka pintu dapur.

“Pergi mana tu?”

“Ambik serai.”

"Elok-elok sikit, belakang tu dah semak. Ayah kau dah lama tak menebas.” Emak mengingatkan sebelum aku pergi mencari serai di belakang rumah.
Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-70152013506064612202010-10-29T14:58:00.000+08:002010-10-29T14:58:20.237+08:00Aku tak nak jadi andartu ~5"Sedap hingga menjilat tangan" Hehe.. Puas hati dapat melantak masakan mak puas-puas. Nanti lepas kahwin mesti susah nak dapat makan macamni lagi. 'Kenapa mesti susah? Buat rule kena balik kampung setiap hujung minggu.' Idea bernas muncul dalam kepala otak aku yang bergeliga ni.

"Burp! Alhamdulillah." Tersendawa kuat pulak, nasib baik takde siapa dengar. Aku kendong pinggan ke sinki dan berkemas apa yang patut. Handphone aku berbunyi lagi. 'Tak sabar betul!' Umpat aku dalam hati. Nokia 1110i aku capai. Apa saja yang di tulis budak sakit otak tu.

"Waalaikumsalam. Siapa ni?" Eh? dia tak tau nombor aku? Bolehlah mengenakan ni. Hehe... Siaplah kau.

"Awak tak simpan nombor saya? Sampai hati." Send. Dalam kepala ligat membina ayat-ayat untuk aku balas kepada Shafiq nanti.

Eh? Siapa pulak nak main-mainkan aku ni? Tah-tah kawan ofis aku tak? Haha... Ini Shafiq la, nk kenekan aku ye? Kita tengok siapa yang terkena. Senyuman nakal berbuah di bibir Shafiq. Terasa bersemangat untuk berbalas message dengan teman yang tidak dikenalinya itu.

"Handphone saya hilang bulan lepas. Habis semua nombor hilang. Sorrylah, siapa ni ye?" Send.

"Owh, patutlah tak ingat, saya ingatkan awak tak sudi nak simpan nombor saya. Ni Fara, ingat tak?" Send.

"Fara? Macam biasa dengar. Owh! Mesti Fara kawan Faizal. Betul?" Send. Ingatkan ada orang nak kenakan aku. Rupanya kawan si Faizal ni. Tapi, macam mana pulak dia boleh ada nombor aku? Pelik ni.

"Ha! Betullah tu. Awak tengah buat apa ni? Dah makan?" Send. Gatal jugak kau ye, sabar kejap. Nanti bila aku dah reveal diri aku, baru kau tau padan dengan muka. Eda geram. Boleh pulak tunang dia pergi ingat kat kawan dia punya kawan perempuan? Tak patut betul!

"Belum, nak tolong masakkan?" Send. Dalam kepala terbayangkan rupa Fara. Macam manalah rupa dia ni? Cantik ke tak? Ish, kalaulah dia awal sikit. Mesti aku tak bertunang dengan si Eda selekeh tu. Seperti menyesal pulak bersetuju dengan jodoh yang Mak dan Ayahnya cadangkan. Telinga Shafiq sudah nipis mendengar bebelan emaknya siang malam. Walaupun jarang berada di rumah, Waktu terluang jarang sekali maknya biarkan tidak berisi. Pasti ada saja yang nak di cecehkannya.

Pengakhirannya, ayah Shafiq membawa solusi masalah dengan cadangan 'bernas' menjodohkan dia dan musuh ketatnya zaman kanak-kanak dulu. 'Musuh? Huh, what-so-ever!' Bunyi message mengganggu lamunan Shafiq.

"Boleh, nak suapkan pun boleh." Shafiq tersenyum sumbing. Perempuan zaman sekarang, memang kurang moral dan akhlak. Belum pernah bertemu muka sudah berani bermain kata. Tergeleng-geleng kepala Shafiq teringatkan beberapa kes yang selalu tersiar di dada-dada akhbar saban hari. Berharap bakal isterinya tidak seperti Fara. Terbit rasa syukur kerana dia pasti Eda tidak begitu.

Lewat Asar Eda menyapu laman rumah, mengumpulkan dedaun kering untuk dibakar. Bosan bersendirian dirumah kerana emak dan ayahnya ke majlis kahwin saudara jauh di kampung sebelah. Handphone dibelek, menanti balasan message dari Shafiq. Kenapa dia tak balas ye?

Eda merenung kakinya, dia teringatkan zaman kanak-kanaknya yang penuh kegembiraan. Walaupun sering diejek dan dibuli kawan-kawan, dia tidak patah semangat untuk terus bermain dan bergaduh sesama mereka. Shafiq salah seorang pembuli yang tegar. Senyuman terukir di bibirnya mengenangkan rupa Shafiq yang paling bergaya dalam kalangan mereka.

Pernah juga hatinya tertawan dek gaya Shafiq, tetapi cepat-cepat dia tersedar apabila seping dipanggil dengan gelaran Eda Sele... Tetapi gelaran itu tidak lagi sesuai untuk dirinya sekarang. Dia bukan sahaja bergaya, bahakan kecantikan semulajadinya semakin terserlah dari hari ke hari. Menjadi pengurus spa memang menguntungkan bisik hatinya.Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-7049483405232047212010-10-25T10:17:00.002+08:002010-10-25T10:17:58.094+08:00Payung SamuraiSorry, kali ni iklan pulak.

Sesiapa yang berminat, sila ke link ini >>>>

http://niceshophere.blogspot.com

Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-53519012747440360612010-10-20T09:28:00.001+08:002010-10-20T09:33:27.672+08:00Aku tak nak jadi andartu ~4Cincin disarung ke jari aku. Cantik, pandai pulak mamat sakit otak tu pilih. Salam Mak Leha. Ouh! Nak peluk-peluk pulak mak cik ni... Ok, Peluk sikit. Senyum, pastu tunduk. Mak mesti suka tengok aku dah jadi tunang orang. Tapi masalahnya, tiba-tiba rasa nak membuang pulak! Hish!

"Saya mintak diri dulu ye?" Aku mintak nak keluar dari majlis. Karang berbau tetiba kang, buat malu je! Cepat-cepat aku menyarung selipar jepun kat pintu dapur dan menuju ke tandas. Kes emergency dah ni, tak boleh tahan-tahan. Eh? Pintu berkunci??! Siapa punya kerja pulak ni? Takkan mak aku kot? Hish, berapa lama nak duduk dalam ni?

Setelah beberapa jam duduk dalam tandas, aku akhirnya lepas bebas. Tiba-tiba je pintu yang berkunci jadi renggang. Aku pun apa lagi, terus meluru keluar. Hish, malu aku kalau orang tau aku terkurung dalam tu. Keluar je tandas, aku nampak muka emak terjengul kat pintu dapur. 'Cari akulah tu'. Sambil sengih-sengih macam kerang wangi, aku naik ke rumah.

Rumah aku ni antik sikit, tandas masih lagi kat luar. Semuanya pasal nak mengekalkan reka bentuk rumah lama kata ayah. Aku nak buatkan rumah batu pun dia tak nak, sampai merajuk dua hari tak bercakap dengan aku masa aku cakap nak robohkan rumah ni dan buat rumah batu.

"Apa yang kau buat dalam tandas tu lama-lama sangat? Sampai dah balik orang datang pun tak keluar-keluar? Berak batu agaknya budak ni." Mak aku bersungut. Aku menjerukkan muka.

"Bukan salah Eda lah mak, tah siapa yang gatal sangat tangan tu, pintu tandas tu pulak nak dikuncinya. Eda pun terkurung tadi tau." Emak menggeleng-geleng.

"Si Syafiq pun ada tadi, katanya nak berjumpa dengan kau. Yelah, dah lama tak jumpa katanya. Tapi kau tak pulak muncul-muncul." Ha! Betullah dia yang aku nampak kat dapur tadi, masa majlis berlangsung dia takde pulak? Tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Dia yang kunci aku?

Aku masuk bilik sambil menilik-nilik cincin yang tersarung kat jari manis aku. Dah jadi tunangan orang. Segan pulak rasanya. Sampul surat warna pink aku tarik keluar dari bawah bantal. Gambar kanak-kanak berumur sepuluh tahun tu aku tenung lama. Betul kata orang tua-tua, kalau benci sangat kat seseorang tu, berkemungkinan kita berjodoh dengan dia.

'Eh? Ada nombor telefon?' Handphone Nokia 1110i aku capai. Nak call ke tak eh? Message je lah.

Assalamualaikum. Sending message. Ok, tunggu dia balas.

"Eda! Ya Allah budak ini! Membuta pulak dia. Bangunlah Eda oi, dah masuk Zuhur dah ni. Mak dengan ayah nak pergi surau kejap. Lauk pauk dah siap atas meja tu. Kau senduk nasi dalam periuk atas dapur tu kalau nak makan." Aku bukak mata sebelah sambil angguk-angguk tanda faham. Tertidur aku tunggu kau balas message aku Shafiq Hilmi.

Macam mana agaknya rupa kau sekarang? Gambar budak sepuluh tahun aku selitkan dalam dompet aku. Solat dululah, dah makan malas pulak nak bergerak nanti. Bip! Bip!

"Ala... Siapa pulak message time-time camni. Nak makan pun tak senang. Biar dululah, perut aku punya bunyi ni lagi penting dari bunyi message tu gamaknya.

Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-68467441979891107492010-10-06T08:53:00.003+08:002010-10-11T10:59:43.995+08:00Aku tak nak jadi andartu ~3"Bangun cepat Eda, nanti orang dah sampai kau duduk lagi bergolek atas katil." Aku tak bergerak. sekali lagi mak aku bersuara.

"Dah mandi nanti kau pakai baju kurung atau kebaya yang cantik sikit." Ish... Apasal pulak diorang nak datang? Nak bincang apa? Ala... Leceh betul, dahlah kena pakai baju kurung. Err... Mamat tu datang tak? Tiba-tiba macam rindu je kat dia. Eh? Kenapa aku ni? Angau dah? Ah! Malas nak layan, baik pergi mandi cepat lagi baik, jap gi kena bebel pulak lagi. Haish!

Dah pakai baju lawa-lawa. Eh? Aku kan memang lawa, jadi pakai baju apa pun lawa la... Haha... Ceh, sangat tak sopan kau ni Eda. Aku berjalan pergi ke dapur, nak tengok apa yang ada nak isi perut aku yang dah berkeriut ni.

"Wah! Banyaknya makanan?" Mata aku meliar pandang makanan yang cantik tersusun atas meja. Tak cukup itu, tangan aku membuka tudung periuk diatas dapur. 'Musykil pulak aku rasa.'

"Kenapa banyak sangat mak masak ni? Nak buat kenduri apa? Kitakan bertiga je kat rumah ni?" Aku tanya soalan yang logik pada pemikiran aku.

"Kan mak cakap tadi, pak cik Hamidi sepupu ayah kau nak datang." Ooo... Macam mana boleh lupa? Aku bersiap lawa-lawa ni pun sebab diorang nak datanglah. Ish, pelupa betul. Kenapa ye diorang tiba-tiba nak datang? Last time diorang datang pun masa abang aku menikah, itupun dua tahun lepas. Takkanlah pasal tu? Otak aku ligat memikirkan kemungkinan-kemungkinan kedatangan diorang pada hari itu. Tapi yang satu tu jugak yang aku rasa betul.

"Diorang datang nak buat majlis meminang Eda ke mak?" Mak aku nampak macam kurang selesa dengan pertanyaan aku. Direct sangat kot? Like mother like daughter la. Hehe.

"Emm... Yelah tu. Itupun kalau jadi. Kamu dah fikirkan ke pasal hal tu?" Mak ai! Awal betul nak jawapan, nasib baik aku ni jenis tak suka tangguh-tangguh kerja. Siap dah jawapan aku. Mak pandang aku yang cantik. Eh, silap. Aku yang termenung. Kemudian aku angguk-angguk tanda faham.

Tepat pukul 10 pagi, tiga biji kereta masuk ke perkarangan rumah. Aku disuruh get ready nak hantar dulang makanan ke ruang tamu bila tetamu dah masuk. Kerja ni memang aku suka. Sambil buat kerja, sambil mulut mengunyah. Tambah lagi dah lama tak makan masakan mak. Ish, kecur liur.

Lepas 15 minit tetamu duduk, and aku pun dah kenyang makan, aku hantar dulang minuman siap dengan sarapan yang dah mak aku sediakan masa aku tidur tadi. Segan pulak rasa bila semua orang pandang aku. Ish. Control Eda. Senyum. Ha! Lega aku bila diorang balas senyum.

"Macam mana dengan keputusannya? Dah dibuat ke belum? Kami ni bukan apa, takut terlepas ke tangan orang." Sayup-sayup kedengaran suara wanita dari ruang tamu. Ish, tak menyempat betul. umpat aku dalam hati.

Aku duduk diam-diam kat dapur sambil mengunyah karipap berinti sardin. Lazat sungguh! Emak datang ke dapur. Apalagi agaknya yang dia nak?

"Kau dah buat keputusan ke Eda?" Aku angguk malas. Muka mak aku gelisah semacam. Ceh, macam dia pulak kena pinang. Aku buat tak tahu, makan lagi sedap. Aku capai lagi sebiji karipap.

"Eda setuju." Memang tak cover malu langsung! Mak aku mengurut dada sambil tersenyum. Apasal pulak nak senyum-senyum ni? Sebaik dengar keputusan aku, mak keluar pergi bagitahu mak cik-makcik dan pak cik-pakcik yang menunggu kat ruang tamu. Acara sarung cincin! Alamak, aku duduk kat dapur???

Mak panggil aku keluar ke ruang tamu. Cepat-cepat aku teguk air milo yang berbaki dalam cawan. Eh? Macam nampak someone kat pintu dapur? Ah, baik cepat. Laju langkah aku ke ruang tamu. Cover cun, duduk bersimpuh sambil tunduk. Haha... Perempuan melayu terakhir!

Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-78325597797783912982010-09-28T10:46:00.001+08:002010-10-20T09:14:34.259+08:00Aku tak nak jadi andartu ~2"Apa lagi yang kau tunggu Eda? Umur kau tu makin bertambah, bukan makin berkurang. Sampai bila kau nak duduk sorang-sorang kat KL tu? Mak ayah kau ni risau tau tak tinggalkan anak perempuan sorang-sorang kat bandar besar tu? Kalau apa-apa jadi macam mana?" Panjang leteran mak malam tu, Aku bukan tak nak menikah, tapi belum ada jodoh lagi. Hmm...

"Eda takde calon lagi mak." Kemudian aku tunduk merenung lantai. Malu pada mak dan ayah.

"Minggu lepas ada sepupu ayah kau bertanyakan kau, kalau kau setuju, kita buat majlis bertunang minggu depan. Kau fikirlah dulu, mak ayah tak paksa."

Adoilah mak ni... Aku mana pernah jumpa anak sepupu ayah tu? Buatnya muka sememeh? Hish! Tak nak aku! Tiba-tiba aku terpandang sekeping surat atas meja belajar. Surat apa pulak? Dah la warna pink. Surat bil tertunggak ke?

"Hah??? Mamat ni?" Eleh, dulu bukan main berlagak dengan aku, konon-konon ramai peminat. Ni kenapa pulak suruh ayah kau masuk meminang? Mesti takde girlfriend kau yang sama cantik dengan aku kan? Eh... Teriak sekejap.

Tiba-tiba aku melayan nostalgia lama. Aku masih lagi ingat, masa aku kecil, aku selalu bergaduh dengan mamat tu. Nama dia Shafiq Hilmi. Sedapnya nama, tapi perangai... Huh! Nauzubillah! Pantang nampak aku duduk dia, ditariklah rambut aku, dicubitlah aku, yang paling aku tak tahan dia kunci aku dalam jamban masa aku membuang! Dekat dua jam jugaklah baru aku lepas dari seksaan.

Hmm... Tengok kat gambar pun boleh tahan. Setuju je la. Esok pagi-pagi kena bagitau mak ayah. Barulah diorang tak bising-bising, aku pun boleh menikmati hidup tenteram kat rumah ni. Tutup lampu, tarik selimut, tido time all.

Pagi-pagi lagi muka mak dah terjengol kat depan mata aku. Aduh mak ni, baru pukul berapa? Kacau orang tidur betullah. Aku mengeliat malas. Time cuti macam ni baru nak rehat panjang, tambah lagi Allah bagi cuti. Aku pandang mak dengan ekor mata.

"Bagunlah Eda, dah siang dah ni."

"Eda cutilah mak." Aku jawab lalu menutup muka dengan selimut.

"Kamu cuti ke tidak, kena bangun, sepupu ayah kamu dah nak sampai. Ada hal nak dibincangkan sedikit." Segar mata aku tiba-tiba, tapi aku cover line dengan menutup muka dengan bantal.Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-40538471714299850422010-09-24T08:32:00.000+08:002010-09-24T08:32:28.572+08:00Aku tak nak jadi andartu ~1Hujung minggu ni nak balik kampung. Dah lama aku tak balik kampung, bukan tak rindukan kampung halaman sendiri, tapi malu nak berdepan dengan realiti. Kat Kuala Lumpur ni aku kerja sebagai pengurus spa. Dulu spa ni milik mak cik aku, tapi lepas aku SPM, dia selalu bawa aku belajar selok-belok perniagaan dia ni. Bila dia dah tak ada ni, akulah satu-satunya waris yang faham dengan perniagaan ni dan dah tertulis dalam wasiat dia aku yang berhak menguruskan perniagaan ni. See? Bertuahkan?

Tapi ada satu kerisauan pada aku, korang rasa apa sebabnya mak cik aku mewariskan spa ni kat aku? Jawapannya memang tak lain tak bukan, dia tak ada waris sebab dia tak pernah berkahwin. Aku tak nak jadi macam dia. Tekad aku dalam hati enam tahun lepas masa mula-mula aku jadi pengurus spa ni. Yelah, masa tu aku fikir mesti ada punya lelaki nak kat aku. Aku masih muda, muka pun boleh tahan, kaya pulak tu. Setelah enam tahun kat sini, aku masih tak punya teman istimewa. Apa yang patut aku buat?

Mandi bunga dah tiap-tiap minggu aku buat. Dah nama tuan punya spa, mestilah nak manja-manja hujung minggu kat spa sendiri. Hmm... Mengikut pemerhatian aku, sebab-sebab aku tak ada lagi teman istimewa atau lebih mudah disebut boyfried, aku jarang jumpa orang lelaki. Kalau ada pun jenis-jenis yang tak mahu kat orang perempuan. Ish... Susah juga nak kahwin ni rupanya.

"La... Dah sampai rupanya kamu Eda? Tak bagitahu pun dah nak sampai." Mak aku dah mula ayat pertama, lepas ni mesti dia tanya aku balik sorang ke.

"Ala, Eda dah sampai dah ni. Nak bagitahu apanya lagi?"

"Yelah, sebelum sampai tadilah bagitahu, boleh mak masak sedap-sedap sikit. Ni kamu balik sorang je ke?" Ha! Kan aku dah cakap, soalan wajib tiap kali aku balik kampung dah keluar. Oh ya, nama aku, Farazatul Farida, tapi semua orang panggil aku Eda. Nama panjang-panjang simpan buat kenangan sendiri.

"Sorang jelah mak, takkan Eda nak bawak balik semua orang KL tu ke kampung kita ni. Apalah mak ni, tanya soalan tak membina langsung." Aku berjalan masuk ke bilik aku. Bilik lama yang banyak menyimpan kisah suka duka sepanjang zaman persekolahan. Aku ni belaja tak tinggi, baru habis SPM, mak cik aku meninggal. Tak sempat aku nak buat permohonan masuk IPT dah kena kerja. Bila difikir-fikirkan balik, elok juga aku terus kerja. Otak aku ni bukan cepat pick up sangat, buat habis duit je kalau tak dapat keputusan bagus, lagipun bukan ke tujuan semua orang belajar tu nak dapatkan sijil kelayakan supaya boleh dapat kerja bagus?

"Mak nak tanya kamu ni. Duduk kejap." Dia mula dah, kali ni lagi tak best sebab abah pun ada sama. Muka aku kelat duduk depan mereka.

"Umur kamu dah berapa Eda?" Emak bertanya ke perli aku ni?

"Em... Dua puluh tiga mak."

"Ha! Tua dah, bila kau nak bawak boyfriend kau jumpa mak?" Mak aku ni memang laser, terus aje dia tanya, aku dah tersipu. Mana aku ada boyfriend nak dibawa jumpa mak!Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-17230495000692936392010-07-13T17:09:00.000+08:002010-07-13T17:09:52.999+08:00Kasih Suci??? ~ Akhir"Laila!" Azlin menjerit memanggil kanak-kanak berusia tiga tahun itu. Anak itu terus berlari-lari ke arah ayahnya yang baru pulang dari kerja. Rushdi memandang anaknya dengan senyuman. Riang sungguh hati Laila menyambut kepulangannya. Kelibat riang Laila diiringi kelibat Azlin yang membuntangkan matanya memandang Laila. Laila yang tahu ibunya sedang naik darah segera memaut betis ayahnya dan berselindung.

"Laila takut dengan ibu ye sayang?" Rushdi mencepung tubuh kecil itu. Laila menggangguk-anggukan kepalanya. Rushdi cuba menyerahkan Laila kepada Azlin tetapi Laila tidak mahu, dia memeluk erat tengkuk ayahnya.

"Laila ikut ibu, pergi mandi, sekejap lagi kita nak pergi rumah uncle Azizi. Ok?" Laila memandang wajah ayahnya meminta kepastian tentang patah perkataan ayahnya sebentar tadi.

"Kita nak pergi rumah Dania ke ayah?" Mukanya penuh pengharapan. Sebaik ayahnya menggangguk Laila meronta minta dilepaskan. Sebentar kemudian dia sudah membuka pakaiannya bersedia untuk dimandikan. Azlin menggeleng-geleng. 'Hish, sama aje perangai dengan ayahnya.'

"Lin cakap apa tadi sayang?" Rushdi menarik kedua-dua belah pipi Azlin dengan manja. Alin cuma tersenyum memandang suaminya. Sebuah kucupan sayang dihadiahkan didahi Azlin.

"Ibu!" Laila menjerit memanggil ibunya yang tidak muncul-muncul sejak tadi.

"Tu, anak abang dah menjerit dah tu, Lin pergi mandikan dia." Rushdi tertawa senang mendengar omelan isterinya. Dia merasa sungguh bertuah dipertemukan dengan Azlin. Walaupun mereka bertemu di atas kesusahan seorang kawan, ternyata jodoh mereka telah tertulis di Loh Mahfuz. Beberapa bulan setelah pemegian Hafiza, mereka mengambil keputusan bernikah. Hafiza tidak dapat bertahan lama setelah melahirkan anak kembarnya. Genap seminggu selepas melahirkan, Hafiza meninggal disisi Azizi. Azizi yang baru mengalami kecelakaan jalan raya menerima pemergian Hafiza dengan redha.

Azizi yang kehilangan penglihatan kerana kemalangan dapat melihat semula atas belas ihsan isterinya yang mendermakan matanya untuk Azizi. Setelah pembedahan dilakukan dan Azizi dapat melihat, dua orang bayi berusia dua bulan diserahkan padanya. Dania Alisa dan Danial Ariff, permata yang ditinggalkan oleh Hafiza untuknya.

"Dania, Danial, dah siap? Sekejap lagi kawan-kawan kamu nak datang tau?" Azizi menjenguk bilik kembarnya bagi memastikan mereka telah bersedia menerima tetamu petang itu. Azizi sengaja mengadakan majlis harijadi yang sederhana dan bacaan doa selamat bagi meraikan majlis kelahiran kembarnya itu.

Telah empat tahun Hafiza pergi meninggalkannya. Dia amat bersyukur kerana memiliki isteri seperti Hafiza. Walaupun mengetahui kecurangan yang dilakukan olehnya, isterinya itu masih lagi sudi melahirkan zuriatnya dan kini menjadi penyeri hidupnya. Potret pernikahan mereka masih terlekat kukuh di dinding.

Azizi amat terkilan kerana tidak sempat membahagiakan isterinya setelah apa yang berlaku diantara mereka sebelum Hafiza menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kini dia tidak lagi menjadi juruterbang dan menguruskan perniagaan arwah Hafiza diluar negara. Dia hanya mengetahui Hafiza mempunyai perniagaan di luar negara selepas peguam yang mewakili Hafiza datang menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan perniagaan itu kepadanya.

"Papa! Tengok Danial ni! Dia tarik reben baju Dania!" Danial masih lagi menarik reben di gaun Dania. Walaupun berusia empat tahun, Danial memang aktif dan gemar menyakat kembarnya itu. Terkekeh-kekeh tawa Danial melihat muka Dania masam mencuka diusiknya.

"Danial, jangan kacau Dania. Nanti papa marah nanti." Kedengaran suara bibik menasihati Danial. Azizi mengambil seorang bibik untuk membantunya menguruskan rumah dan anak-anaknya. Dia tidak berniat untuk berkahwin lagi setelah Hafiza pergi. Serik dengan sikap wanita seperti Aryana. Dia tidak lagi mahu tertipu.

"Dania, kenapa menangis ni sayang?" Azizi menghampiri Dania yang teresak-esak menangis kerana reben gaunnya telah bersimpul. Bibik menghuraikan simpulan itu dan mengikatnya semula.

"Dah, jom kita turun. Laila dah sampai tu." Azizi memberitahu kembar itu. Kedua-duanya terlonjak kegembiraan mendengar rakan yang muda setahun dari mereka itu sudah tiba.

"Apa khabar Di, Lin?" Azizi menyapa dua orang sahabat yang telah banyak membantu rumah tangganya dengan Hafiza, sehingga kini dia masih tidak tahu bagaimana untuk membalas budi baik mereka.

"Aku sihat-sihat je, macam ni lah. Melayan kembar tu, pening kepala aku."

"Budak-budak nak besar, macam-macam perangai dia." Laila, Dania dan Danial berlari-lari di sekitar laman rumah banglo itu. Bibik kelihatan risau memerhatikan kanak-kanak itu, risau sekiranya ada yang terjatuh dan cedera.

Majlis yang dirancangkan berjalan lancar. Kini cuma tinggal Rushdi dan keluarganya di rumah Azizi. Azlin dan bibik berada di ruang bermain anak-anak di tingkat dua, manakala Azizi dan Rshdi berada di ruang tamu berbual-bual.

"Bila kau nak tambah ahli lagi Di? Laila pun dah besar aku tengok, tiga tahun dah umurnya kan?" Azizi sengaja mengusik Rushdi. Rushdi tergelak besar mendengar usikan Azizi. Dia tidak pernah merancang keluarganya dan sememangnya isterinya sedang mengandung, cuma perutnya belum kelihatan kerana masih lagi diawal peringkat kehamilan.

"Tak lama lagi bertambahlah, Lin pun dah berisi. Kau bila lagi? Takde cadangan nak kahwin lain ke?" Azizi tersenyum sambil menggeleng.

"Aku nak balas budi Hafiza Di. Tak dapat bersama atas dunia ni, insyaAllah, dia akan jadi ketua bidadari untuk aku dalam syurga nanti." Pendek balasan Azizi tetapi membawa pengertian yang amat mendalam bagi yang memahami. Malam itu berakhir dengan tenang, Rushdi dan Azlin meminta diri kira-kira pukul sebelas malam dan pasangan kembar telahpun tidur lena waktu itu. Azizi bahagia menatap wajah anak-anaknya seolah-olah Hafiza masih ada bersama dengannya menjaga anak mereka. Malam itu tidurnya nyenyak kerana bertemankan bayang Hafiza di dalam mimpinya.

~TAMAT~
Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-16810010067460176092010-07-03T20:10:00.000+08:002010-07-03T20:10:11.218+08:00Kasih Suci???~18Rushdi diam membatu memikirkan permintaan Hafiza. Hafiza perlu ke hospital untuk melahirkan, pasti Hafiza tidak mahu anak itu 'pergi' bersamanya. Azlin memandang Rushdi menantikan patah kata seterusnya dari doktor itu.

"Azlin, kau tolong Fiza. Kita pergi bank." Azlin mengangguk perlahan. Walaupun tidak pasti dengan keputusan yang dibuat Rushdi, dia hanya menurut. Pasti Rushdi ada perkiraanya sendiri fikir Hafiza.

"Lin, siapkan sekali perkakas Fiza untuk bersalin. Lepas ke bank kita terus hantar Fiza ke hospital. She will deliver her baby soon." Hafiza tersenyum pahit. Bayinya masih lagi belum matang, pastinya Rushdi ingin menyelamatkan bayinya.

Rushdi hanya menunggu Azlin dan Hafiza di dalam kereta memikirkan cara untuk memberitahu Azlin keadaan terkini Hafiza. Keadaan Hafiza begitu lemah, Rushdi risau sekiranya Hafiza tidak dapat bertahan lama. Susuk cengkung Hafiza diperhatikan dari dalam kereta, jauh benar perbezaan susuk itu dari zaman universiti mereka dahulu.

"Lin, kau simpan lagi nombor telefon rumah aku?" Hafiza bertanya kepada Azlin. Azlin menggeleng, untuk apa dia menyimpan nombor telefon rumah tidak berpenghuni?. Hafiza menekan butang-butang telefon bimbitnya dan menghulurkan telefon itu kepada Azlin.

"Bila aku dah bersalin nanti, kau telefon nombor ni. Bagitau keadaan aku dengan baby aku nanti." Hafiza tersenyum melihat Azlin terpinga-pinga.

"Kau rasa dia dah balik ke?" Hafiza mengangguk.

"Kau tolong aku, Lin?" Azlin menghela nafas berat sebelum memberikan persetujuan. Sayu hatinya melihat sahabat yang selama ini berkongsi suka-duka berada diambang maut. Tangan Hafiza digenggam erat.

"Fiza, aku mintak maaf dengan kau. Selama kita berkawan, aku mintak kau halalkan semua yang dah aku ambil dari kau, semua yang dah kau bagi pada aku." Hafiza cuma tersenyum tenang.

"Aku pun sama Lin, nanti kau tolong aku jaga anak aku ya?"

p/s:Entry kali ni pendek, Hani nak simpan untuk last chapter, hope semua sudi tunggu (^_+)vHani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-6045696628415304182010-03-19T18:03:00.001+08:002011-05-16T13:57:30.360+08:00Kasih Suci???~17"Terima kasih Hassan, esok saya akan masukkan baki bayaran untuk kerja awak." Hafiza mendengus perlahan. Berita yang ditunggunya setelah sekian lama, Azizi berada di rumah mereka.

"Fiza, apa yang kau buat kat luar ni malam-malam ni? Sejuk ni, jom kita masuk?" Hafiza terkejut mendengar suara Azlin menyapa dari arah belakang.

"Kau ni mak cik, cuba bagi salam ke apa, nasib aku tak mati terkejut tau?" Azlin tersengih, tahu akan salahnya tidak memberi salam terlebih dahulu.

"Tak gayut ngan Rushdi ke?" Hafiza mula menyakat Azlin, muka Azlin merona kemerahan itu masih dapat dilihat walaupun dalam kesamaran malam.

"Apa pasal pulak aku nak bergayut ngan dia? Ada-ada je kau ni." Sejak mereka keluar makan malam kelmarin wajah Azlin nampak lebih berseri, itu menimbulkan tanda tanya di benak Hafiza. 'Tak ada pulak dia nak share apa-apa dengan aku'.

Tengah malam itu Hafiza muntah-muntah teruk, sengaja dia tidak mengejutkan Azlin. Dia tahu, penyakitnya semakin parah dan dia telah bersedia menerima kemungkinan maut bakal menjemputnya. Hafiza memerhatikan susuk tubuhnya di dalam cermin tandas. Walaupun perutnya memboyot, tubuhnya semakin kurus, dia sedar akan perkara itu. Dia tersenyum pahit melihat keadaannya ketika itu. 'Abang, Fiza bukan Fiza yang dulu lagi..'

Setitis demi setitis air mata jatuh ke sejadah. Azizi menangis memohon supaya dosa-dosanya diampunkan olehNya. Setelah lama tidak mengerjakan solat, hatinya berasa tenang mengadu kepadaNya di atas hamparan sejadah dinihari itu. Sesungguhnya dia bersyukur Allah telah menunjukkan kepadanya sikap sebenar Aryana, dan membawanya kembali mencari rahmat Tuhan seluruh alam.

Enjin kereta dimatikan. Azizi mencongak sama ada ingin masuk ke dalam klinik tempat Rushdi bekerja ataupun tidak. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi, pada perkiraan Azizi sebentar lagi Dr.Rushdi akan keluar untuk sarapan. Matanya dihalakan ke arah pintu utama klinik, mencari wajah Dr.Rushdi.

"Di, Fiza makin teruk! Boleh kau datang sini sekarang?" Suara cemas Azlin mengganggu tumpuan Dr.Rushdi untuk memandu, dalam keadaan itu matanya dapat menangkap kereta milik Azizi yang tidak jauh dari kliniknya. Azlin menemani Hafiza yang tidak bermaya dan terbaring lesu di atas katil. Sekalipun begitu Hafiza terus-menerus mengatakan bahawa dia tidak apa-apa.

"Apa yang ok nya kalau macam ni keadaan kau Fiza? Kejap lagi Rushdi sampai kita akan tau kau ok ke tak." Azlin memberikan kata putus kepada Hafiza, dia tahu Hafiza tidak mahu dirinya risau.

"Lin, aku nak pergi bank la. Kau hantarkan aku ye?" Dahi Azlin berkerut seribu, cuba menterjemah kata-kata Hafiza tadi.

"Buat apa pergi bank?" Soalan berbalas soalan. Tidak ada kepentingan untuk Hafiza ke bank kerana selama ini Dr.Rushdi yang menguruskan perbelanjaan Hafiza, itupun di atas permintaan Hafiza sendiri.

"Aku ada hal, nak bayar hutang orang." Hafiza cuba bangun dari duduknya. Tangan Azlin digenggamnya, tahu Azlin tidak mahu membantu dalam keadaannya begitu.

"Kita tunggu Rushdi datang dulu." Azlin tidak berani memandai-mandai, bimbang menambah burukkan lagi keadaan kesihatan temannya itu. Jelas riak kerisauan Dr.Rushdi di wajahnya sewaktu sampai ke rumah Hafiza dan Azlin.

"Let me check her." Azlin menjarakkan diri dari Hafiza untuk memudahkan tugas Dr.Rushdi. Dr.Rushdi menggelengkan kepalanya. Hafiza sudah kritikal, tapi bagaimana dia dapat memberitahu Azlin tentang hal itu? Azlin kawan baik Hafiza, sama sepertinya, tetapi dia punya kelebihan sebagai seorang doktor, hidup dan mati pesakit adalah lumrah baginya, mampukah Azlin menerima hakikat usia Hafiza sudah tidak panjang?

"Aku tak apa-apa kan? Aku nak pergi bank Di? Bolehkan?" Dr.Rushdi mengerutkan dahinya. Dia berpaling memandang Azlin.

"Dari tadi lagi dia nak pergi, tapi aku cakap tunggu kau bagi keputusan dulu." Dr.Rushdi mengangguk faham.

"Nak buat apa pergi bank?" Dr.Rushdi menyoal sahabatnya itu. Pasti ada sesuatu yang penting untuk dilakukan Hafiza, jika tidak masakan dia sendiri ingin pergi ke bank sedangkan selama ini semua urusan perbankkan diserahkan bulat-bulat kepadanya.

"Aku nak bayar hutang. Boleh la ye?" Senyuman diukir pada ulas bibirnya yang pucat itu. Hafiza amat berharap kawan-kawannya akan membantu kerana untuk dia sendiri memandu ke bank, tidak mungin dia termampu.Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-62754151180965153862010-03-18T13:29:00.001+08:002010-03-18T13:36:39.367+08:00Kasih Suci??? ~ 16"Don't look at me like that! You are not someone who can tell me what to do or not you know?" Aryana menjerkah Azizi. Azizi yang tengah panas itu membulat matanya memandang Aryana.

"Hey! Don't talk to me that way! Who am I to you? Can you answer that?" Azizi tidak puas hati setelah melihat sendiri adegan yang merobek hatinya dan heroinnya adalah wanita dihadapannya kini. Dia inginkan penjelasan dari pramugari itu. Selama ini dia tidak mengendahkan kata-kata temannya yang menceritakan tentang kecurangan Aryana dibelakangnya, tetapi kini setelah dia sendiri berpeluang melihatnya, perasaannya luluh.

Aryana membetulkan kedudukan pakaiannya yang sedikit terselak awalnya. Lelaki disampingnya segera mencapai jaket pramugara yang dilucutkan sebentar tadi dan berlalu setelah dihadiahkan penumbuk dari Azizi. Azizi masih lagi mampu menahan sabar melihat wajah tidak bersalah Aryana.

"Hey, apa yang you buat dengan jantan tu tadi? I need your explaination and you have to tell me now Aryana." Terasa darah panas menyerbu ke mukanya, ingin sahaja dia mengerjakan Aryana ketika itu, tetapi dia masih lagi waras. Sedar sekiranya dia memukul Aryana, gelaran dayus serta merta akan disandangnya. Aryana berlalu ke dapur. Tahu Azizi mengekorinya di belakang, segelas air dihulurkan kepada Azizi.

"I nak dengar penjelasan you, now, tell me." Suara Azizi beransur rendah, tidak lagi seperti tadi. Aryana tersenyum.

"You know, I cantik, so semua orang terhegeh-hegeh nak kan I, and that guy, yang you tumbuk tadi, one of them." Aryana mula mengusap-usap lengan Azizi. Dia tahu Azizi lemah dengan cara itu. Azizi memandang wajah Aryana, memang tidak dinafikan olehnya, Aryana memang cantik. Ditambah lagi dengan gayanya yang menggoda, dengan mudah lelaki tersungkur dihadapannya.

Tetapi dia masih tidak dapat mencerna, mengapa lelaki itu berada dalam apartment Aryana, dan apa yang dilihatnya tadi seperti bukan keinginan satu pihak, Aryana melayan nafsu lelaki itu dan nafsu dia sendiri. Azizi menggeleng.

"You, tell me, who am I to you." Lengannya dilepaskan dari usapan Aryana. Tersentap Aryana dengan perlakuan Azizi. Bahang panas mula terasa dalam dirinya. Sudahlah rancangannya untuk tidur bersama kekasih hati tak menjadi, diherdik pula oleh Azizi.

"Why? You rasa I ni apa untuk you? Bini you ke? Hey, sedarlah, bini you dah lama you tinggalkan. I ni teman sekerja you je. That's it!" Tangan Azizi spontan menyentuh pipi mulus Aryana.

"Perempuan tak sedar untung, aku jaga kau, aku bagi apa yang kau nak, ini yang kau balas?! Memang kau tak layak untuk mana-mana lelaki pun dalam dunia ni. Jangan kau cari aku lagi lepas ni. Sekarang kau boleh berambus dari sini, apartment ni atas nama aku lagi." Tahap kesabaran Azizi sudah sampai ke kemuncaknya. Tidak disangka-sangka olehnya Aryana cuma menganggap dirinya teman sekerja sedangkan kehidupan mereka berdua sudah seperti suami isteri.

Saat itu dia mula terkenangkan Hafiza, wanita itu telah lama ditinggalkannya. 'Apa khabar dia sekarang?' Terdetik soalan itu dalam hatinya. Azizi duduk merenung lantai, sebentar kemudian Aryana melemparkan satu envelop kepadanya.

"Hey! Apahal ni? Ingatkan dah berambus tadi?" Aryana tersenyum sinis memandang Azizi. Azizi membuka envelop ditangannya. Merah mukanya membaca isi kandung envelop itu. Apartment itu sudah bertukar milik Aryana.

"You dah sign agreement tu masa you mabuk, it is fair kan? I dah bagi you apa yang you nak, takkan apartment ni pun nak berkira dengan I? Aryana membongkar kejahatannya dihadapan Azizi.

"Fine, if ini harga diri you, take it as compensation from me. Murah je pun I beli apartment ni, one of my friend is the engineer for this building. It's only worth RM150,000." Sinis senyuman yang dilempar Azizi kepada Aryana, muka Aryana yang telah berubah wajah dipalingkan dari memandang Azizi.

Puas hati Azizi dapat menyakiti hati Aryana, dia mundar-mandir di sekitar kawasan letak kereta apartment, tidak tahu ke mana harus ditujunya. Enjin kereta dihidupkan, keretanya meluncur laju menuju banglo miliknya dan Hafiza. Terasa sesal pernah melukai hati wanita itu. Tiba diperkarangan rumah dua tingkat itu Azizi mematikan enjin keretanya. Kunci pendua yang ada dalam dashboard kereta dikeluarkan.

Pintu utama dibuka, ruang tamu rumah itu masih lagi seperti dahulu, tidak berubah, sebaik Azizi melangkah masuk matanya tertancap pada tingkat atas, memerhati bilik utama rumah itu. 'Dia dah tidur kot?' Rasa rindu kepada Hafiza menerjah hatinya, perlahan-lahan kakinya diayunkan ke tingkat atas rumah itu. Sebaik tombol pintu dibuka dapat dihidu haruman aromaterapi yang selalu Hafiza siapkan apabila dia pulang dari jadual penerbangan.

Azizi mengintai-ngintai sudut bilik itu mencari kelibat Hafiza, tetapi tidak berjumpa. Tubuhnya direbahkan ke katil, terlihat oleh matanya sejadah yang tergantung disudut bilik, terbayang saat bahagia dia dan Hafiza mengerjakan solat berjemaah. Sudah lama solat ditinggalkannya, potret dia dan Hafiza di dinding ditatap lama. Terhembus keluhan halus dari bibirnya. 'Hafiza kat mana sayang?'

Azizi mencari pakaiannya di dalam almari, sebaik laci almari itu dibuka, di menjumpai beberapa envelop. Gamam Azizi apabila melihat kotak cincin pemberiannya kepada Hafiza semasa hari pernikahan mereka berada bersama-sama envelop itu. Menitis airmatanya apabila terlihat cincin pernikahan milik dia dan Hafiza diletakkan bersama di dalam kotak itu. Salah satu envelop dibuka, Azizi pasti, itu titipan Hafiza buat dirinya, Hafiza masih lagi seperti dulu.

Sama seperti zaman mereka bercinta, setiap kali terjadinya perselisihan faham pasti ada surat menceritakan perasaan Hafiza ketika itu. Azizi tersenyum. Rindu pada keletah isterinya itu. Dia benar-benar berharap dapat berjumpa dengan Hafiza waktu itu. Beberapa keping gambar ditarik keluar dari envelop itu. Azizi terkejut kerana apa yang dilihatnya langsung tidak dijangka.

Gambarnya bersama Aryana, terlalu banyak aksi yang dirakamkan sehingga dia sendiri berasa malu kepada diri sendiri. Nota disebalik gambar itu mengguris hatinya. 'Tulisan tangan Hafiza' bisiknya.

"Semoga kau lindungi dia ya Allah, dia masih suamiku."

"Sedarkanlah dia Tuhanku, kau bawalah dia pulang ke jalan yang Engkau redhai."

"Abang, Hafiza sakit."

Azizi tidak lagi dapat menahan esaknya, dia mengangis membaca setiap bait ayat yang ditulis Hafiza. Dia tahu, dia bersalah menggantung status Hafiza, ternyata Hafiza tidak curang seperti yang disangkanya. 'Fiza, maafkan abang...'Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-52384461633874877512010-01-15T10:18:00.000+08:002010-01-15T10:18:09.036+08:00At-10-tion!Hani will be away for an unknown duration and for that reason the e-novel will be not updated, will be back soon...Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-48135006747423148322009-12-26T13:35:00.000+08:002009-12-26T13:35:33.079+08:00Kasih Suci??? ~ 15Azlin diam menunduk ke lantai. Hafiza memahami keadaan Azlin meminta Dr.Rushdi memberikan mereka berdua ruang untuk bercerita. Dr.Rushdi mengangguk perlahan.

"So, dah boleh bagitau aku siapa?" Hafiza mengusik Azlin. Mengikut perkiraan Hafiza, tiada lelaki lain lagi yang mungkin menduduki carta hati Azlin ketika itu melainkan Dr.Rushdi.

"Rushdi ke Lin?" Hafiza bertanya setelah bosan menunggu Azlin membuka mulut.

"Nampak sangat ke Fiza?" Azlin kaget bertanya. Risau sekiranya rahsia yang cuba diselindungkan dari penglihatan Dr.Rushdi terbongkar. Tanpa disedari mereka Dr.Rushdi mencuri dengar perbualan mereka berasa terkejut. Nyaris sahaja beg pemeriksaannya terlepas jatuh, namun dia tetap berdiri di sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur rumah itu.

"Aku malulah Fiza, takut kalau Rushdi perasan perasaan aku pada dia. Kau rasa macam mana? Dia ada perasaan kat aku?" Telus Azlin bertanya. Dia tahu antara Dr.Rushdi dan Hafiza tiada rahsia dan kadangkala itu menimbulkan cemburu dihatinya namun segera ditangkis dengan alasan Hafiza adalah pesakit Dr.Rushdi.

"Setahu aku, Rushdi takde girlfriend lagi, means peluang kau cerah lah!" Girang suara Hafiza. Sekejap sahaja dahinya berkerut.

"Syed tau pasal ni?" Jelas Hafiza bimbang bagi pihak temannya itu. Manalah tahu Syed berubah laku menjadi pengganas bila dapat tahu sebab pertunangan mereka diputuskan.

"Dia tahu dan dia terima. Aku tak tahu Fiza, dia tu tak nampak macam bersungguh dengan aku. Tapi bila aku nak pulangkan cincin ni, dia tak nak. Simpan sebagai hadiah katanya." Hafiza tahu Azlin terguris dengan sikap Syed yang endah tak endah terhadapnya tetapi memutuskan tali pertunangan mereka adalah di luar jangkauan pemikirannya.

"Kau yakin tindakan kau ni betul Lin?" Hafiza cuba bermain psikologi dengan Azlin. Dia tidak mahu temannya itu menyesal di kemudian hari nanti. Perkara sebegini tidak boleh dibuat main. Salah perhitungan diri sendiri yang bakal menanggung bebannya.

"Aku yakin Fiza, hati aku dah tak ada pada dia. Dia anggap aku ni perkara remeh. Dan aku tahu siapa diri aku untuk berganding dengan Rushdi, sebab tu aku rela pendam perasaan ni seorang diri.

"Kalau kena caranya, Rushdi mesti tertarik pada kau Lin. Kau cantik, badan pun montok. Kalau aku jadi lelaki, lama dah aku 'ngap'!" Segera cubitan berbisa Azlin singgah di peha Hafiza. Dr.Rushdi berdehem. Azlin dan Hafiza buat muka selamba.

"Dah habis woman business korang?" Serentak Azlin dan Hafiza mengangguk. Peralatan mengepam tekanan darah dan beberapa peralatan yang biasa digunakan oleh Dr.Rushdi untuk memeriksa kesihatan Hafiza terhampar di atas meja makan. Seperti kebiasaan, Hafiza membiarkan Dr.Rushdi memeriksa dirinya.

"Fiza, makan gula lebih sikit, takut nanti budak dalam perut kau tu tak cukup nutrien. Susah nanti, lagi satu, banyakkan rehat. Jangan asyik nak ajak si Lin ni merayap je. Ni tadi mesti korang buat rancangan nak shopping lagi kan?" Sengaja Dr.Rushdi berbasa-basi.

"Lin, meh sini aku check kau pulak." Azlin mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Dr.Rushdi sengaja mahu melihat reaksi Azlin berhampiran dengannya.

"Nak check aku buat apa?" Terdengar getaran dihujung suara Azlin menunjukkan dia sedang kaget. 'Ish dia ni, gugur lah jantung aku kalau dekat-dekat dengan dia!' Azlin menggumam perlahan.

"Apa dia Lin? Aku tak dengar?" Dr.Rushdi giat mengusik Azlin. Tekanan nadi Azlin dirasa, tekanan darah diambil. Muka Azlin yang memerah dipandangnya. Azlin yang malu menunduk. Dr.Rushdi mulai terasa sesuatu apabila melihat Azlin seperti itu.

"Ok, dah siap. Ha, senang je kan? Senyap camtu kan senang." Senyuman menghiasi bibir Dr.Rushdi menahan debaran didadanya. Azlin menjelir lidah.

"Eh? Aku gunting lidah tu kang. Ha, padan muka, bisu tak boleh cakap lagi." Hafiza tergelak melihat telatah kawan-kawannya. Ada-ada sahaja telatah lucu mereka.

"Korang ok ke ni? Aku nak balik hospital balik ni. Kalau orang tadi tu datang balik, call aku. Lagi selamat kalau call polis." Azlin dan Hafiza mengangguk tanda faham.

Dalam perjalanan ke hospital Dr.Rushdi asyik memikirkan perbualan Azlin dan Hafiza yang didengarinya tadi. Senyuman terukir dibibirnya. Tidak disangkanya usik-mengusik antara mereka melahirkan perasaan cinta dalam diri Azlin buat dirinya. Wajah Hafiza dan Azlin mula mengisi ruang matanya. keduanya nampak manis dan cantik, tiada cacat celanya dua wanita itu dimatanya.

"Malam ni kita dinner nak?" Terluah juga ayat itu sewaktu Dr.Rushdi menelefon Azlin petang itu. Azlin yang sedikit terkejut menerima panggilan Dr.Rushdi itu diam mencernakan setiap bait perkataan yang disampaikan Dr.Rushdi kepadanya.

"Ok, nanti aku bagitau Fiza, nak dinner kat mana?" Azlin terus memberi persetujuan untuk mereka pergi bertiga.

"Kat mamak nasi kandar?"

"What time?"

"Lepas Isyak ok?"

"Kau amik kitorang ke, kita jumpa kat sana je?"

"Aku amik korang, pakai lawa-lawa tau."

"Apasal pulak?"

"Nanti orang kata aku ada bini dua, sorang dah mengandung, sorang lagi on the way." Dr.Rushdi tergelak dengan ayatnya sendiri.

"Gatal! Dahlah, jumpa nanti, bye." Talian diputuskan. Azlin tersenyum memandang telefonnya.

"Fiza, malam ni dinner kat luar ea?"

"Kau ni demam ke apa tiba-tiba ajak aku dinner berdua?" Hafiza berasa pelik dengan pelawaan Azlin.

"Bukan berdua la, bertiga, Rushdi ajak tadi." Kening Hafiza mula mengerut.

"Bila dia ajak? Aku tak dengar pun?" Muka Azlin blusshing.

"Dia call aku tadi, dah, stop questioning." Hafiza hanya tersengih memandang Azlin.Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8012730325352085593.post-23862960338276369252009-12-17T21:23:00.000+08:002009-12-17T21:23:16.137+08:00Kasih Suci??? ~ 14'Bodoh punya lelaki, tak taulah macam mana Fiza boleh jatuh cinta kat kau.' Dr.Rushdi menggeleng-gelengkan kepalanya. Rumahtangga sahabatnya itu memang sudah sampai ke penghujung jalan fikirnya. Dr.Rushdi mendapat panggilan kecemasan daripada hospital. Memang sudah nasib seorang doktor, selalu sahaja ada kes-kes kecemasan di waktu senggang. Setelah menghantar Hafiza dan Azlin ke rumah sewa mereka Dr.Rushdi terus ke hospital.

"Lin, bila lagi kita nak keluar shopping ni. Ni yang aku malas tumpang kereta doktor sorang tu, mesti kena balik awal punya. Baru sempat pilih dua helai baju, dah kena hantar balik. Macam pergi lawatan ke shopping mall pulak aku rasa." Azlin mendengar dengan tekun bebelan kawannya itu. Kuat benar semangat Hafiza bila soal anak dalam kandungannya dibangkitkan. Cekalnya semangat Hafiza melawan penyakitnya dan mempertahankan nyawa bayinya membuatkan Azlin kagum. Tidak pernah terjangkau oleh benaknya Hafiza yang kelihatan lemah lembut itu mempunyai hati setabah dan secekal itu.

"Woi, kau pandang aku macam nampak cahaya je kenapa?" Azlin tersentak apabila bantal kecil di sofa mencium mukanya.

"Ish kau ni, aku nak berfantasia bulan madu kejap pun tak boleh. Nanti kita ajaklah Rushdi keluar lagi. Kau bukan tak tau dia tu busy mengalahkan PM je gamaknya." Azlin membalas soalan Hafiza sebentar tadi. Hafiza tersenyum-senyum memandang Azlin, wajahnya yang pucat kelihatan ceria tiba-tiba.

"Hah, apa idea yang kau dapat? Tak payah buat muka macam tu, aku tau mesti ada benda yang kau nak kan?" Azlin amat memahami senyuman Hafiza. 'Kalau takde benda dia nak, harapanlah dia nak senyum manis camtu'.

"Erm, apa kata kita ajak Syed keluar nak?" Cadangan Hafiza disambut dingin Azlin.

"Kau nak air? Hauslah pulak aku rasa." Azlin bingkas bangun ke dapur. Hafiza yang hairan melihat reaksi Azlin mengekorinya sehingga ke meja makan dapur. 'Bukan aku ajak dia pergi jumpa tunang dia ke tadi? Patutnya happy lah, ini buat tak tau je?'

"Kau ni kenapa? Ada masalah dengan Syed ke? Ceritalah kat aku." Azlin menghulurkan segelas soya kepada Hafiza. Memang sudah rutin harian Hafiza minum soya, bahkan ada berbotol soya disimpan di dalam peti sejuk tidak termasuk lagi susu soya yang boleh dibancuh bersama air panas. Semuanya dibelikan oleh Azlin dan Dr.Rushdi, nasiblah Hafiza, dapat dua kawan yang sepakat memaksanya bersetuju dalam apa jua hal.

"Ada masalah sikit, kau janganlah risau." Azlin cuma tersenyum. Hafiza masih lagi menanti butir bicara Azlin yang seterusnya. Pastinya 'sikit' yang dikatakan Azlin mempunyai cerita, kalau tidak masakan sahabatnya itu terus mengelak bila nama Syed disebutnya tadi.

Azlin buat-buat tidak faham dengan pandangan Hafiza, malas mahu membuka pekung di dada. Dia malu untuk meluahkan masalah antara dirinya dan tunangnya itu. Hafiza menarik Azlin ke sofa di ruang tamu. isyarat matanya menyatakan 'you-have-to-tell-the-story'. Azlin menghelakan nafas panjang.

"Hari tu, aku jumpa dia." Azlin menunduk, mencari ayat untuk memulakan bicara.

"Then?" Hafiza tidak sabar untuk mengetahui cerita Azlin. 'Kenapa nampak resah semacam je ni?'

"Dia ajak aku kahwin." belum pun sempat Azlin menghabiskan ayatnya Hafiza sudah menyampuk.

"That's a good news! Congratulations Lin!" Senyumannya sampai ke telinga, seolah dia pula yang dilamar.

"Hish hang ni, cuba kasi aku habiskan cerita aku ni sat? Boleh?" Hafiza menyengih, sedar akan kegelojohannya sebentar tadi.

"Lagu ni, aku habaq kat dia aku tak mau nikah dengan dia." Bukaan mulut Hafiza nyata menunjukkan dia terkejut.

"Awatnya hang habaq lagu tu? Hang hilang akai ka Lin?" Azlin menggelang serentak itu tunduk menekur lantai. Hafiza menggapai tangan sahabatnya itu, cuba untuk memberikan semangat supaya menyambung ceritanya.

"Kenapa kau tolak lamaran dia, Lin?"

"Aku malu nak cakap kat kau Fiza." Azlin seolah-olah bermain tarik tali dengan Hafiza ketika itu.

"Dia ada perempuan lain ke?" Azlin menggeleng.

"Habis tu, kenapa kau tolak lamaran dia, ada masalah apa antara kau dengan dia? Kalau ada masalah pun, janganlah sampai tak jadi nikah. benda ni bukan mainan Lin. Aku tak nak kau menyesal kemudian hari nanti."

"Aku yang ada masalah Fiza." Azlin membuka mulut setelah mendengar ceramah free dari Hafiza.

"Masalah apa? Cuba cerita kat aku ni, aku sedia dengar masalah kau. Itulah gunanya kawan, kan?" Senyuman Hafiza sedikit melegakan debaran di dada Azlin. Suara orang memberi salam di luar rumah membantutkan sesi luahan perasaan dua sahabat itu. Azlin bingkas bangun menjengah siapa gerangan tamu mereka petang itu melalui cermin sliding door di sebelah pintu utama.

"Siapa?" Hafiza yang menyusul di belakang Azlin cuba mengintai sama. Tetapi mereka berdua tidak mengenali kelibat tetamu mereka itu. Azlin menelefon Dr.Rushdi menggunakan telefon bimbitnya. Beberapa minit kemudian tetamu yang tidak diundang itu pun berlalu apabila melihatkan Dr.Rushdi berjalan menuju ke rumah Hafiza. Setelah Dr.Rushdi mengambil tempat di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu Hafiza memulakan kembali soal siasatnya kepada Azlin. Muka Azlin mulai merah seperti udang di bakar.

"Aku dah tak cintakan dia lagi Fiza, bukan tak sayang. Tapi hati aku dah tak ada pada dia lagi." Hafiza dan Dr.Rushdi gamam mendengar pengakuan Azlin.

"Kau, kau cintakan orang lain?" Azlin mengangguk perlahan.

"Siapa?" Serentak Hafiza dan Dr.Rushdi bertanya.Hani Yuhanihttp://www.blogger.com/profile/08043325464264170610noreply@blogger.com4